KOMENTAR
inilah contoh terbaik
untuk memahami bagaimana
gerakan terajang najib bergerak
Umno perlu mesyuarat tergempar, pecat
Muhyiddin atau Najib undur, kata bekas
menteri
Umno perlu segera memanggil mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi membincangkan sama ada wajar memecat Muhyiddin Yassin selepas video beliau mengkritik presiden Najib Razak berhubung kemelut syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan pemimpin parti itu tersebar, kata Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata, sekiranya tiada keputusan diambil untuk memecat Muhyiddin, Umno perlu mencari jalan penyelesaian lain termasuk memaksa Najib sendiri berundur demi memastikan perpaduan parti.
"Mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat daripada MKT.
Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, MKT juga perlu mengesahkan ikrar taat setia kepada Najib ekoran kenyataan Muhyiddin itu yang sudah menimbulkan keraguan terhadap ikrar di kalangan pemimpin dan ahli Umno.
Katanya, pendirian Muhyiddin jelas menampakkan beliau memihak kepada Mahathir yang enggan menunggu siasatan ketua audit negara sebaliknya mahukan ahli lembaga pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.
Katanya, walaupun kenyataan dibuat secara tertutup, tetapi video yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) oleh Najib di Dewan Rakyat semalam menjadi viral lebih menarik perhatian rakyat daripada pelan lima tahun pembangunan negara itu.
"Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.
"Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir,1MDB ,krisis politik dan ekonomi sekarang," katanya.
Katanya, pendirian Muhyiddin mengenai 1MDB itu tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti sehingga menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam Umno dan juga rakyat.
"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan," katanya.
Katanya kenyataan Muhyiddin, Najib tidak mahu dengar cakapnya juga mengesahkan dakwaan Dr Mahathir dan beberapa pihak yang Najib tidak mahu mendengar nasihat.
"Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan Umno," katanya.
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan semalam mempertahankan kenyataannya yang tersebar di media sosial, mengatakan perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan beberapa kali di luar pertemuan tertutup itu.
"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh Biro Latihan Umno. Itu pandangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.
"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkara yang tersebut," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK11 di lobi Dewan Rakyat. – 22 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-perlu-mesyuarat-tergempar-pecat-muhyiddin-atau-najib-undur-kata-bekas#sthash.Oa0YOO6h.dpuf
-KAH
KAH KAH
woit
apa lagi tunggu
apa lagi nanti
semua sudah jelas
semua sudah dibuka
malaysia ada PIEM baru
kah kah kah
KESIAN BIK MAMA
--------------
5 ulasan:
Tapi marilah kita sama2 berikrar untuk terus mengekallakn gelaran FLOM pada Rosmah.... Fat Lady Of Malaysia...kahkahkahkahkah
MKT????..KAH...KAH...KAH...7X
Kalau ikut "fuckwa" ayah Dafi, Malikul Sembab dah dikira melawan Tuhan..... masuk neraka lah jawabnya.
Biarkan lah Bini Badak terus jadi PM.....lebih senang kerja PR pada PRU14 nanti.
Tersungkur dpaya kangkung adlh tajuk filem baru oleh reza aziz
Rabu depan ada Mesyuarat MT pukul 1145 malan lepas BON BON tidor
Mat Sembab jadi PM , Mat Mongol@Bahalol jadi TUN pencen tinggal di Kazaksthan.
Nak tahu tanya TUN
Catat Ulasan