Rabu, 17 Februari 2016

PERTEMPURAN TERAKHIR




MENUJU KE PERTEMPURAN AKHIR
Ketika saya meggarap tulisan ini seramai 4,801 soldadu dan pegawai tentera Amerika telah gugur di Iraq. Di Afghanistan seramai 3,487 - soldadu dari pelbagai negara barat telah tewas. Setakad ini perbelanjan perang di Iraq dan Afghanistan ialah 1,667.133,934,508 dolar Amerika. Jumlah warga Irag yang mati dibunuh dalam perang Iraq ialah 1,455,590.
Maka dalam tulisan ini saya wajib menerangkan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam dunia hari ini. Dunia kelihatan kacau bilau. Perang disana sini. Dalam masa yang sama ekonomi dunia semakin mengecut. Ramai hilang pekerjaan.Kilang banyak ditutup. Bank jatuh muflis. Orang ramai - kaum buruh, kaum pekerja dan kaum tani makin terdesak kehidupan.
Dalam masa yang sama 66 sosok bersama ratusan CEO Bank, tuan-tuan empunya kilang, tuan empunya syarikat, tuan empunya tanah, tuan empunya saham - terus meraih keuntungan berlipat ganda dan menjadi kaya raya.
Saban hari kita terbaca atau menonton berita tentang ekonomi dan perang - kacau dan bilau yang sedang berlaku dimerata tempat dalam dunia. Di Asia, di Afrika dan di Latin Amerika - suasana terus tegang. Pembunuhan, letupan, penyuludupan terus berlaku. Sebenarnya semua ini kait berkait dan ikat berikat.
Mari kita ingati kembali dasar PNAC - Projects for the New American Century. Lembaga NGO yang ditubuhkan pada 1997 ini telah melakarkan beberapa dasar. Sosok-sosok dan pemikir dalam PNAC ini berfahaman kanan - neo-konservatif. Mereka terdiri dari profesor, intelektual dan pemikir garis kanan yang amat diyakini oleh kaum pemodal justeru fikrah mereka dilanggan oleh Rumah Puteh.
Dasar-dasar PNAC ini muncul sesudah secara resmi tamat Perang Dingin. Amerika sesudah Perang Dingin dilihat unggul. Amerika tidak ada saingan apabila Blok Sosialis Rusia runtuh.
Induk dasar PNAC ini ialah hegemoni Amerika. Hegemoni bermakna kuasa mutlak. Hegemoni Amerika bermakna kuasa mutlak dibawah imperialis Amerika. PNAC juga melakar bahawa Amerika Syarikat TIDAK akan membenarkan mana-mana kuasa, mana mana negara dalam dunia ini muncul atau berkeupayaan untuk bersaing atau berkeupayaan menandingi kuasa hegemoni Empire Amerika.
Inilah dasar dunia yang kita duduki hari ini. Ini adalah realiti dan budaya politik dalam semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara dunia kapitalis wajib tunduk dibawah hegemoni Amerika.
Apakah ada pembaca yang tidak percaya dengan apa yang saya tulis ini? Saya dapat membuktikan hujah saya ini dengan senang.
Dalam dunia hari ini semua jual beli dalam pasaran dunia wajib menggunakan kertas hijau yang dipanggil dolar Amerika. Semua jual beli bahan bakar petrolium dalam dunia ini wajib menggunakan dolar.
Sayugia diingatkan bahawa dolar ini hanya kertas hijau yang TIDAk ada apa-apa sandaran. Tidak bersandarkan emas atau perak. Dolar hari ini dipanggil duit FIAT. Fiat ini bermakna duit yang dipaksakan nilainya keatas kita. Duit bersandarkan emas telah dilupuskan pada tahun 1971 oleh Presiden Nixon.
Justeru Malaysia mengekpot minyak sawit untuk mendapatkan dolar. Petronas jual minyak untuk mendapatkan dolar. Jika kita tidak ada dolar kita tidak boleh beli apa-apa. Tanpa dolar Rosmah tak dapat beli beg Birkin. Najib tak dapat beli kapal terbang Boeing baru. Razak Baginda tak dapat beli kapal selam Scorpene. Semua perlukan dolar.
Bagaimana cara untuk dapatkan dolar?
Kita berniaga jual barang kepada Amerika. Amerika bayar kita dengan dolar. Kita jual minyak sawit kepada Belgium atau Belanda - mereka bayar kita dengan dolar. Belgium dan Belanda jual keju dan beer kepada Amerika - mereka dapat dolar.
Dalam sistem ekonomi kapitalis hari ini dolar diwajibkan sebagai tukaran jual beli.
Lalu persoalan timbul - apa kerja yang dibuat oleh Amerika? Sebenarnya Amerika hanya mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar. Ini ekspot terbesar dan bisnes utama Amerika ketika ini - selain dari jual senjata dan filem dari Holywood. Amerika menjual kertas hijau yang dipanggil dolar.
Kerja jual dolar ini dilakukan oleh Federal Reserve - sebuah bank swasta - yang pemiliknya dirahsiakan. Federal Reserve ini mencetak dolar . Dolar ini dipinjamkan kepada kerajaan Amerika. Bila kita terbaca Amerika berhutang - ini bermakna Amerika berhutang dengan Federal Reserve. Yang mengawal nilai naik turun dolar - yang mengawal bunga pinjaman dolar ialah Federal Reserve. Jangan salah anggap Federal Reserve bukan bank negara Amerika. Ini bank swasta yang telah diberi kuasa untuk mencetak dolar.
Mustahil pekara sebodoh ini berlaku. Mustahil tidak ada pemimpin negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika tahu hal ini? Apakah dunia bodoh sangat dan tidak sedar hal ini. Mustahil?
Tetapi saya amat yakin Najib, Muhyiddin, Khairy, Sabri , Zahid dan menteri yang lain pasti tidak ada keupayaan fikrah untuk berfikir sampai ke tahap Federal Reserve. Pekara ini terlalu ‘ high politk’ buat mereka. Mereka hanya ada keupayaan untuk berfikir ke tahap perniagaan Low Yatt, Pertama Kompleks atau meniaga di Aked Mara.
Tetapi saya amat yakin Mahathir Muhamad sedar dan faham tentang peranan Anglo-Zionis dalam hal Federal Reserve. Kerana pernah Mahathir mencadangkan Malaysia menggunakn dinar emas sendiri. Ada juga pemimpin negara selain dari Mahathir yang faham hal ini. Saddam dari Iraq dan Gaddafy dari Libya faham tentang peranan dolar. Ini kerana negara mereka pengekspot petrolium yang banyak.
Sadam Hussein cuba menggunakan Euro - meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Hasilnya Saddam digantung mati. Gadaffy juga cuba menggunakan dinar emas dalam jual minyak. Hasilnya jubur Gadaffy telah disula dan dia mati. Ini fakta sejarah.
Apa yang saya tulis diatas bertujuan untuk membuktikan kuasa hegemoni imperial Amerika. Ini untuk membuktikan kuasa dolar dibantu oleh kuasa bala tentera Amerika dan kuncu-kuncunya dalam NATO. Seluruh dunia hari ini dipaksa menggunakan dolar jika mahu mengadakan jual beli dipasaran antarabangsa.
Dengan laras senapang Amerika boleh buat silap mata jual kertas hijau yang dipanggil dolar. Ini membuktikan bahawa kuasa muncul dari laras senapang.
Laras senapang ini adalah 700 lebih pengkalan askar dan soldadu laut , darat dan udara Amerika berselirat diseluruh diseluruh dunia. Amerika memiliki perjanjian dengan 191 buah negara ahli-ahli Bangsa Bersatu. Semua negara ini tunduk dibawah kuasa hegemoni Amerika - termasuk Malaysia. Perjanjian baru ialah TPPA. Ini fakta bukan propaganda.
Tetiba muncul China, Rusia, Iran, India, Korea Utara, Cuba, Afrika Selatan dan Brazil. Mereka mula berpakat-pakat untuk meninggalkan dolar dalam semua urus niaga jual beli. Rusia menerima Yuan - mata wang China - apabila menjual minyak. China menerima Ruble mata wang Rusia apabila membeli kapalterbang dari Rusia. India boleh meggunakan Rupee bila membeli dari China atau Brazil. Apa maknanya? Apa sedang berlaku?
Yang sedang terjadi ialah kemunculan negara-negara baru yang berani memecahkan hegemoni Amerika. Negara-negara ini berani keluar dari celah kangkang dolar. Negara-negara ini memiliki kekuatan ekonomi dan teknoloji sendiri. Mereka mahu berdiri bebas dari dikawal dan dikontrol oleh Amerika.
Tidak cukup dengan meninggalkan dolar negara-negara ini membuat perjanjian perniagaan sesama mereka. Maka muncul apa yang dipanggil negara BRIC - Brazil, Rusia , India dan China. Untuk memastikan negara mereka bebas dari hegemoni Amerika - China telah menubuhkan Asian Infrastructure Investment Bank. Bank ini jelas untuk menandingi Bank Dunia.
Tidak cukup dengan ini Rusia telah menubuhkan Eurasian Economic Union - perjanjian kerjasama ekonomi dengan negara-negara Eropah Timur.
Untuk memastikan negara-negara ini tidak terus diinjak-injak dan dibuli oleh Amerika didirikan lembaga Shanghai Cooperation Organisation (SCO). Lembaga SCO ini terdiri dari China, Rusia, Kazakhtan, Kargystan,Tajikstan dan Uzbekistan - termasuk Iran, India dan Pakistan. Ini perjanjian pertahanan. Perjanjian bersetiakawan sesama negara.
Dari ini jelas kita lihat bahawa dasar PNAC terang-terang telah dilanggar dan dibakul sampahkan oleh negara-negara SCO. Kelihatan tiga buah negara - Rusia, China dan Iran - sedang menjadi negara penting - mengemudi usaha untuk mematahkan hegemoni Amerika.
Apakah kaum neo-konservatif dan kaum kanan dan kaum pemodal di Amerika berdiam diri? Apakah kuasa imperial Amerika tidak bangun melawan?
Jawabnya adalah mustahil kuasa Zionis-Anglo-Amerika akan berdiam diri. Mustahil mereka tidak merancang. Mustahil mereka akan membenarkan harta dan kuasa mereka terlepas dari tangan mereka.
Keadaan ini sama saperti kedudukan Najib dan Rosmah sekarang. Najib dan Rosmah sedang dikepong. Mustahil Najib dan Rosmah akan menyerah. Hasilnya - kacau bilau dan porak peranda politik dan ekonomi berlaku di Malaysia. Semua ini muncul kerana rakyat mahu menjatuhkan Najib dan Rosmah.
Ini sama saperti kacau bilau yang berlaku dalam dunia hari ini. Kacau bilau ini muncul kerana rakyat dunia mahu menjatuhkan kuasa imperilais Amerika. Rakyat dunia sedang bersedia menuju ke pertempuran terakhir. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada MASYOOOKKKK

Melayu malas lagi BODOH

Bangla jaga Ekonomi Negara

Bahalol dengan LCE bet leluasa

Ada MASYOOKKK.....

Tanpa Nama berkata...

Bias kat Putin ke? Tak cerita sebijik pun?

Tanpa Nama berkata...

Pencerahan terbaik! TQ TT...

Hang Jebat. berkata...

Tanpa Nama ! Ya ianya memang suatu pencerahan terbaik.Terima kasih TT. Bermaksud kita dijajah oleh kini oleh Amerika setelah TPPA ditandatangani oleh kerajaan Najib . Apa kah nasib anak cucu kita sekarang? Perlu diingatkan bahwa persetujuan ini diperolehi melalui undian di parlimen dimana usul itu diluluskan dengan majoriti 43 undi. 127 ahli parlimen kerajaan menyokong usul berkenaan manakala 84 ahli parlimen pembangkang menentangnya. Kita tunggu dan lihat kesan nya bila perlaksanaan TPPA ini. Aku dari awal tak setuju dgn TPPA ini tapi kuasa ditangan kerajaan Najib.Jika benar apa tanggapan aku, apakah nak kita "chop" ahli parlimen BN ni semua ? Bukan tak cakap,berbuih mulut nasihat.Hemmmm.....tunggu aja lah.

Tanpa Nama berkata...

Pencerahan.......https://www.youtube.com/watch?v=233An7Qv_uc