Ahad, 25 Oktober 2015

:LAGI RAHSIA BOCOR






SEKARANG

BARU KiTA

D
iBERiTAHU




Muhyiddin dedah rahsia 1MDB

 | October 25, 2015
Kerajaan pernah mohon suntikan dana RM3 bilion untuk 1MDB tetapi ditolak Jemaah Menteri dan hanya meluluskan RM950 juta.






PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat,  Muhyiddin Yassin mendedahkan kerajaan pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.
Katanya, cadangan itu bagaimanapun ditolak oleh Jemaah Menteri kerana 1MDB ketika itu baharu sahaja menerima pinjaman daripada jutawan T. Ananda Krishnan sebanyak RM2 bilion.
Katanya, Jemaah Menteri hanya bersetuju 1MDB diberikan suntikan modal berjumlah RM950 juta.
“Saya akui satu kertas kerja pernah dibuat kepada Kabinet bagi membuat permohonan untuk meminjam RM3 bilion untuk 1MDB…. Walhal baru membuat pinjaman RM2 bilion dari T Anandha Krishnan.
“Berapa bilion nak pinjam ini…. Ini satu masalah besar…nak pinjam mampu ke nak bayar balik?
“Jadi pinjam atas pinjam, berniaga apa ini?,” katanya dalam satu Program Bicara Minda: Berani kerana benar di Johor Bahru yang disiarkan secara langsung di Sinar TV.
Muhyiddin berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dangenerasi akan datang.
“Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan,
“Saya tidak pernah doakan 1MDB ini jatuh kerana kalau 1MDB jatuh..kita semua akan jatuh,” jelasnya.
Muhyiddin turut mendedahkan bahawa beliau pernah menasihatkan supaya kerajaan memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas sehingga menyusahkan kerajaan.
“Saya cakap dengan Perdana Menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang,” katanya.
Muhyiddin mendakwa beliau turut menasihatkan  Najib supaya tidak lagi menjadi Penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, Perdana Menteri akan turut menerima kesannya.
Bagaimanapun nasihat itu tidak diterima sebaliknya beliau yang ditendang kerana menegur 1MDB.
“Saya cakap dengan Perdana Menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang,” katanya.

KAH KAH KAH
woit
bocorkan lagi tan seri
banyak lagi kesah
dalaman yang patut dibocor
tan seri tak rugi apa
kah kah kah
kerja pun dah abis
pru14 tak dapat kerusi
kah kah kah
sekarang masa untuk bocor
ran seri masih lagi
timbalan presiden parti
kah kah kah
orang ramai sedang tunggu

BiLA LAGI?
------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Tan Seri Malikul dah betul-betul jadi Polis Pencen sekarang semua hal tauhu .. waaah .. dah berani betul sekarang .. sikit hari lagi Tan Seri dah boleh pasang tatu .. pakai rantai besi bersalut emas .. jeket kulit kerbau .. tindik telingga .. rambut celup putih .. misai ala bulan sabit .. cakap telo china .. semua penampilan ini adalah lambang keberanian, seperti yang banyak terdapat dalam filem gangster melayu.

Apa pun teruskan Tan Seri bocorkan berita .. sikalang pon sulah kila cukup belani .. kita mahu Tan Seli leabeh belani lagi .. nanti boleh jadi Tun. Tan Seli tak pelu takut pun .. muka sembab macam Tan Seli siapa mahu tiangkap .. teluskan Tan Seli boleh !!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mat Bahalol bukan lahap 2,6 BILYON tapi lebih banyak BILYON BILYON

Bak kata BEWAK , nak lahap biar sampai TAIK pon di lahap nya

Tak percaya tanya BON BON BEWAK


BILYON BILYON

Usop ali berkata...

gwa dah kata...nabi dah pesan gak....jgn berkawan dgn org munafik....tan sri engkar...sekarang amacam....betul tak tuan tt