Jumaat, 15 Januari 2016

PULANG DARI MAHKAMAH






MAHKAMAH
saya baru pulang
dari mahkamah tinggi
hukuman telah dijatuhkan
saya dipenjara 9 bulan
tersabit tuduhan
akta hasutan 1948

hukuman ditangguhkan
sementara buat rayuan
maka saya dikenakan
jaminan 6 ribu ringgit
semua telah dibereskan

bila saya pulang
saya lihat dalam twiter
banyak twit yang menyokong
banyak memberi semangat
ramai sama bersimpati
untuk mereka ini
saya ucapkan terima kaseh 
salut!

ada juga yang menulis 
dengan marah
.... kenapa 9 bulan..
patut beri sembilan tahun...

kepada si polan ini
saya tidak marah
kerana apa yang telah 
kerana apa yang sedang
kerana apa yang akan
saya lakukan juga
untuk kebaikkan
si polan ini juga
untuk kebaikan kaum 
keluarga si polan ini
untuk masa depan 
anak cucu cicit 
si polan ini juga

apa yang saya lakukan ini
bukan untuk diri saya
juga bukan untuk jai & ezi
tapi untuk seluruh
warga malaysia
untuk anak semua bangsa
untuk bangsa semua agama
amin!

  1. Can confirm that has been sentenced to 9 months jail. Fine of RM5K by Sessions Court set aside.


BERSAMA PEGUAM - DI JAGA OLEH KOPRA POLIS
TERIMA KASEH PEGUAM
Embedded image permalink




------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tenang Tenang saja

Rezeki Ajal Hidup Jodoh semua milik Tuhan

Boleh Rayuan nanti Bebas lah

Bebudak tu nak tunjuk rajin mula tahun baru

Biasa lah

Semua lahap free Otak Standard saja

Kalau boleh Ber Ketua Bahalol , maka Bahalol jugak tu

Bila sedar nanti baru sesal

Biasa lah

Tanpa Nama berkata...

Continuer la lutte!!! Salut

Smeagol berkata...

Tadi goegle SIAPA BAHLOL. fullamak.!!!. Hebat mamat tu wei.. aku suka.. hihiii

mohd arshad raji berkata...

Be strong Bro. The world has not come tumbling over you. A man of principal does not weaver when threatened. He fights back and that is what you must do. Lawan Tetap Lawan. Now it is your turn to go in. The next time it will be others......many others selepas PRU14. Semoga Allah swt bersama mu Bro.....

Tanpa Nama berkata...

Tukar Tiub
Sudah lama mengikuti blog ini, kali pertama membuat coretan:

Terima kasih Tuan TT atas sumbangan tuan, ramai yang menyokong tuan, menyokong perjuangan tuan untuk kesejahteraan semua. Moga tuan sentiasa dilindungi dengan penuh rahmat.

Tanpa Nama berkata...

Sabar Bro......
Kejayaan akan Susuli

Tanpa Nama berkata...

Be strong bro..Allah bersama orang yg benar

Tanpa Nama berkata...

Terpaksalah berpuasa selama 9 bulan...hai...apakan daya, dah nasib TT kena makan nasi gomen

Nostalgia abkk berkata...

Terima Kaseh Bro.....