KOMENTAR
sila baca dua berita
dari suara yang sama
tapi jelas bercanggah
pd 8 ogos majlis fatwa
kata vape haram
pd 30 oktober majlis faktwa
kata sedang buat kajian
APA MAKAN DUA KENYATAN INI?
pertama:
jelas majlis fatwa
terpaksa mengikut
kehendak kerajaan kerana
kerajaan kata tak haram
maka majlis fatwa ikut
kata tak haram
kedua:
fatwa ini hanya pandangan
fatwa ini hanya cadangan
fatwa bukan hukum dari tuhan
fatwa lahir dari perbincangan
fikrah manusia
fatwa boleh dipakai
fatwa boleh tidak dipakai
ini sedang berlaku
buktinya jelas
dalam kes shisha
ketiga:
terbukti jelas bahawa
sistem ekonomi kapitalis
lebih kuat dan dapat
menundukkan majlis fatwa
30 OKTOBER 2015 @ 6:45 PM
Majlis Fatwa kaji penggunaan vape
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Abdul Shukor Husin berkata Felo Penyelidik Majlis Fatwa Kebangsaan bersama pakar kesihatan, ekonomi dan alam sekitar sedang menjalankan kajian mengenainya.
"Hasil penyelidikan kemudiannya akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti setiap negeri, barulah satu keputusan akan diambil mengenainya," katanya kepada Bernama.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92985
18 August 2015 11:07 AM
Hisap ‘vape’ haram, kata Majlis Fatwa
Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan rokok elektronik atau vape yang semakin popular di kalangan masyarakat terutama orang muda adalah haram.
Pengerusinya Abdul Shukor Husin berkata, hukum itu berdasarkan keputusan mengharamkan shisha sebelum ini.
"Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.
Shisha sebelum ini diputuskan haram pada Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hisap-vape-haram-kata-majlis-fatwa#sthash.NRfZaAvF.dpuf
iNi FATWA
PUJANGGA
--------------
6 ulasan:
Vape haram sebab nabi tidak pernah ngisap benda tu .. vape haram sebab gomen tak dapat untung apa-apa .. malah boleh potong untung daripada cukai rokok.
Fulussssssssss
Orang tu dah bodoh...dah kau ngata bodoh lagi....mana ada ubat bodoh..malas dan miskin..penampor jepun je ubat dio....zapppppp.....banzai....
nombor ekor haram tapi jual jugak....sbb cukai masuk ooo
rokok pernah difatwakan haram....tapi kedai melayu jual jugak.....sbb cukai masuk oooo
duit kutu halal tapi diharamkan....sbb takde cukai....
vape tu haram sekiranya kerajaan tdk dpt ambik cukai...tokey rokok marah sbb kaki rokok dah hisap vape, sale turun.....vape jadi halal sekiranya kerajaan dpt cukai dan cukainya mesti mahal lagi dari rokok.....senyum je tokey rokok........
umno kata agama utuk ritual saja tapi bab untung rugi kerajaan...agama diperalatkan
anak timbalan payung besar, gile nak kate haram... makan pasyirrrr nnti oooo...
Majlis Fatwa ni mmg spesis Ahmad Maslan juga. Agama hanya modal lapik punggung jer. Hukum2 agama boleh ditukar wang ringgit. Melancap kalo kantoi pun.. derang nak denda RM50 dan kena amik lesen.
Catat Ulasan