RETAK AKAN
MELEDAK
Tahun 2016 baru sahaja masuk. Kali ini saya akan membawa surah-surah dan ayat songsang kepada para pembaca. Saya bukan berniat untuk menakut-nakutkan pembaca. Saya juga tidak ada niat untuk menyesatkan pembaca. Tulisan saya hanya bertujuan untuk memberi ingatan dan pencerahan.
Jika tahun 2015 kita dilalui dengan penuh keperitan - harga barang melambong, perbelanjaan harian untuk hidup mendadak naik. Pada tahun 2015 dahulu apa sahaja yang kita usik - semua harganya terus berubah-ubah menjadi lebih tinggi. Walau pun harga bahan bakar petrol turun tapi ianya tidak membawa apa-apa makna hakiki. Ini kerana tangga gaji dan pendapatan kita masih ditahap lama.
Awas! Tahun 2016 ini tidak akan menjanjikan keselesaan hidup. Tahun 2016 ini akan dirasai lebih perit dari perit. Akan dirasai lebih susah dari susah. Kos untuk hidup akan terus naik. Harga bahan makanan akan mendadak naik. Satu demi satu subsidi ditarik. Justeru tahun 2015 dan tahun-tahun sebelumnya akan dilihat dengan nostalgia, penuh dengan kemeriahan saperti musim buah yang lumayan.
Untuk memahami apa yang akan terjadi kepada Malaysia kita wajib memahami apa yang sedang berlaku diluar Malaysia. Babak-babak politk luar negara sama pentingnya dengan babak-babak politik yang berlaku dihadapan mata kita. Malah kadangkala apa yang berlaku diluar negara lebih penting dari apa yang berlaku di Parlimen kita.
Gagal memahami hakikat ini maka kita akan gagal memahami apa yang sedang menampar muka kita. Jika kita tidak memahami politik dunia maka bacaan politik dalam negara kita akan tersasul dan salah baca. Dunia hari ini ikat mengikat - kait mengait. Ini bukan bermakana dunia kini tanpa sempadan. Wilayah masih ada - sempadan negara masih wujud.
Yang semakin tidak ada sempadan ialah modal. Sempadan kini dikoyak dan dilanggar oleh modal tanpa tentangan. Modal kini bergerak kesana sini tanpa sempadan. Dalam tulisan-tulisan yang lalu - saya telah menyatakan bahawa modal milik kaum kapitalis dan syarikat antarabangsa tidak ada agama, tidak ada negara, tidak ada bangsa, tidak ada kesetiaan, tidak ada bahasa. Kiblat modal ialah keuntungan maksima.
Hukum dan watak modal tidak ada perberzaan sama ada di London, New York, di Madinah atau di Senaling.Modal dari permualan sejarah dunia bertujuan mencari keuntungan.
Ketika ekonomi kita tidak menentu tetiba Najib telah mengumumkan bahawa bujet yang baru diluluskan akan disemak kembali. Ini belum pernah berlaku. Seharusnya berita ini menjadi pebincangan berterusan. Tapi saperti biasa media mandul negara kita tidak melihat tanda dan makna dari kenyataan Najib ini. Tuan dan Encik Kang Kong dari fakulti ekonomi universiti tempatan tidak memahami makna dan tanda kenyataan ini.
Untuk saya apabila Najib membuat kenyaatan sademikian bermakna Malaysia sedang menuju ke ruang krisis ekonomi yang maha sangat. Kenyataan itu memberi makna pendapatan negara makin mersosot. Hutang negara makin meninggi. Bunga hutang makin bertambah. Nilai ringgit makin jatuh.
Pedapatan merosot: kerana harga dua minyak makin menurun. Harga minyak sawit dan minyak petrol yang menjadi asas pendapatan negara semakin murah.
Jelas - pendapatan negara merosot kerana harga minyak mentah sedang turun dalam pasaran dunia. Lambakan bahan bakar petrol dipasaran dunia menjadikan harga minyak mentah mendadak jatuh. Kini dibawah 40 dolar untuk satu tong.
Harga minya sawit juga jatuh. Ini kerana minyak sawit bukan lagi bahan mentah monopoli Malaysia. Zaman kita menjadi jurupandu telah tamat. Indonesia kini menjadi pengeluar utama. Maknanya apabila pengeluaran bertambah tapi permintaan masih ditahap lama - maka harga pasti akan jatuh.
Dalam masa yang sama barang ekspot buatan Malaysia tidak diperlukan dalam pasaran dunia. Permintaan dunia semakin menguncup.Kilang pembuatan bahan ekspot kita kini tergugat.
Dari sini kita mula terbaca tentang berita bagaimana anak mahasiswa sedang mengikat perut. Duit pinjaman PTPTN mereka dihantar pulang untuk menampong keluarga. Kita juga mula terdengar bagaimana ada ura-ura untuk menjadikan semua duit PTPTN sebagai hutang tidak mengira dapat 4 pointer atau sarjana kelas pertama.
Kita mula terdengar bagaimana tidak ada lagi pengambilan pekerjaan di jabatan kerajaan. Kita juga mula mendengar bahawa semakin ramai graduan dengan ijazah perguruan tidak mendapat kerja. Jumlah graduan pelbagai ijazah tanpa kerja semakin bertambah. Dalam masa yang sama kita juga terbaca tahun lalu 25,000 orang pekerja dari pelbagai jurusan telah diberhentikan. Paling memeranjat berita 250 juru terbang MAS hilang kerja.
Tetiba kita terbaca bagaimana Najib memberi ingatan kerpada jabatan kerajaan agar berbelanja dengan berhemah.Ramai melihat kenyataan Najib ini sebagai lawak. Tetapi hakikatnya Najib tahu data yang lebih lengkap dan lebih terperinci, justeru Najib membuat seruan itu.
Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda bahawa ledakan ekonomi akan sampai.
Diluar negara perang berterusan di Timur Tengah. Kuasa imperialis yang dikepalai oleh Amerika telah menyerang Syria selama 4 tahun. Rancangan Amerika bersama Saudi dan Turki kelihatan gagal. Perang Syria ini sedang mengancam bukan hanya negara Arab malah mengoyang kestabilan politik Eropah dengan kesampaian warga pelarian perang. Yamen sebuah negara paling miskin dalam dunia sedang diserang dan dibom oleh Saudi Arabia dan kuncu-kuncu dari Negara Telok.
Dalam masa yang sama perang masih berterusan di Iraq dan Afghanistan. Di Pakistan , Somali dan Nigeria - ledakan demi ledakan terus berlaku. Pertempuran antara pihak yang berkuasa dengan yang dirampas kuasa berterusan. Mayat kedua belah pihak terus bergelimpangan.
Apa akan terjadi pada tahun 2016 ini?
Saya dengan penuh keyakinan melihat tahun 2016 ini sebagai permulaan zaman meleset yang lebih buruk dari zaman meleset - The Great Depression - tahun 1929.
Dari pengamatan saya apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini sedang juga berlaku di negara-negara lain di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada hemat saya tidak banyak perbezaan antara kita dengan negara Dunia Ketiga yang lain. Kacau bilau ekonomi ini bukan hanya dalam negara kita sahaja. Dimana-mana pun dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis kekacauan ekonomi sedang berlaku.
Di Eropah - kita telah melihat apa yang telah berlaku di Greece. Kini wabak Greece sedang menjangkiti Itali, Sepanyol dan Portugal. Di Amerika Latin kita melihat negara Argentina dan Mexico tidak ada keupayaan untuk membayar hutang.
Secara ilmiah - sama saperti kiraan aljebra dalam ilmu hisab - empire Amerika yang berasaskan kertas hijau yang dipanggil dolar akan runtuh. Ini hukum ekonomi - tak kira ekonomi sosialis atau kapitalis. Jika hutang negara bertapuk-tapuk maka hutang ini akan menenggelamkan negara.
Amerika yang terus mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar telah sampai ke satu tahap dimana dolar ini tidak diyakini lagi. Hilangnya keyakinan terhadap dolar adalah permulaan tahap keruntuhan empire Amerika.
Sejarah dolar bagini: Sesudah perang dunia kedua Amerika muncul sebagai juara utama kuasa imperialis dunia mengambil tempat Britain. Selama dua puluh tahun sesudah perang Amerika menjadi jurumudi ekonomi kapitalis dunia. Ekonomi berkembang. Dolar berkuasa dimana-mana. Pasaran baru dibuka. Produk baru dicipta. Dunia kapitalis Amerika dan Eropah - berpesta saperti tidak ada kelmarin dan esok. Ini ketika dunia diperentah oleh empire Pax Americana.
Pada tahu 1971 dolar tidak lagi disandarkan dengan emas. Amerika mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar untuk membayar hutang Perang Vietnam. Untuk ganti emas Amerika membuat perjanjian dengan Saudi - pengeluar utama minyak - untuk memaksa jual beli minyak petrol diwajib menggunakan kertas hijau ini. Amerika menjadi pengekspot kertas hijau. Maka muncul apa yang dipanggil Petrodolar.
Tujuh puluh tahun sesudah perang dunia tamat - era Pax Americana sedang berakhir. Zaman tepu telah masuk. Kong kalikong Amerika bersama Saudi dalam hal jual beli petrol ini telah sampai ketahap akhir. Semakin ramai negara telah berani meminggirkan dolar dalam urus niaga mereka - sama ada jual beli minyak atau jual beli bahan yang lain.
Semua ini adalah tanda hari-hari akhir untuk dolar dan Pax Americana.
Sabar. Jangan terlau cepat. Hari-hari akhir dolar ini pasti akan sampai. Tentang ini saya cukup yakin. Dalam masa yang sama saya memberi ingatan bahawa bencana besar akan sampai untuk kita semua. Jangan lupa Saddam Hussein dan Gadaffy menjadi arwah kerana mereka mahu membawa Iraq dan Libya meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Lihat apa yang sedang terjadi kepada Libya dan Iraq.
Ini hukum modal. Ini hukum ekonomi kapitalis. Ianya tidak mudah disingkir dan tidak mudah diketepikan. Kaum pemodal antarabangsa sedang menyusun dan sedang mengatur.
Pada ketika ini warga Malaysia sedang berhadapan dengan Najib dan panglimanya dari United Malays National Organisation. Mereka ini secara sedar dan mungkin secara tidak sedar adalah bidak catur dalam kerangka kuasa imperial Amerika.
Ketika kita berhadapan dengan Najib dan kuncu-kuncunya kita juga wajib sedar bahawa kuasa imperial Amerika sedang mengatur stratiji dan membuat persediaan. Justeru kita sendiri sedang berhadapan dengan TPPA - sebahagian dari stratiji kaum pemodal.
Ada satu lagi perancangan yang sedang datur dan disusun. Kaum pemodal antarabngsa sedang menyediakan perang. Untuk kaum kapitalis perang ialah perniagaan yang amat menguntungkan.
Justeru - saya ingin betanya - apakah kita semua sedar bahawa perang dunia sedang dirancang? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
----------------
4 ulasan:
Persepsi jer ni...
Sebenarnya tanah ini
KebaL dari ancaman² Luar
Kerana patuH syariaH Land'$
Bukannya patuk~patuk syariaH
Negara asing gagaL memahami
Kangkung~kangkung yang
Sangat yunik tumbuk
Di tanah patuk-patuk
SyariaH Land'$
Aminnnn
Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".
Surah Al An'am ayat 158
Kadang-kadang kita semua lupa yang dunia ni akan ada akhirnya. Terima kasih kepada admin kerana memberi peringatan. dan semoga kita sama2 diizinkan Allah swt untuk sentiasa beringat.
Tak tahulah kenapa banyak ulama dan termasuk bekas mufti mempunyai firasat yang tidak baik tentang 2016-2017. Dan nasihat yang saya terima sejak 3 tahun lalu ialah:
Jaga diri jaga keluarga dan banyakkan mengingat Allah swt. Akan ada perkara besar akan berlaku nanti pada 2016-2017.
Sekarang dengan apa yang berlaku di timur tengah, mungkin jawapan kepada nasihat mereka telah saya jumpa. PERANG DUNIA.
Dan Insyallah, mungkin akan ada penyelemata ummah selepas semua bencana ini. Al mahdi.
Wallahualam.
apa nak takut kalo perang..barisan2 komando2 yg putus urat ramai..panglima baju merah sekincan ramai..panglima tulang belakang dan kepala keras ramai..tak perlu belanja besar utk perang..tak perlu lapangan terbang sg besi sb panglima2 merah dan ali tinju sumenya urat besi dawai keluli..tu belum masuk pakar jinkologi yg mampu mengaktifkan parang terbang, menghantar peluru mgunakan ilmu gaib.kita ada zahid komidi yg akan lari..ops silap..akan minta bantuan dari besan utk bantuan dari kiai2 indonesia..kita ada ktn utk pantau dan hack kemudahan tentera asing..apa de hal..raja2 sultan2 berdaulat akn mghancurkan tentera2 yg mahu menawan msia..di selatan ada sultan johor, di timur utara ada sultan kelantan, di barat utara ada sultan perlis, ditengah2 ada johor dan selangor..jgn dinafikan kekuatan pemegang2 botol ni..ops silap..pemegang2 kuasa..mufti2 akan bermuzakarah dimekah madinah bagi mdpatakn pertolongan allah..perang tak bahaya, yg bahaya adalah vape, skodeng org miskin,hukum org miskin..org kaya wajib dilepaskan sb kalo ditangkap nnt sapa nak tolong org miskin..agama adalah hak eksklusif org2 kaya..
anwar ibrahim pm malaysia 2016.
Catat Ulasan