LEDAKAN PARIS CUI BONO?
Hujung minggu ini tetiba dunia heboh dengan ledakan dan serangan yang telah berlaku dalam kota Paris. Dunia tetiba terpaksa menjadi sedih. Presiden, Perdana Menteri, pemimpin negara dari pelbagai bentuk dan warna menyatakan simpati kepada Peranchis.
Eropah berkabung. Bangunan Sydney Opera bertukar warna menjadi warna bendera Peranchis. Malah Malaysiakini dan Malaysian Insider juga telah menjadikan serangan di Paris sebagai induk berita. Bagitulah kuatnya ‘ besi berani’ media milik pemodal Anglo-Amerika menabur naratif untuk dunia bersimpati sehingga kita lupa apa cerita yang sebenarnya. Dan apa sebenarnya dibelakang cerita.
Jangan silap faham ini bukan bermakna saya tidak bersimpati kepada yang gugur dan tewas. Ini bukan bermakna saya bersimpati dengan keganasan. Apa yang ingin saya huraikan disini adalah lebih dari tanda-tanda simpati. Lebih dari slogan #Kita Semua Peranchis. Lebih dari meletakkan bunga untuk mereka yang gugur.
Kematian adalah kematian. Bila ada yang mati kaum keluaraga akan bersedih. Air mata akan bertaburan. Kita mengucapkan Al-Fatihah kepada kepada yang gugur tanpa mengira kulit, agama dan warna.
Tetapi pada ketika ini dari permerhatian amat jelas kematian mereka Yang Berkulit Puteh lebih bernilai dari kematian mereka Yang Berkulit Tidak Puteh.
Saya cukup yakin dengan kenyataan saya ini. Bukti saya cukup senang : Dua malam sebelum Paris diserang , dua bom telah meledak di wilayah Burj al-Barajneh kota Beirut. Seramai 42 tewas dan puluhan cedera. Bom yang meledak di Beirut ini juga dikatakan hasil kerja Isis.
Berita bom meledak di Beirut muncul dan terus padam. Tidak ada siaran terus menerus dari CNN atu BBC. MalaysiaKini dan MalaysianInsider tidak menjadikan berita ini induk berita. Akhbar internet tidak membuat laporan terus menerus saperti yang dilakukan oleh The Guardian. Wartawan dunia tidak berbondong-bondong terbang ke Beirut. Tidak ada #we are all lebanese.
Hakikatnya tidak saheboh apa yang sedang berlaku di kota Paris. Media tidak ambil pot apabila yang tewas dan gugur tidak berkulit puteh. Justeru persoalan timbul - Kenapa ini berlaku?
Persoalan ini wajib mendapat jawapan. Memahami jawapan ini bermakna kita semua memahami apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Disini saya menjawab dan cuba memberi pencerahan.
Awal wahid - saya berani berkata : Apa yang kamu tanam maka itulah yang kamu tuai. Kalau kamu tanam padi maka kamu akan mendapat beras. Kalau kamu tanam pasir mutahil gandum yang akan kamu tuai. Hukum ini tidak berubah-ubah - untuk yang berkulit puteh atau yang berkulit hitam.
Justeru saya menyatakan disini bahawa kematian di kota Paris ini tidak boleh dipisah dari apa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Serangan gerila Isis ini tidak boleh dipisah dari apa yang sedang belaku di Syria. Tidak boleh dipisahkan dari apa yang sedang belaku di Libya, di Iraq, di Afghanistan, di Yamen atau di Iran.
Membuat laporan berita tanpa mengkaitkan dengan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah pada ketika ini adalah laporan yang tidak jujur. Bukan sahaja berita tidak jujur malah - berita-berita ini bertujuan jahat.
Meminggirkan politik Timur Tengah dalam naratif berita ledakan di Paris akan dilihat sebagai usaha untuk memandulkan kesedaran pembaca dari memahami kerja-kerja jahat yang sedang dirancang dan sedang dijalankan oleh gerakan Zionis-Anglo-Amerikan.
Pada hemat saya kewujudan negara zionis Israel inilah punca utama yang sedang memporak perandakan dunia Arab. Gerakan zionis antarabangsa ini juga yang sedang mengharu birukan bukan sahaja warga Arab, warga Islam malah sedang memporak peranda umat manusia.
Gerakan zionis ini sedang bersekongkol dengan kuasa imperial Anglo-Amerika untuk menjadi satu gerakan Zionis-Anglo-Amerika yang ampoh untuk menawan dunia.
Pada awalnya, sesudah perang dunia kedua - Isreal adalah projek Anglo-Zionis. Kini Isreal telah menjadi projek utama untuk kuasa imperial Zionis-Anglo-Amerika. Persekongkolan tiga kuasa telah dan sedang mengkemudikan politik dan ekonomi dunia.
Keterlibatan Peranchis dalam dunia Arab bukan satu yang baru.Harus kita sedari bahawa peta dan wilayah Negara Sham - Palestine, Lebanon, Syria, Jordan dan Iraq adalah hasil kerja kuasa kolonial British dan Peranchis. Perjanjian Sykes-Picot 1916 telah memecah belahkan bumi Arab dalam usaha untuk meruntuhkan Empire Ottoman.
Perjanjian Sykes-Picot ini sama saperti Anglo-Dutch Treaty 1924 yang memisahkan Bumi Melayu - untuk menjadi Tanah Melayu dan Indonesia. Perjanjian Anglo Thai 1906 memisahkan empat wilayah Melayu di Selatan Siam. Jelas sempadan yang wujud hari ini adalah hasil projek kuasa kolonial.
Sebagai ingatan bersama: Pekara pertama yang dilakukan oleh Isis ialah memusnahkan sempadan yang didirikan Perjanjian Sykes-Picot ini. Gerakan Khalifah dibawah Isis menolak semua bentuk sempadan yang didirikan oleh penjajah. Justeru langkah Isis ini mendapat sambutan hangat warga Arab.
Pada ketika ini dunia telah diberitahu bahawa ledakan dan serangan di Paris minggu lalu ialah kerja gerila Isis. Pada ketika ini dunia difahamkan bahawa lapan gerila ini telah ditembak mati. Pada ketika ini dunia telah diberitahu bahawa gerila Isis ini ada memiliki jaringan di Peranchis, Belgium dan Eropah. Pada ketika ini media dunia telah memainkan berapa gambar muka dan nama mereka yang dikatakan gerila Isis.
Untuk saya hampir semua cerita-cerita dan berita yang dilaporkan telah pernah saya dengar. Yang berbeza hanya pelakunnya bertukar ganti. Isi dan teknik naratifnya sama.
Ketika WTC meledak di New York , Presiden Bush telah muncul dikaca tv. Bush telah membuat kenyataan yang sama saperti yang dilafazakan oleh Presiden Francois Hollande - we are at war.... kita sedang berperang..’ Presiden Peranchis ini tidak melafazkan apa apa yang baru.
Malah berita-berita biasa ini telah sekali lagi menjadi berita lawak apabila paspot salah seorang yang ditembak mati di Gedung Musik Batclan ditemui. Apabila paspot ditemui maka saya tidak dapat tidak telah ketawa terbahak-bahak.
Minta maaf bukan kerana saya bersikap kurang ajar kepada kaum keluarga yang gugur. Ini bukan niat saya. Saya ketawa terbahak-bahak kerana ‘penemuam paspot’ ini membawa ingatan saya pulang ke zaman Ghazali Shafie menjadi Menteri Dalam Negeri.
Pada 26 Ogos 1975 Tugu Kebangsaan yang terletak berhampiran Parlimen telah diledakan oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya. Pada malamnya Ghazali Shafie telah muncul di tv. Dia telah membuat kenyataan mengatakan bahawa kad pengenalan gerila ini telah tercicir dan ditemui disebelah tugu yang telah musnah. Mengikut labon menteri ini pihak polis sedang mencari Si Polan dan Si Polan yang tercicir kad pengenalan. Ini berlaku 40 tahun dahulu.
Apabila WTC meledak pada 11 September 2001 pekara yang sama telah juga terjadi. Para pembaca mungkin ketawa sama saperti saya kerana dalam muntahan kebakaran banguanan WTC ini tetiba ditemui paspot Satam al-Sugami warga Saudi yang dikatakan salah seorang pembajak kapal terbang yang melanggar WTC.
Bagaimana paspot milik al-Sugami ini boleh selamat dalam mutahan api ini wallah hu alam bissawab.
Kesah paspot ini belum selesai. Saya ingin mengembalikan ingatan para pembaca kepada apa yang berlaku di Paris pada bulan Januari lalu dimana pejabat majalah karton Charlie Hebdo telah diserang. Kesah punya kesah sama saperti kes Tugu Negara kita 40 tahun dahulu. Si Penyerang Charlie Hebdo ini juga tertinggal kad pengenalan dalam kereta. Ini bukan lawak ini fakta.
Tertinggal paspot dan kad pengenalan ini kini kelihatan telah mejadi SOP kepada para gerila dan pembajak kapal terbang. Atau ini hanya SOP lama dari ‘kitab kuning’ tentang teknik dan cara perang saraf. Mungkin ada yang percaya tetapi saya yakin ramai yang membaca tulisan saya akan tertanya-tanya apakah betul fakta yang saya tulis ini? Atau saya hanya menabur fitnah.
Untuk ledakan Tugu Negara sila pergi ke Arkib Negara untuk mencari fakta. Untuk kes paspot WTC 9/11 dan Charlie Hebdo sila tanya Lebai Google. Jawapan akan terpampang jelas.
Mari kita kembali ke Paris dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Untuk saya apa sahaja berita serangan , ledakan saperti yang berlaku di Paris minggu ini - saya tidak akan serta merta membuat rumusan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa 8 gerila Isis telah menyerang kota Paris. Mereka telah menembak secara rambang sesiapa sahaja dihadapan mereka. Seramai 150 orang telah gugur dan jumlah mungkin bertambah. Yang mereka bunuh bukan tentera, bukan soldadu tetapi orang biasa. Semua ini adalah berita benar.
Dibelakang ‘berita benar’ ini ada lagi ‘berita yang lagi benar’. Kini telah mula tersebar bahawa beberapa orang gerila ini telah lama dikenal baik oleh badan risikan Peranchis. Ini sama saperti para pembajak kapal terbang yang melanggar WTC. Mereka juga dikenali baik oleh FBI dan CIA.
Justeru ini sebelum kita membuat apa-apa rumusan, kita wajib bertanya satu soalan hakiki - Cui bono? Ini soalan dalam bahasa Latin ini bermakna - siapa dapat untung? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
----------------
4 ulasan:
Ini semua mainan Omputeh tuk kelam kabut ekonomi dunia dengan laga laga unat bahalol sehingga pening , dan kuasai ekonomi bila bebende jadi cheap cheqp cheap.....
Orang Orqng BERFIKIR saja dapat hadapi krisis bahalol ini
Wuhuu Tuan TT, tuan mmg suka berpikir lain drpd manusia malaya mampu berpikir. Jika tuan mati, saya pikir tiada galang ganti manusia datang memperingati kami sebegini. Lain2 manusia malaya..hanyalah pukimak dan haramjadah belaka.
terima kasih daun keladi.semoga tuhan semesta alam menempatkan anda dikalangan org yg soleh.tan sri yahya ahmad mati sb heli, tan sri raba2 jamaludin jarjis mati sb heli, hanya ghazali shafie je yg terselamat dari mati nahas heli.ghazali ini menteri kdn.mahatir pun hampir2 dilupuskan oleh ghazali ni.atas alasan komunis.syed husin ali pun dikenakan oleh ghazali.PM ketika itu tun razak.tun razak dikatakan hebat dengan buku hijau.membuka ladang2 felda, felcra dan memnindahkan peneroka ke suatu kawasan. kini, selepas sekian lama, peneroka2 masih ada yg belum mempunyai geran tanah.malah tabung2 felda, felcra suda dikaput oleh turunannya iaitu rosmah najib.pd ketika hangat buku hijau, ketika itu la juga kelaparan myelubungi teluk gong klang.pada ketika itu org mati makan ubi ganut.alasanya harga komiditi jatuh.apabila mahatir mjadi pm, maka baru terserlah bahawa setelah merdeka pd 1957, saham guthrie masih lg dimiliki oleh british.mahatir la yg mbeli dan memiliki semula saham2 guthrie. rupa2nya walaupun dah merdeka tp ladang2 atau syarikat2 masih milikan penjajah.barangkali anuar ibrahim, khalid ibrahim ex mb selangor, mahatir mohamad, abang siti hasmah bekas gabenor bnm masih ingat cerita ini.terima kasih kpd bekas2 tahanan yg kental dan bukan katak melompat.terima kasih kpd internet, tanpa internet sume cerita akan dtapis cantik di jalan tun razak.seakan kebetulan dengan nama tun razak ni..
bro..perjanjian pangkor disain oleh sultan2 tanah melayu.tunduk kepada british atas kepentingan peribadi iaitu wang, wanita dan takhta .dari dulu sampai hari ni semua kegagalan tanah melayu pasti ada kaitan sultan atau raja. raja berkaitan rapat dengan agama adalah cara pemerintahan greek lama dan bukan pemerintahan islam. muhammad bukan org kaya atau ada kedudukan.raja atau sultan ialah talian hayat ketuanan melayu.lihat anwar dan wan azizah digagalkan oleh sultan selangor, nizar ditewaskan oleh nazrin ketika azlan gering,fam oleh sultan pahang, bam je lain sket sb ada kopek besar,balak kelantan dari sultan hudud,mizan dpt masjid besi, nasib baik bukan masjid ferrari sb logo ferrari ialah kuda, sultan suka kuda.balak dipahang milik sultan pahang jd sukati dia utk diagihkan kpd pemberi2 matawang.kalo mb bising nnt mb akan ditukarkan..
Catat Ulasan