Sabtu, 31 Oktober 2015

SIAPA TUJUH SAMURAI






SiAPA TUJUH 

SAMURAi





Sekretariat kumpul bukti 7 ahli langgar disiplin

KOTA BHARU - Umno menyerahkan kepada sekretariat parti untuk mengumpul maklumat mengenai dakwaan  tujuh individu yang melanggar disiplin parti.

Naib Presidennya,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan membawa perkara tersebut ke peringkat tertinggi parti termasuk jawatankuasa disiplin dan majlis tertinggi parti.

"Ini kita serah kepada kebijaksanaan  setiausaha agung untuk mengumpul butiran terperinci mengenai pemimpin tersebut,"katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin akar umbi Umno Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Hishammudin  Hussien (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno,  Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh orang ahli Umno sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan, termasuk digantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.



-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah seorang darinya ialah.....................................LAKI NAJIB....!!!!!!!!!!!!!