PERANG DUNIA AKAN SAMPAI
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-9zn9OoaFDt7ZLu7edxQiUBPVtVXFcm0uJcGEFMavUb0TUO87lmhCTVXHFbsn2URp2vFStGtqrlMJyLWZFiX42nr5u9SgJUiDqBYKx9x0IW2eoFfDibVvd0MVjgvuCJwZrcEJrUCt1XUb/s320/Najib-Netanhayu.jpg)
Kita tidak ada pilihan. Kita warga dunia yang memiliki kesedaran dan sifat kemanusiaan sedang menjadi saksi terhadap apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7bdz086jJtEhDso4VxNtGuj-OHRJMkp3V9-8L82DWngEeydXAGQV9s_fLkRuMvvknw_D1f41FE2HrwBk69eQaA0bSx200db6v6OK16GaEfPsohHh4-mAvV_m1VsavV0x5SmvqKvov2cFq/s1600/images+%25284%2529.jpg)
Apa sebenarnya sedang berlaku?
Saya membesar dizaman peralihan - ketika kuasa British sedang melancarkan Perang Kolonial keatas warga Tanah Melayu. Ini ketika Pasukan Pembebasan Rakyat Malaya sedang bermati-matian melawan kuasa penjajah British untuk membebas dan memerdekakan Tanah Melayu. Ini lebih dari lima puluh tahun dahulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbx2tG4he5gu_m4kfASc59L1ZHjTTVtkNJgUXnH3ex1T0vw2Jz4cDzxvEdN-CbAtvArJkNSuwJnyMefZcn0I9zzTwee1GVClDTs8lr27dBuSRanNTWQ7RbuwbX44i_kpF7nGQ_V3-RGmo2/s320/TTPA+4.jpg)
Maka kita akan bertanya. Apa sebenarnya sedang berlaku? Apa sebenarnya semua ini?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8R12dw1gojv8fcxdTn-QkXNwVEwZFa8AJKZw1abDnT-AyUJud5mIfDi5SKwkeUXk1vBrAtEZksyNOJ7bHU00zyC8Y11j5vkqaiXD0Kyt6rfJPgC45PzHodu2cQwJorsq7B6TiB0z0a3A5/s1600/download.jpg)
Sebenarnya semua berita-berita ini kait mengait. Semuanya ada hubung berhubung antara satu sama lain. Kita melihat berita ini terpencar-pencar- bersepah-sepah disana sini - tetapi hakikatnya semua berita ini terpusat dalam satu naratif induk.
Belanda dan Portugis datang ke Alam Melayu untuk menawan ladang dan pasaran rempah rampai. British datang untuk menawan damar, emas dan bijeh. Justeru, jika Iraq dan Libya hanya mengekspot petai dan budu sampai hari ini Saddam dan Gaddafy masih hidup.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp9K8f5wATphQbrEFqLwJWchBeOKsjaiUr87E_CV-kU-ycpJTnuQl6ph2YmuAPvs16jvjag9KuMPzpdJY5PiVTGvZDPGDlo9ajvmsJTUYjYv-_ck3ifF48U5eXRUigJQF3FmhG16jHAm3C/s320/46945_10202074726935440_1117458465_n.jpg)
Pada 24 November 2015 yang lalu jet pejuang F-16 Turki telah menembak jatuh sebuah kapalterbang pengebom Sukhoi Su-24 milik Rusia. Turki anggota perjanjian persenjataan NATO yang dikepali oleh Amerika telah menuduh Rusia mencabuli ruang udara Turki.
Pesawat Su-24 pada ketika itu sedang mengebom ISIS. Presiden Vladimir Putin telah menafikan Rusia mencabuli ruang udara Turki. Putin telah menuduh Presiden Turki Recep Tayyip Edorgan berbohong kerana Su-24 ini tidak melintasi sempadan Turki.
Sebelum ini pada 7 November pesawat udara Airbus A321 milik syarikat penerbangan Rusia telah meledak diudara. Seramai 224 warga Rusia termasuk anak kapal yang pulang dari bercuti di Mesir telah tewas. Bahan bukti telah menunjukkan pesawat ini telah dikhianati dengan bom jangka.
Kumpulan ISIS mengakui bahawa bom janga telah dipasang dalam pesawat sebagai jawapan balas kepada Rusia yang telah memulakan kempen mengebom pengkalan ISIS di Syria.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6XoxB3D7wlviz9LiMeSjFCvTm_4ezKg792S5ccCDe124ayTnfg1hJ5xHk-IkHyg22pqEEHEyUqUGoO61ZWFxwcgfkpEyjY8hpAVFXNc2_q5W-7chvRQ-dygOqEGOCE7bc1OEYJS3vjhil/s1600/images+%25283%2529.jpg)
Semenjak meledaknya WTC 9/11 dunia kita telah amat jauh berubah. Atas nama Perang Melawan Kegansan (PMK) banyak negara dalam dunia ini telah memperkenalkan hukum dan undang-udang baru. Undang-undang ini semuanya dikatakan untuk PMK - untuk menjaga keselamatan rakyat.
Nama dan bunyi undang-udang ini cukup molek. Di Amerika ada Akta Patriot, Undang-Undang Keselamatan Tanah Air, di Malaysia kita ada Sosma, kita ada POCA, POTA dan paling terbaru MKN - Majlis Keselamatan Negara. Di UK, Peranchis, Australia, Itali malah semenjak 9/11 semakin galak negara memperkenalkan akta dan undang-undang baru atas nama keselamatan dan menumpas keganasan.
Pada hemat saya semua undang-undang yang diwujudkan atas nama keselamatan orang ramai, atas nama PMK dipelbagai negara sebagai satu persediaan untuk menghadapi perang yang lebih besar.
Perang yang sedang berlaku di Timur Tengah pada ketika ini saya panggil Perang Tempatan. Ini kerana ianya berlaku disatu tempat atau wilayah. Perang Tempatan ini akan merebak dan memaksa kita semua berhadapan dengan kedatangan Perang Dunia Ketiga. Awan mendung dan rintik-rintik ini adalah petanda perang dunia akan sampai bila-bila masa sahaja.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsoa-vTQrdjuXb_w1OCXSMX6v3Duix9HwNi8PvpQiibVHhghr22ZjmMATxpKz65GXZQS4AxRmc11VawH9Qfg6xYQkRQRfTVgY8L0_B_PVcOVT_q1MyL8_sLGCRGnTRGXZNkCKJ_OvOlkcF/s1600/images+%25289%2529.jpg)
Hukum-hakam ini dikatakan akan memperkukuh demokrasi tetapi hakikatnya hukum-hukum ini bertentang dengan roh dan gaya hidup demokratik. Hukum hakam ini sedang melanggar hak asasi umat manusia yang paling asas : bebas dari ancaman perang- bebas dari ketakutan.
Kenapa warga perlu dikawal sekarang?
Jangan silap faham - elit politik dunia, elit ekonomi dunia, kaum pemodal antrabangsa dan tuan pemilik media dunia telah lama sedar bahawa sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud hari ini telah sampai ke tahap amat-amat bahaya. Krisis ekonomi yang melanda dunia pada bulan September 2008 dahulu masih lagi belum dapat ditangani. Kini krisis baru akan muncul.
Dunia kapitalis sedang berhadapan dengan pelbagai krisis yang maha besar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIUDziZEbWUdVXS-fhTjgfMvfGowk1Ioza-YVKqWeRGNyzJ-H6dhrKzRmQYjDrEthvCUOHnk1p29mRLab6w1Ikby-bvK6BMQkzHWUyWaLQ5a8Q3gEMB8heCcKp74BTwvK5nifNMPP_-H2M/s200/Soviet_Anti_American_Communist_Propaganda_Posters.jpg)
Mengikut fakta sejarah. Mengikut apa yang telah berlaku dahulu. Mengikut hukum ekonomi kapitalis apabila sistem kapitalis dalam gawat jalan keluar ialah perang.
Jelas kelihatan Perang Tempatan di Timur Tengah pada ketika ini tidak akan menyelesaikan kekalutan sistem ekonomi kapitalis yang sedia ada. Perang Tempatan ini diwujudkan untuk mengolah persetujuan warga dunia bahawa bahaya hari ini bukan datang dari sistem ekonomi kapitalis tetapi dari Islam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzBK6kVSb2mLtJmFRaEfourJ_aInlGEVvqXOWxCRc2Rdsuy970jonwa5YdzuJBqTPI7rmHfXmKpYfVCuwnU7sCORR8Gj3InPw-LfbXGrL9_oVyWsM-fYDeG_7BICLNFVUHWXJgWCC8DIPt/s1600/images+%25282%2529.jpg)
Apa yang berlaku sekarang ini bukan datang dengan sendiri. Semua ini dirancang. Ada ahli fikir, ada kertas kerja, ada idealog, ada lembaga kumpulan pemikir yang kerja mereka hanya berfikir, merancang dan melakar stratiji untuk memastikan kuasa hegemoni Amerika Serikat dan sistem ekonomi kapitalis akan terus bekuasa.
Di Amerika ada lembaga saperti Rand Coporation, Brooking Institution, American Enterprise Institute atau Council on Foreign Relation. Manakala di UK ada Chatham House, ada Center for Policy Study. Semua ini adalah lembaga-lembaga yang dianggotai oleh para pemikir pro kapitalis yang akidah dan cita-cita mereka ialah untuk memastikan sistem kapitalis ini selamat.
Perang Tempatan yang sedang berlangsung sekarang kesemuanya berlaku dalam negara yang penduduknya penganut agama Islam. Islam dipilih untuk menggantikan Sosialisma dan Komunis bukan secara tidak sengaja.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMnihtzoA1Yt5SgB3nS_BYABXPkD9ZALDYmdNztRCjtE7LWrx03mHzYD-HmWg8OrDeyfb1WZ_r_HoUpB0AB3WYAmj6VSBXpcTFhPIyjF3gFACGpCLV_w2J5ah7829r4TyLxIg13gkwr7vh/s1600/A1+LAWAN+KAPITALIS.jpg)
Wajib saya nyatakan disini pada tahun 1992 Samuel P Huntington seorang ahli sains politik telah menulis The Clash of Civilisation dalam majalah Foreign Affiars. Tulisan ini mengajukan bahawa sesudah Perang Dingin tamat maka agama dan indentiti akan menjadi induk perbalahan. Artikel ini akhirnya menjadi sebuah buku dengan nama yang sama terbit pada tahun 1996.
Hari ini garis politik kanan - agama dan identiti sedang menggantikan Perang Dingin. Islam sebagai musuh telah difikirkan seawal 1992 lagi. Saya cukup yakin pemikir-pemikir ini juga sedang merancang cara terbaik untuk menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis yang sedag nazak ini. Perang Dunia Ketiga pasti dalam ajenda. (TT)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7xG27mJBJk97PpV_A5URVpRFXr-7iBQA3nAfxftOlhCXJpeVfNl_RYEKWTVMdzmlqxw2FKTga-ypLF6DiqMShZ-SvZCtP-TE1Nol8m-eWWEYmIrsdrAxz9JXugrn3D-I1fa9Mr6Tac0nm/s1600/ANAK+MUDA.jpg)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj78ZZ4sZk3hJP4F3YWmzfHeDX5Pf36LgmVM8CvdlhhaN4ofZdEiLvB1vHxvqacExGK1ksiwQcdqjeK3lpH5BdqUp4Ctm5_IsMmeZpYHiVWcrZKX1Gx0uHuJjGsYmb0_wkXoZVyMa_Dc5CO/s320/577400_482674038459653_211708860_n.jpg)
-----------------
4 ulasan:
Perang ke x perang ke,2.6 bilion kena kebas..mungkin utk persediaan perang dgn Amerika. Kakakakaka
Ada COMBAT balik...
Kira OK lah
Melayu Melayu ada can jadi macam VIC MORROW
Business KAIN KAPAN boleh dapat BILYON BILYON okay....
Jom pergi COMBAT
Payah sangat memahami
tuLisan TT....Lebih senang
ikut jer cakap rusma & najik
Atau mohyudeen & madey
Semua dah ada brim meLayu
Agong bahasa Dan kutty...
Aminnnn amennn...
MaLas membaca tunggu
Derma dari arabiya...
dimalaysia pun menggunakan identiti agama dan identiti..pas mahukan identiti agama..umno mahukan identiti melayu. baru2 ni puteri umno pun menggunakan identiti agama " DIAN"- "Wartawan bukan Islam tidak dibenarkan membuat liputan untuk pelancaran skuad agama Puteri Umno, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Unit itu, dinamakan "Daulatkan Islam Agama Negara" (DIAN), ditubuhkan untuk mempromosikan Islam kepada generasi muda." . Org2 agama pun main golf pakai duit org lain.tp barak obama dtg dengan beraninya tanpa ada cubitan samada dari pas atau umno.
Catat Ulasan