Khamis, 14 Januari 2016

BALING 1974 - TEMERLOH HARI INI






BALiNG 1974

TEMERLOH

TAHUN 2016




2 Januari 2016
SEBERANG TEMERLOH - Meskipun harga getah jatuh kepada hanya RM1.90 sekilogram, namun ia tetap menjadi sasaran pencuri sekali gus meresahkan penoreh yang sudah lama terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.

Bagi penoreh, Abdul Rahman Taib dari Kampung Bangau Parit di sini, kejadian terbaru pada petang kelmarin begitu mengecewakannya, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.


Menurutnya, wang yang diharap untuk dijadikan modal membayar kelengkapan persekolahan anak-anak lebur begitu sahaja akibat kegiatan curi getah buku yang kembali berleluasa sekarang.

“Kali ini lebih perit sebab duit hasil jualan getah itulah yang diharap untuk dijadikan belanja sekolah anak-anak.

“Getah yang diusahakan ini bukan milik sendiri tetapi dikongsi hasilnya dengan tuan tanah,” katanya.







KAH KAH KAH
woit
tahun 1974
orang baling berdemo
kerana lapar tak makan
siswa di kuala lumpur
sambut demo baling
hari ini tahun 2016
siswa lapar tak makan
duit pinjaman tak cukup
bila nak demo
kah kah kah
oh malaysia ke
kah kah kah

LAWAN LAGi

-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa pm msia pada ketika itu?mcm anak beranak je pattennya..tanah peneroka dijdikan felda felcra..rakyat miskin lapar nak buka tanah utk pertanian tak bole, diISAkan..