YA HOOO
CUTi DUA
TAHUN
KUALA LUMPUR: Seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia (MAS) bakal kehilangan pekerjaan apabila syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) membatalkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda dan Paris, Perancis bermula 27 Januari depan.
Malah, sebahagian daripada juruterbang terbabit sudah pun diberi tawaran cuti tanpa gaji selama dua tahun.
Difahamkan, MAB membatalkan laluan penerbangan ke dua destinasi berkenaan yang dianggap merugikan mulai tahun depan selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat penerbangan Emiriyah Arab Bersatu, Emirates pada 2 Disember lalu.
Mengikut perjanjian itu, penumpang MAB boleh menggunakan pesawat Emirates untuk penerbangan ke Amsterdam dan Paris, manakala MAB menawarkan penumpang bagi penerbangan rantau Asia Pasifik kepada Emirates.
KAH KAH KAH
cuti dua tahun
boleh pegi
mandi sungai
KAH KAH KAH
--------------
4 ulasan:
Apa nak heran kena buang kerja .. di Tanah Melayu ni ada banyak lagi kerja .. Mazlan kontot tu yg dah ada kerja menteri pon katanya ada buat 2-3 kerja lagi .. Kak Ijat 2 kerja, loyar dan jaga lembu .. Tok Aji kojo menteri dan buat kursus kawin di Paris .. Najib tak yah ceritalah, selain Piem dia jadi perunding hartanah, bayangkan dia boleh dapat tanah kerajaan RM60 sekaki dan jual balik RM3,000-RM6,000 sekaki.
Padan lah gwa tengok kerusi di parlimen banyak kosong je .. rupanya depa ni ada 2-3 kerja .. nak mintak nasihat Tuan Guru Hadi dikit lah .. apa hookoomnya kalau ado 2-3 kerja ..
ok la tu TT
bila dah takde bussines takkan nak digajikan juga pilot tu.
cari la kerja lain
takkan nak guna duit felda nak bayar gaji
Apa nak buat
Melayu sudah bAhalol
Padan lah
Nasib baik ada Hujan lagi
Hookoooomnya WAJIBBBBB..tengok saya... lehemdelelleh..perut pun boyot dah mentekendarah elaun sana sini hampir 100k sebulan...
Hang jangan ingat pak lebai xleh buat duit.. kalau Tuhan boleh dijual...nescaya dipatungkan dan dijualnya juga..
Catat Ulasan