Isnin, 2 November 2015

APA DIA RAHSIA TIGA TEE













RAHSIA TIGA TEE


Pada bulan May 2010 yang lalu tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan  oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew. 

Bani Melayu terpinga pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.
Dilihat bodoh kerana - parti United Malays National Organisation a.k.a Parti Ketuanan Melayu  yang wujudiah parti ini ialah  berjuang mempertahankan kepentingan Melayu telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew - yang amat jelas Lee ini bukan dari  Bani Melayu. Terbukti dengan licik penuh tipu helah  Lee Kuan Yew telah menggunakan  parti  Ketuanan Melayu  untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.

Ketika tulisan ini digarap - sejarah  sedang berulang. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling  yang tergadai tetapi Tanah Melayu... saya ulangi ... Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan. 

Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan  perkataan  Malaysia  para Bani Melayu ini  tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia. 

Para pakar kaji masyarakat sering mengatakan bahawa Bani Melayu ini amat rapat, amat sayang dan amat cinta  dengan tanah tempat kelahiran mereka. Kerana itu mereka memanggil tempat tinggal mereka  ‘tanah dan air’. Tempat itu pula dikaitkan dengan tumpahan darah dimana uri dan tembuni ibu mereka pecah berdarah kekita melahirkan mereka.

Pada ketika saya menggarap tulisan ini  - Tanah Melayu -  tempat pecah uri dan tembuni Bani Melayu sedang dalam perjalanan untuk dijualkan.

Betul kah Tanah Melayu ini hendak dijual?  Atau ini hanya tulisan Hishamuddin Rais yang sentiasa anti kerajaan? Atau tulisan anti China DAP kerana ada nama Lee Kuan Yew disebut? Atau ini hanya tulisan untuk memburukan nama Najib Razak suami kepada Rosmah Mansor? Atau ini tulisan propaganda dari Pakatan Harapan Baru. Atau semua ini hanyalah fitnah dan tohmah.

Ini bukan fitnah. Saya akan buktikan satu persatu untuk memperlihatkan bagaiman Tanah Melayu ini akan dijual. Lima tahun dahulu tanah KTM di Tanjung Pagar terjual. Kini sejarah berulang lagi. 
Sejarah apa yang berulang? 

Untuk memahami apa yang berulang saya akan menyelongkar Tiga Tee. Saya akan cuba membuka Tiga Tee. Apa dia Rahsia Tiga Tee?

Tiga Tee ini ialah:
1- TPPA- Trans-Pacific Partnership Agreement
2- TISA - Trade in Services Agreement
3- TTIP-Translantic Trade Investmnet Partnership

TPPA - ini perjanjian perniagaan 12 buah negara di Lautan Pasifik - saperti Berunai, Singapura, Australia, New Zealand, Chile dan Vietnam - termasuk Tanah Melayu.

TISA -ini perjanjian khidmat perniagaan 23 buah negara-negara Eropah dengan Amerika Syarikat.

TTIP - ini perjanjian perniagaan Negara Kesatuan Eropah dengan Amerika Syarikat.

Tiga Tee ini semuanya ikat berikat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. Semuaya kait berkait. Semuanya sambung bersambung.

Orang ramai - warga Malaysia pasti ada terdengar samar-samar atau terbaca tentang TTPA.  Terdengar tapi tidak tahu buah butir. Tidak jelas dan tidak tuntas.

Saya juga yakin majoriti  warga Malaysia  tidak pernah  terdengar tentang TTIP  dan TISA. Ini boleh difahamkan kerana dua perjanjian ini bukan antara Tanah Melayu dengan Amerika Syarikat. 

Tidak mengetahui  mendalam tentang TTPA ini bukan tanda semua warga Malaysia bebal. Dalam kes TTPA dan Dua  Tee  yang lain memang ada rancangan tersusun agar warga dijadikan bebal dan bangang.
Warga Eropah  - yang dikatakan celik ilmu telah juga gagal mengetahui apa itu TTIP dan TISA. Warga German yang dikatakan bijak dan teliti itu pun gagal mengetahui apa sebenarnya dua perjanjian ini. 

Manakala Bani Melayu yang menjadi kunci arah tujuan negara Malaysia ini semangnya telah  lama dibodoh dan dibangangkan. Bani Melayu disimpan dalam gelap. Projek pembodohan Bani Melayu ini telah berjalan semenjak Hari Malapetaka 31 Ogos 1957 - apabila British meninggalkan Tanah Melayu. 

Jika Bani  Melayu terang, bijak dan berjaya menerima pencerahan maka Bani Melayu  akan berbondong-bondong meninggalka parti United Malays National Organisation. Untuk kesejahteraan Parti Ketuanan Melayu - Bani Melayau wajib terus dibodohkan. Lagi bangang Bani Melayu lagi lama United Malays National Organisation berkuasa. Ini fakta. Ini bukan fitnah.

Untuk menyelongkar Tiga Tee maka mari kita kembali melihat sejarah dunia. Kita wajib mengetahui dari mana asal usul TTPA, TISA dan TTIP. 

Semuanya bermula sesudah  Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat mencampuri Perang Dunia Kedua hanya beberapa tahun sebelum tamat perang - sesudah Pelabuhan Pearl dibom Jepun pada Disember 1941. Perang tamat 1945. Ini bermakna yang rahai dan koyak rabak dalam Perang Dunia Kedua ialah Great Britain - kuasa kolonial ulung sebelum pecah perang.

Selesai Perang Dunia Kedua - kuasa imperial dunia hanya tinggal Amerika  Syarikat - yang juga telah meledakkan Bom Atom. Pax Britannia diganti oleh Pax Americana. Semua rakyat dunia tunduk dibawah kuasa imperial Amerika.

Pada tahun 1947 kuasa  Amerika  tidak ada pencabar. Ketika ini Amerika telah menubuhkan GATT - General Agreement on Tariffs and Trade. Amerika membuat  Perjanjian Bretton Woods untuk mata wang. Amerika  menubuhkan Bank Dunia dan juga IMF - International Monetary Fund untuk menyelia dan mengawal sistem kapitalis dunia.

Semua lembaga-lembaga ini dilakar dan dibentuk dengan tujuan  untuk memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat keuntungan  berganda-ganda dari pelaburan mereka. Lembaga-lembaga ini ialah senjata ampoh untuk menundukkan saingan Amerika - pada ketika  itu Soviet Union.

Selama lebih dari  50 tahun melalui lembaga-lembaga ini imperialis Amerika telah menjajah dunia.  Pada hari ini kita boleh melihat hampir dikesemua  negara dalam dunia ini ada pelaburan Amerika. Jelas, dunia dimiliki oleh syarikat dan kaum pemodal Amerika.

Pada tahun 1995 -  satu lagi lembaga telah ditubuhkan. Kali ini namanya ialah Worlds Trade Organisation - WTO. Satu demi satu negara masuk menjadi ahli. Tanah Melayu menjadi ahli GATT semenjak 1957 dan menjadi ahli WTO semenjak 1995. 

Rusia , China dan banyak negara Dunia Ketiga  yang telah bebas dari kuasa penjajah telah menjadi anggota WTO. Setiap negara ini menjaga kepentingan negara mereka. Dalam masa yang sama politik dunia berubah.  Pembangunan ekonomi telah membawa kepada kesedaran politik dan keyakinan diri.

Negara-negara Dunia Ketiga saperti Afrika Selatan, India , China, dan Brazil - semakin berpengaruh kerana negara ini memiliki ekonomi yang besar.

Datang tahun 2001 - kuasa imperial Amerika melalui WTO telah mengadakan Persidangan Doha. Ini percubaan Amerika untuk memastikan sistem dunia kapitalis dibawah hegemoni Amerika akan terus selamat. Persidangan Doha ini untuk memastikan kaum pemodal antarabangsa yang bekerja sama dengan kaum Zionis International akan terus mendominasi dunia.

Dalam perundingan Persidangan Doha negara Dunia  Ketiga saperti India, Afrika Selatan, Irtan,  Brazil dan China  telah enggan tunduk kepada kepentingan kaum pemodal Amerika.  Dalam masa yang sama negara Kesatuan Eropah juga tidak bersetuju dengan tarif dan subsidi  bahan pertanian.  Hakikatnya Persidagan Doha gagal. Kuasa hegemoni Amerika kini telah ada tentangan.

Amerika mula menyedari bahawa  Amerika sebagai kuasa dunia sedang dilawan oleh negara saperti China, India dan Rusia. Tiga negara ini memiliki potensi kekuatan ekonomi dan militer untuk menundukan kuasa hegemoni Amerika.

Penentang kuasa ekonomi imperialis  Amerika ini dikenali sebagai BRIC - Brazil, Rusia, India dan China. Negara BRIC ini semakin berani dan semakin lantang tuntutan ekonomi mereka.

Pada 2007 China telah menubuhkan SCO - Shanghai Cooperation Agreement.  Dalam tahun 2007  juga Rusia pula menubuhkan Eurasian Economic Union. Persidangan pertama dihadari oleh Belarus dan Kazakhtan. Kini Iran , India dan China juga telah dijemput menjadi pemerhati.

China kini menjadi ekonomi kedua terbesar didunia dan berjaya menggantikan Jepun. Maka pada tahun 2014 China telah menubuhkan AIIB - Asia Infrastructure Investment Bank.  Dengan simpanan dolar yang berbilion-bilon   dengan pantas 53 buah negara telah memasuki AIIB. Penubuhan AIIB ini jelas untuk menandingi  IMF, BANK DUNIA  dan ADB - Asian Developemnt Bank.

Semua yang sedang berlaku  diperhatikan oleh  kaum kapitalis Amerika. Kuasa imperial Amerika sedar bahawa China dan Rusia sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang perniagaan dunia. Sadikit demi sadikit perniagaan China dengan  Iran telah  menggunakan Yuan. Manakala  perniagan dua  hala dengan Rusia matawang  Yuan dan Rubel boleh digunakan.

Dolar - kertas hijau - yang menandakan kuasa hegemomi Amerika semakin diketepikan.  Kekuatan dolar terus dipertikaikan. Keyakian kaum pemodal terhadap dolar mula berganjak. Amerika yang berselirat dengan  hutang semakin disangsikan ekonominya.

Justeru secara senyap-senyap Amerika merancang. Secara berahsia Amerika telah mewujudkan Tiga Tee - TPPA untuk Asia, TTIP dan TISA untuk Eropah.

Kenapa saya mengatakan senyap senyap dan berahsia? Ini kerana saya amat  yakin  Tok Pa wakil Malaysia ke persidangan TTPA sendiri TIDAK tahu apa isi butir perjanjian TPPA. Saya juga cukup yakin Najib Razak, Zahid Hamidi ,  Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil - tidak tahu apa isi kandungan TTPA ini. Tidak ada sesiapa di Tanah Melayu ini tahu bahawa  Tanah milik Melayu ini akan dijual dengan penuh rahsia.

Kalau semua rahsia - siapa yang tahu? Tunggu minggu hadapan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 




--------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong 100%..tanah melayu sudah dijual. dgn tangan amerika "SYARIKAT"(company/multinational) sedang memulas telur najib rosmah. maka utk mdptkan bekalan oksigen agar terus benafas sbg PeeM maka tanah melayu digadai dgn senyap.nurul izzah sudah berusaha mdptkan isi kandungan tppa dlm parlimen tp tak dpt.kpd mrk yg kata bole melakukan sesuatu dgn usul diparlimen, mrk wajib sedar sume tu hanya mitos. parlimen msia parlimen dunia ketiga yg akn kdengaran suara2 monyet mkn bunga.x caya? lihat di youtube. parlimen yg ada x ubah spt mini parlimen kanak2..lihat shj ketika mahu mrompak, parlimen akan bersidang sehingga larut mlm hingga pagi.mrk adalah kerajaan haram 47%..hasil tangan mahatir makin mbusutkan hasil busuk penuh nanah dan najis..

Unknown berkata...

saya sokong tulisan tuan tt ni...baca la ngan lapang hati...

Tanpa Nama berkata...

Ada 4 TEE

Terakhir

TIT - Kelentit !!!!!!

Kepala Otak buak Bahalol tu tau tau nak pau rakyat saja , sudah lah jilat kelentit tak nak bayar...

Ada BON BON pulak.

Chabut..... Chabut.... Chabut.....

Tanpa Nama berkata...

tt patut di angkat menjadi ketua majlis profesor negara....
mantap dah berhikmah

Tanpa Nama berkata...

sejak sekian lama Penjajah Tanah Melayu
tidak berhasil merampas EMAS yang terkandung dalam
bumi Tanah Melayu untuk dibawa balik ke Eropah

Kapal Laut tenggelam & Emas Hilang

Kapal terbang juga jatuh hilang harta karun tu

..skrg guna Perundangan Perdagangan

yang menteri-menteri tak tahu apa benda...

Nur Haikal Levine berkata...

TT otak geligo....otak pencacai sapo yo???

zeff berkata...

memang semua tak tau, semua jadi pak kadok.
join je, asalkan mah badak happy

orang melayu daripada aku sekolah, mentaliti asalkan amerika semuanya bagus.
dulu daripada tshirt, kasut, wallet, barang basikal sampai ke kumpulan muzik,
ade label 'made-in-usa', yang itu terbaik, mahal pun takpe

Tanpa Nama berkata...

Haha.. aku pun bodo mcm hang jugak.. order barang2 dari ebay.com. Elok sampai, banyaknya MADE IN MALAYSIA. Pukimak sungguh.

Yg peliknya.. barang2 ni MADE IN MALAYSIA, jual mahal nak mampos kat dalam MALAYSIA sendiri. Beli kat US, murah gila babi. Apa cerita sumer ni?? Server Dell, Server IBM, Server HP, sumer MADE IN MALAYSIA. atau made in negara ASIA dunia ketiga. Blom pernah barang2 IT yg mahal aku jumpa made in USA.

Apa rahsia bisnes multimillion multibillion ni ya??