PASAK KEPONG DAN KAWAL
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjch7EWgIurDQc9kceWZIMRslyoZCDLSFo_61HfiGpGiYRg0DzIfp_-8BqrW2AfzbR_3QTIN32rLy4T9whHDkAUE1cKCqhm0nIObY7jLifB4oLh6YPe5Tjcp6iEK7pMpZNqu1Iiv-FpyCOg/s320/Najib-Netanhayu.jpg)
Ini berlaku 500 tahun dahulu ketika Portugal angkuh sebagai kuasa imperialis. Ini sebelum kemuculan kuasa imperial Belanda dan Inggeris. Ini dizaman ‘ mencantile capitalism’ - di era permulaan perkembangan sistem ekonomi kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis berubah dan berkembang. Kuasa imperial lama - Portugal dan Belanda dikalahkan oleh kuasa imperial baru - kuasa British. Kuasa kolonial British berjaya menawan 3/4 wilayah dunia. Britain menjadi Great Britain yang kaya raya dengan harta kekayaaan yang dipunggah dari seluruh pelusuk bumi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEryGXopnI9-jQI6lmPSGLbyb_7sKQ_cNLjuI7hD3u4B35VR-ZYQvELslZgn19b-9DzbkKS4BePNIKruYuePP5e8_PiKzEq_xhYMcEN2dd4BgB5OUg7p-YmAewxM12XJs0PlXRVq8XvSyX/s320/TTPA+4.jpg)
Dari permulaan sejarah manusia - perang bertujuan untuk menawan wilayah, merampas harta kekayaan , mencari pasaran dan buruh. Melaka ditawan Portugis kerana kota ini tempat jual beli rempah ramai tersohor dalam dunia ketika itu.
Perang membuktikan kekuatan dan kuasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis perebutan ekonomi ini akan berterusan. Justeru selagi sistem kapitalis ini wujud - perang akan terus ada. Perang bertujuan untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa.
Dalam sistem ekonomi kapitalis bala tentera siapa yang gagah akan berkuasa. Dengan kuasa boleh memiliki kekayaan. Kuasa ialah memaksa orang lain untuk menerima atau memakai atau membuat sesuatu yang mereka tidak ada hak memileh atau menolak.
Pada ketika ini Tanah Melayu sedang dipaksa oleh Amerika Syarikat untuk menerima Perjanjain TPPA. Pemaksaan berjaya dilakukan apabila Parti Ketuanan Melayu yang bernama United Malays National Organisation telah bersekongkol dan bersubahat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyUoKQViLMH_2I1hqmch02Z6sG-Uvv9gI4qF3mmbtILHFlX-lWWYom9g0KnD19vuFfho4gdja-SPaO1OU3nVXhTPAUBbjFZtehFtno7_Vz6Alyyq_fxqSyCItkTpE_glkgSpmBp7Z9CMlG/s320/TTPA.jpg)
Pada ketika ini sekali lagi pembelotan berlaku di Tanah Melayu. Bani Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu sengaja tidak disedarkan tentang apa butiran Perjanjian TPPA. Bani Melayu tidak sedar bahawa Tanah Melayu termasuk Bani Melayu sendiri sedang diikat dan dibungkus untuk dijual secara borong kepada syarikat koprat antarabangsa.
Sabelas buah negara - Australia, Brunai, Canada, Chile , Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam - sedang diancam dan dipaksa oleh Amerika untuk bersetuju menanda tangani Perjanjian TPPA. Saperti yang telah saya katakan - perjanjian ini adalah satu perjanjian rahsia dimana warga negara di sebelas negara ini TIDAK mengetahui secara terperinci isi kandungan perjanjian ini.
Sebelas negara ini amat penting untuk kaum kapitalis antarabangsa. Mereka menghasilkan 40% pengeluaran GDP ekonomi dunia, 30% ekspot global dan 25% impot global.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghx-KqYOuY9LMgut8wpdvMxk-W2wzK_8JgGC3Zg13JBNGKe6wz9XKjD57myRvIwydxmnl5W7p7o9SYmEYyF_pzDaJmz25tUQwS_mChJi8r7O2VBbZL_3NDxFG5qSNY8PH97Qw8NTPgaDsr/s320/TTPA+7+-+RAKYAT+FAHAM.jpg)
TPPA ini wajib difahami bersama dengan strateji Pasak Asia/Pivot Asia. Dua pekara ini ikat berikat - macam isi dengan kuku.
Pada tahun 2009 - Bill Clinton telah memperkukuhkan pengkalan tentera udara dan laut Amerika di Guam, Pilipina dan di Jepun. Clinton juga telah bersekongkol dengan Singapura untuk mendirikan pelabuhan yang membolehkan kapal perang Amerika berlabuh di Changi Singapura.
Apabila Obama masuk ke Rumah Puteh untuk kali kedua pada tahun 2012 - Obama telah mengeluarkan stratiji yang dipanggil Pivot Asia atau PASAK ASIA.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikEefpo_bvyEjJFjrrraFXofkiocGG3qU-Q9-UazJqFz35UKAEoQ36nAyVykztxorwBWP7GpKj8hQLyCU4R6RsmyMMUt-y9755np3dDxdlfhqs_3vc6cbfwtEPrWZaIzSq8kPDIZ34azA3/s320/TTPA+BANTAH+1.jpg)
Pada ketika ini Amerika mula melihat dan mengintai-intai kembali pengkalan udara dan laut di Asia Tenggra. Ketika Perang Vietnam berjalan ( 1961-1975) - Siam dan di Pilipina, dua negara Asean telah menjadi wilayah loncatan Amerika untuk menyerang Vietnam.
Di Siam Amerika telah menggunakan lapangan terbang Udon dan Korat. Manakala di Pilipina Amerika menggunakan lapangan terbang Clark dan pelabuhan tentera di Subic Bay untuk menyerang VIetnam.
Amerika juga mahu menggunakan kembali pelabuhan tentera laut Cam Ranh di Vietnam. Amerika dan Vietnam yang berperang satu ketika dahulu kini telah mula berbaik-baik. Semua ini adalah Pasak Asia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl1oH_cxGL5icF3sJWywIcAJ8XBVuUKXsKPusA5P9S75P-wHAqdRow3iL9nUA-bsxyTaCJNpvgfdVsES6I13LuIA2sMzo-qJK5nJbbPYETbetSI_JZA6Zd1t4FdjZHpf-VquR4MbXr8R4d/s320/TTPA+3.jpg)
China pada ketika ini dilihat oleh Amerika dalam dua kaca mata. Satu segi sebagai rakan niaga yang berpotensi membawa bahaya. Kedua China akan menjadi pesaing dari segi ekonomi dan ketenteraan bukan sahaja di Asia tapi secara global.
Hakikatnya hari ini China telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. Ekonomi Jepun telah jatuh ke number tiga. China berpotensi untuk menjadi kuasa hegemon yang akan menjadi kuasa imperial menggantikan Amerika.
Dengan pertumbuhan ekonomi dan pasaran yang kuat dan besar China telah mula memperlihatkan keberanian. China sedang memperluaskan pengaruh di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Melalui ekonomi yang kuat China telah dibaca oleh Amerika sebagai mengembangkan sauh mencari tanah jajahan.
Wilayah pertama yang sedang menjadi medan perebutan ialah di Laut China Selatan. Mengikut risikan satelit Amerika , China sedang mendirikan pelabuhan tentera laut yang besar di Pulau Spratly. Wilayah kepuluan ini juga diklim oleh Vietnam, Pilipina dan Malaysia. Justeru 3 negara ini menjadi penting dalam Pasak Asia dan TPPA.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUd0l9c4drRXNMAJJ8ZUFRCmm8dzfmJ8d8WlxkDsyvZSRiaxUWnFDmBS6mVYgQe6fL-TisQBAlTGCnsFSwkIZXBdiavwo5Vn_x63ITk11YCJrwTtudpnbddxNOmHHYmR8vyyhA7eE-vWYt/s320/TTPA+1.jpg)
China juga telah menubuhkan AIIB - Asian Infrastruture Investment Bank dengan pelaburan sebanyak 1 Trilion Yuan. Bank ini berpotensi untuk menandingi Asian Develppment Bank - milik Bank Dunia. AIIB ini akan menjadi alternatif kepada Internatiopnal Monetary Fund.
China juga sedar bahawa Amerika sedang mengepong China melalui TPPA. Justeru untuk memecahkan kepongan itu China telah mewujdukan RCEP - Regional Comprehensive Economic Partnership. Sepuluh negara Asean telah menjadi ahli bersama India, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand. Amerika Syarikat TIDAK dijemput. Sama saperti Amerika tidak menjemput China dalam TPPA.
Jelas - semua ini adalah persaingan yang amat sengit. Grand Finale persaingan ini pastilah perang. Dan Laut China Selatan akan menjadi medan utama. China, Amerika, Malaysia, Pilipina dan Vietnam bukan berebut mencari kerang atau hak memasang lukah. Apa yang direbut di Laut China Selatan bukan ikan pari atau tenggiri tetapi minyak mentah dan gas yang masih tersimpan dalam perut bumi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj45OIOat54cq84_xdMx88dGSJsKoekxjp2rXR_QXrsydIdit-qfHjqXf3Sui-MymJmCsCOGN0X_mY4Nx-JDpTDI-G9RVB5sFC1qi3kVDEitk3C410pMJNCW6q595grtIXC_28lJDFmOi7O/s320/TTPA+6.jpg)
Pada satu ketika dahulu - ketika Perang Dingin - China dan USSR dari blok Sosialis bertelagah tentang idealoji. Mereka bermusuhan dari segi membaca Marx dan Lenin. Sesudah runtuhnya USSR kelihatan China dan Rusia menjadi intim. Dua negara ini bukan sahaja membuat perjanjian perniagaan yang maha besar. Malah China dan Rusia juga membuat perjanjian pertahanan.
PLA - People Liberation Army China telah memberi kawad hormat di Victory Parade di Red Square Moscow pada May tahun ini. Dalam bulan September tahun ini Tentera Merah Rusia telah juga berkawad di Bejing untuk menyambut ulang tahun ke 70 kemenangan China mengalahkan Jepun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQVNy93HX2mBZXvaU6AG_0tzFCAaeVMR-WUAzwsli4HpPHbo3DlQvfOzEQcG2_yz_gP31u0_jrU4QBGSWwrrhzMFE4gSJLSwQkRJHDeuWe1ZiJbBMPMIhcTgix1Leg5iHvr4dm1U28A3VQ/s320/TTPA+2.jpg)
Bila Grand Finale ini akan sampai? Mengikut hukum sosial ianya pasti akan sampai. Tanda-tanda semakin jelas. Saddam Hussein dibunuh kerana dia meninggalkan dolar. Gadaffy dibunuh kerana dia berniat ingin menggantikan dolar dengan dinar emas.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRU0fvA8nwTCFq46YkRdch_AOuid3AZVSRKp69voEqGmyUxUuJ2Ivt1zGVRNqJasSgb62wdnatPE-5cIVHAiHRJZXrTaADfQWoRLvibF2nN5-RVJNojabwtTJ-QuIZzh3oBaGs4lMlhr-q/s320/TTPA+5.jpg)
Sayang sekali Bani Melayu tidak memiliki kesedaran tentang pekara ini. Sayang sekali Tanah Melayu akan dijual kepada koprat Amerika. Sekali lagi Tanah Melayu akan dijajah saperti Portugis datang ke Melaka 500 tahun dahulu. Cuma kali ini penjajah bukan datang dengan kapal perang dan soldadu tapi dengan kertas Perjanjian TPPA. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWil048ZOZYCNPc2DSPx_o9VqgLA6pRUfbLaPxWfvmKgpHrUODn5Yxu-KdW7SQ-JQW1VOITrWD2zj-3SgDYgWtoUyV_5-rVlZoh6kUCPV8Y97DaoaxXKGqq6jiFIghnMZk6-7UK8PSwa73/s400/PERANG+4.gif)
----------
7 ulasan:
terima kasih bro isham..anda seorg yg tuntas dan jujur. semoga tuhan mrahmati anda dan melaknat pguasa2 zalim dan melaknati pguasa2 yg mewakili tuhan..dihati mrk ada tuhan tp pbuatan mrk tiada pun bertuhan..andai nabi pun spt mrk, pasti nabi pun akan mati meninggalkan harta berkepok utk 7 keturunan. namun mrk yg kata cinta,sayang serta mgikuti nabi, mrk lebih kaya dari nabi.mrk tido atas tilam empuk sedangkan nabi tido beralas pelepah tamar.nabi tak naik jet peribadi, tak g salun rambut rm1200,tak jual ayam, tak jual balak, tak drive mini cooper, tak drive vellfire, tak brumah harga ribu2, juta2.
Bani Melayu memang sulit nak sedar, pemimpin2nya sangat korap dan rakyat jelatanya rata2 berfikiran sangat feudal dan agama yg sempit, yakni mereka asyik nak beriman dan beribadah mengikut ajaran aswj, tak mahu ambil kisah isu2 besar seperti yg disentuh pada artikel TT tu. Mereka lebih rela bergantung pada kupasan agama bagi menentukan masa depan mereka, dan memang agama tak boleh analisis isu seperti program jahat AS. Bani Melayu terpasung dengan mentaliti feudal dan agama yg tak mungkin boleh membebaskan mereka boleh melihat perspektif sekular dan berpengetahuan bagi melihat daya2 yg membentuk dan mempengaruhi masa depan mereka.
Saya jadi gerun dengan ayat tt "orang melayu sedang diikat dan dibungkus untuk dijual .."
Pada kurun yang ke 12 dan 13 .. saya tertarik membaca bagaimana perang diantara islam dan kristian itu melibatkan ratusan ribu askar kedua belah pihak.
Tapi pada 1511 peringgi hanya hantar 1500 tentera untuk berlawan dengan satu negeri melayu yang besar ketika itu. Sekarang ini kita akan dikalahkan tanpa berlawan walaupun dengan saekor tentera musuh .. malah melayu sedang diikat dan dibungkus until dijual macam "kunta-kinte".
Bani melayu ni mmg spesis bodoh. Genetik pun tak kuat. Kalau melayu kawin cina, muka lebih mcm cina. Kalau kawin dgn keling, muka hitam mcm keling. Kawin dgn org putih, tentu la lebih ke org putih.
Bangsa paling bangsat ni mmg lemah serba serbi. Ada pemimpin, tapi pemimpin lembab, ishhh pendekata, melayu mmg lemah serba serbi. Ntah laa, dah laa malas membaca, berfikir pun malas.
Pemikir sekular yg berjiwa rakyat lebih baik dr pemikir islam yg berjiwa jumud.oleh sbb itu ada pihak ingin mewujudkan pemikir islam yg berjiwa rakyat.sekular tdk kisahkan islam.islam hanya utk menarik sokongan.namun org islam yg sebenar tetap berpegang pada tali kebenaran walaupun tdk disukai oleh org lain.
nabi dah cakap benda ni...
tapi bani meLayu stim kat bidadari jer...
jadi puak2 ustart dan ostart pun
start mengampu~bodek onLy
start ceritat bidadari onLy
tak cerita apa yg nabi cerita..
betapa banyak mayat
yang akan bertaboran
di atas muka bumi
mana ada melayu yang tak belot kerana kuasa?
tengoklah selangor yang diperintah PR
harga rumah melambung atas alasan tiada tanah
kalau harga macam sekarang berebut yang ada tanah nak jual
cuma kerajaan PR tak mahu
asalkan pemaju boleh bagi komisyen tinggi dah la
Catat Ulasan