SURAT
PEGUAM
- Sampai hati deme kata @DubookPress ni @IshamRais yang dalangi?
KEPADA
DuBook Press Sdn Bhd
No 1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah,
Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
TUAN,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menjelaskan beberapa pekara. Saya ingin memberi penjelasan ini kerana telah timbul beberapa salah faham antara saya dengan pihak tuan.
Saya telah disabitkan dalam satu laporan polis. Ini bersangkutan dengan lawatan anak muda bernama Joshua Wong dari Hong Kong.
Untuk menyelesaikan pekara lawatan Joshua Wong ini maka saya sebagai warga yang bertanggung jawab mengajukan beberapa tuntutan ini.
1 - Pertama saya dengan ini menuntut agar 67% saham DuBook Press diberikan kepada saya dengan serta merta. Ini untuk membuktikan bahawa saya adalah sebahagian dari pemilik DuBook Press saperti dalam laporan polis tersebut. Secara jujur langkah ini bertujuan untuk memudahkan #Kebab51 menjalankan siasatan
2 - Kedua semua harta nampak, harta tersimpan dan harta tersorok Du Book Press wajib 15% difaraidkan kepada Ibu Tunggal yang belum pernah berumah tangga.
3 - Ketiga semua buku-buku terbitan DuBook Press yang akan datang wajib ditulis dalam tulisan Jawi. Ini untuk memudahkan kumpulan Zikir Wal Zakar membaca dan bermu-zakar-rah.
4 - Keempat 3% buku-buku yang akan diterbitkan nanti wajib juga menggunakan bahasa Mandrin. Ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli DAP yang masih tebal sikap kecinaaan mereka.
5 - Kelima Du Book Press diganti nama dengan PuG Press. Logo binatang dubook itu wajib diganti dengan muka anjing pug saya yang bernama Jai. Nama Jai boleh dipaten dan dihak milikkan secara global.
6 - Muka Jai wajib digunakan dalam semua suara menyuarat. Ini untuk membantu Bani Melayu agar mencintai binatang
Saya berharap akan mendapat jawapan sacepat mungkin sebelum saya ditangkap sekali lagi. Surat tuntutan ini saya salinkan juga kepada peguam saya.
Sekian harap maklum. Terima Kaseh.
Hishamuddin Rais
Meja no 3 Sebelah Kiri
Old Town Cafe
Jalan Thambypillai
Brickfield 4076
Kuala Lumpur
27 Mei 2015
Salinan:
1 - Latifah Koya
Lawyer for Liberty
no 8/9 Corner Lot
Jalan Perkin Kanan
3027 Petaling Jaya
Selangor
2 - Datuk Ambiga Sanasaran
Ambiga Sanasaran
3 Jalan Dungun Damansara
30867 Kuala Lumpur
3 - Mandeep Singh Syahdu
No 7 Kedai Arak
Lorong 8 Tempias
Jalan Klang Lama
5438 Kuala Lumpur
PuG PRESS
-----------------
4 ulasan:
kah kah kah
siot lah lu Pak TT
Bab logo PuG Press tu saya setuju 100%
bole.. mampoih..apa punya gila..
Pak TT, mintak tukar ke nama PuKi, sebab binatang tu perlu diberi perhatian
Betul 2 bikin fitnah Siall llllan Chawww betul betul pukitiam .
Catat Ulasan