ANAK MUDA
TURUN
BERDEMO
AMK AKAN TURUN MENYOKONG
HARI KEMARAHAN 2 OKTOBER
ATAS ISU PENCEROBOHAN MASJID AL-AQSA
Angkatan Muda KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tekanan rejim Zionis Israel yang berterusan menceroboh Masjid Al-Aqsa dan memberi tekanan kepada umat Islam Palestin yang hendak menjalankan ibadah.
Tentera Israel tetap tidak menghiraukan kecaman masyarakat antarabangsa terhadap tindakan mereka yang menyeksa masyarakat Islam dan Kristian di Palestin dan hari demi hari kerajaan Zionis dengan sengaja memburukkan lagi keadaan.
Kini, dengan pencerobohan kiblat pertama umat Islam, mereka jelas hendak memperkasakan lagi penguasaan Zionis di tanah suci itu dan mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia.
Dengan itu AMK menyarankan rakyat Malaysia untuk menyokong pengisytiharan 'Hari Kemarahan' pada 2 Oktober (Jumaat) oleh lebih 30 gagasan NGO, dan bersama-sama turun ke perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan ke atas perlakuan dan tindakan rejim Zionis Israel.
Dunia Barat, khususnya Amerika, perlu berlaku jujur tentang
pencerobohan dan kezaliman di Palestin dan tidak tunduk kepada lobi Israel lagi.
AMK juga mendesak kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Najib Razak untuk mengetengahkan isu ini di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan menggesa pertubuhan-pertubuhan antarabangsa ini untuk memberi tekanan kepada Israel agar mereka menghentikan kekejaman kepada rakyat Palestin.
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
--------------
3 ulasan:
Lebih penting lagi ke Perhimpunan Fastaqim H60K. Haha
geng merah tknk demo ke
takkan berani kt petaling street je
beranilah pergi depan kedutaan US
Kena kerja kuat ambik duit sedekah semua hantar ke Al Aqsa tu lagi baik
Demo demo ini hanya takut pelabur asing chabut dari malaysia saja
Bebudak Demon tu pon bahalol ada masyookkkk!!!!!!
Jangka panjang ekonomi jatuh , bebudak demo mula merempit
Emosi lebih lebih , sedara sendiri meninggal pon tak jengok
Kepala Otak Melayu Melayu nih
Mat Bahalol suka senyum saja..
Bodoh !!!!!!
Catat Ulasan