Sabtu, 8 Ogos 2015

ESOK PAGI PASAR SENI





PAGI INI





#808


Biru, hitam lambang wajah lebam media'

Gabungan kumpulan wartawan yang membantah penggantunganThe Edge selepas laporan kritikan berhubung isu 1MDB mengingatkan bahawa perhimpunan mereka esok membawa makna lebih besar.

Gabungan untuk Kebebasan Media (CPF) berkata gesaan memakai baju hitam dan biru bukan sekadar melambangkan warna-warna dalam rekabentuk The Edge.


“Semua peserta digalakkan memakai biru dan hitam, bukan sahaja melambangkan warna masthead penerbitan yang digantung itu, tetapi juga keadaan 'lebam' media kita,” katanya.

CPF digerakkan oleh Gerakan Media Marah (Geramm), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dan Kelab Koresponden Asing Malaysia.

Perhimpunan esok di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Selain membantah penggantungan The Edge, CPF juga menolak sekatan terhadap Sarawak Report dan cadangan untuk kawalan ketat pada aktiviti atas talian dan media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, mereka menggalakkan orang ramai mendokumentasi, memuat naik dan berkongsi gambar acara esok ke laman sosial dengan hashtag #AtTheEdge dan #808.

Perhimpunan esok juga, kata CPF, bertujuan mengingatkan kerajaan terhadap kenyataan  Najib Razak yang memuji kewartawanan yang berani dan terbuka dalam ucapannya di Kelab Wartawan Kebangsaan pada pada 2012



ESOK SABTU

BERHIMPUN

11:00 PAGI

PASAR SENI


------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masuth ialah nama iblis yang ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah

Tanpa Nama berkata...

Lawannnnnn.....kot jauh...Kah kah kah memang hampeh la oi...jaga banyak reporter obersi...cepat glemer...huhuhu yalle yalle yalle yalle yaaale...hati senang aku menunggu bagaikan lebah menghisap maadu...ahaks