Jumaat, 20 November 2015

DUIT ZAKAT PADA SIAPA?




DARI ARKIB - 7/9/15

FACE BOOK



Sesiapa yang nak derma atau menunaikan zakat untuk warga miskin kota, boleh salurkan kepada dapur jalanan.
tahun lepas dan tahun ini - Insya Allah - saya membayar zakat di Dapur Jalanan. Salurkan zakat terus kepada warga miskin kota.
maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL
-yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan

WAJiB

BACA

INGATAN
ustaz wan ji telah 
memberi pandangan
pada bulan puasa lalu
mengikut pandangan wan ji
dapur jalanan
boleh menerima zakat

tukar tiub iklankan
kenyataan  wan ji ini
maka ramai umat islam
yang telah berzakat
terus ke dapur jalanan


al-Quran ada menyatakan kewajipan membayar zakat. Asnaf zakat, disebut dalam al-Quran adalah lapan. Salah satu Asnaf itu adalah 'Amil, bukan satu-satunya asnaf zakat adalah amil.

membayar zakat kepada kerajaan adalah dibawah maksud membayar zakat kepada 'amil. Amil semestinya dilantik oleh kerajaan, bukan pandai-pandai individu hendak melantik dirinya sendiri. Ia disebut sebagai "Ulil al-Amri".

Memberi zakat kepada amil, kerana untuk memudahkan pembahagian harta zakat kepada yang berhak. 

Memudahkan itu, kerana ada sebilangan pembayar zakat tidak tahu orang yang layak terima zakat jika dibayar dengan terus kepada asnaf. Justeru, membayar kepada amil untuk memudahkan pengagihan zakat bagi individu seperti ini.

Namun, bukan semua manusia berhadapan kesusahan seperti itu. Malahan, amat ramai yang dapat memberikan zakat kepada orang yang layak jauh lebih baik dari apa yang Amil agihkan.

Memandangkan Amil punyai tugas mengurus zakat, sudah pasti amil diberikan imbuhan melalui satu perlapan dari keseluruhan hasil kutipan zakat. Semakin banyak hasil kutipan zakat, semakin banyak hasil yang diperolehi oleh Amil menerusi satu perlapan daripada bahagian asnaf itu.

al-Quran menawarkan lapan asnaf sebagai alternatif kepada pembayar zakat membayar zakat, bukan memberikan hak monopoli mengutip zakat kepada amil sahaja. Jika mewajibkan membayar zakat kepada Amil sahaja, sudah pasti pilihan tujuh yang berbaki yang disenaraikan oleh al-Quran sudah menjadi haram. Jika haram, menandakan orang membayar zakat terus kepada asnaf tujuh yang berbaki sebagai tidak sah dan berdosa. Ia mempamerkan, membantu orang yang memerlukan zakat tanpa melalui kerajaan pula satu dosa dan maksiat. Keadaan ini sudah pasti mustahil dan bercanggah dengan semangat dan roh ajaran Islam.

Alasan mereka, ia adalah arahan kerajaan. taati arahan pemerintan wajib. Makanya, membayar zakat terus kepada kerajaan juga jadi wajib. Semasa mereka menyatakan alasan itu, mereka mungkin terlupa bahawa arahan pemerintah yang wajib ditaati selama ia memberi kemaslahatan. 

Pemerintah yang tidak memberi maslahah kepada rakyat, ia tidak wajib ditaati. Ini kerana, nabi saw ada menyatakan dalam hadis saheh, "ketaatan dalam perkara makruf (kebaikan)".

Memberi pilihan untuk membayar zakat merupakan isu kebebasan yang memberi implikasi keyakinan. Kita berasa yakin dan percaya dengan individu yang diberikan zakat, apabila kita sendiri melihat individu penerima zakat dan mengetahui tentang individu penerima zakat. Membayar zakat dengan keyakinan merupakan kebaikan dan kemaslahatan. Ekoran itu, al-Quran memberikan hak memilih membayar zakat sampai 8 asnaf pilihan. Namun, bagi mereka yang terbeban untuk mencari orang miskin, sudah pasti kemaslahatan itu dengan memberi zakat melalui amil zakat.

yang pasti, amil zaman moden ini bukan berbentuk individu sahaja, sebaliknya terbentuk dalam bentuk institusi, badan, jabatan yang melibatkan kepada pegawai-pegawai pengurusan yang sudah pasti diberikan gaji. Gaji mereka tidak dapat dibayar, jika badan, institusi atau jabatan itu tidak mempunyai kewangan. Justeru, mereka menggunakan alasan bahagian amil sebagai salah satu asnaf zakat sebagai sumber gaji mereka.

Bila banyak hasil kutipan zakat, sudah pasti bahagian mereka semakin banyak. Ini memberi maksud, kantong institusi, badan atau jabatan zakat ini semakin banyak. Jika kurang hasil kutipan zakat, bermakna kantong mereka juga tidak banyak.

justeru, Mewajibkan membayar zakat kepada amil, malahan memfatwakan tidak sah membayar zakat kepada selain amil, merupakan projek untuk memastikan kantong insitutsi, badan dan jabatan zakat semakin banyak. Jika memfatwakan bahawa zakat boleh dibayar terus kepada orang yang memerlukan merupakan kerugian bagi kantong institusi, badan atau jabatan zakat.

Fatwa mewajibkan itu, ada unsur kepentingan. Kepentingan institusi, badan dan jabatan zakat membebankan hukum wajib kepada rakyat.

rupa2nya, hukum haram - halal kini, bukan kerana arahan wahyu, tetapi ada arahan nafsu. Ia tidak difahami, kecuali berfikir secara mendalam terhadap peranan wahyu.

benarlah Ben Bayyah kata, "kita berusaha untuk membebaskan akal dengan agama, dan membaikkan agama dengan akal".
Wallahu 'Alam.





---------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini terbaek..semoga tuhan merahmati kalian..aku tak perlu menghina pemimpin yg menguruskan duit zakat dan orang2 miskin dengan penerbangan kelas perniagaan, bermain golf dan bershoping.aku tak perlu tolak income tax utk buat kebajikan amal jariah.aku tak perlukan pusat punggut atau pusat agihan sebagai tempat aku menzakat.kini org2 miskin dan susah sudah terpampang depan mata.selain itu bro tt, kalo ada rakan2 anda yg memerlukan wang utk jaminan , tolong bagitau.kerana anda, aku dpt tolong rona, kerana anda, aku dpt tolong jidan.aku tak perlukan kelulusan student2 made in middle east utk buat kebajikan walupun kpd bukan islam.pasti tengku adnan mansur akan serang usaha murni anda.

Tanpa Nama berkata...

woit USTAZ BACALAH DAN MEMAHAMI ALQURAN betul2. Zakah bukanlah mengeluarkan duit tetapi ALLAH menyuruh orang2 beriman supaya membersihkan diri "purify"diri.Takkanlah nak mengeluarkan 2.5% dari harta wang ringgit ALLAH nak sebut banyak kali dalam ALquran.ALLAH SURUH KITA BERSIHKAN DIRI KITA SEBAB ITU DIA SEBUT BANYAK KALI.Bukalah THE QURANIC ARABIC CORPUS-QURAN DICTIONARY DAN carilah makna ZAKAH kepada semua ayat2 alQURAN yang menyebut ZAKAH ,SATU PUN TAADA YANG SURUH MENGELUARKAN DUITATAU MENGUTIP DUIT .ALLAH SURUH KITA BERSEDEQAH DAN MENGINFAKKAN HARTA KITA.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak zakat zakat jauh jauh

Tengok saja orang miskin anak yatim kat kampong sendiri cukup makan baju ke tidak ????

Ini ter cari cari asnaf jauh jauh sampai ke paris apa ke hal....

Bodoh sangat ke Melayu Melayu Islam kita ini?????

Common sense saja kan

Kepala Otak !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dari tahun1995..aku dah tau dah perangai meke meke ni..itu sebab aku taknak minta apa paa dengan meke meke ni semenjak memeluk agama wahyu islam..aku susah..ada lagi yang lebih susah...tapi untuk kepastian..aku test market jyga...aku mohon bantuan setelah 10 tahun menjadi muslim..tahu apa meke meke ni kata..aku bukan asnaf..dan tak layak..dei..berapa sangat duit gaji keje masa tu...2000.....aku kempius juga..bukan banyak aku nak ...tak sampai 5 k..untuk keluar teksi je nak berniaga....kalau mualaf tak layak...mmmmm...mampui keringlah agama yang ku cintai ini oleh meke meke ni..meke punya pasal...orang pikir 1000 kali nak peluk agama wahyu ni....apalahhhhh...puikkkkk....

Tanpa Nama berkata...

bil letrik talipon air internet bangunan pusat zakat tu sapa bayar? kos buat bangunan zakat tu sapa tanggung? gaji kakitangan pusat zakat dr mana? boleh ke dlm setahun tu ada lebihan zakat walhal org merempat masih banyak? gelandangan tu asnaf ke? rakyat yg tinggal dlm khemah asnaf?