Selasa, 16 Februari 2016

REMBAT DUIT BUMIPUTERA






MARA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP INDIVIDU-INDIVIDU YANG MENDAPAT LABA DARI PEMBELIAN HARTANAH DI AUSTRALIA
 
Saya dan Saudara Akmal Nasir (melalui National Oversight and Whistleblowers) telah mendedahkan skandal pembelian hartanah di Australia oleh MARA yang melibatkan penyelewengan berjumlah RM129 juta pada akhir Jun dan awal Julai 2015 lalu. Sehingga kini, 8 bulan kemudiannya, tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke muka pengadilan dan MARA masih belum mendapatkan kembali jumlah “terlebih bayar” walaupun ada bukti-bukti kukuh untuk tindakan diambil.


Dengan permasalahan pembiayaan yang dihadapi oleh ribuan pelajar Melayu/Bumiputra yang terkandas kerana kedudukan kewangan MARA yang tidak mengizinkan, saya tertanya-tanya kenapa tidak ada tindakan diambil untuk mendapatkan kembali dana awam. Jumlah RM129 juta adalah jumlah yang besar dan boleh membiayai pendidikan ribuan pelajar Melayu/Bumiputra.

Oleh kerana kegagalan Tuan Haji Annuar Musa bertindak mendapatkan kembali dana ini, saya dengan ini mengemukakan bukti dan dokumen yang menunjukkan perkara-perkara berikut:

1.    Individu-individu yang menjadi dalang dan dinamakan di dalam dokumen yang difailkan di mahkamah Australia

2.    Cara individu-individu ini menyalurkan dana rakyat dari MARA kepada syarikat-syarikat yang mereka mempunyai kepentingan

3.    Hubungkait individu-individu ini dengan EXCO Pemuda Umno

INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN DI DALAM DOKUMEN MAHKAMAH AUSTRALIA

§     Rujuk dokumen “Statement of Claim” yang difailkan oleh Trubuilt Projects Pty Ltd terhadap Wanissa Properties Pty Ltd yang disertakan bersama

§     Dokumen ini memperincikan bagaimana Wanissa Properties Pty Ltd yang mengusahakan Dudley House (iaitu hartanah yang akhirnya dibeli oleh MARA pada harga yang lebih tinggi) di alamat 7-13 Dudley Street, Melbourne telah gagal membayar hutangnya kepada Trubuilt Projects Pty Ltd iaitu kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan Dudley House.

§     Mukasurat 9 pada perenggan 19(x) memperincikan bagaimana MARA melalui anak syarikatnya Thrushcross Land Holdings Limited telah membeli Dudley House pada harga AUD22.6 juta (iaitu AUD4.75 juta lebih mahal dari harga pasaran yang dilaporkan).

§     Mukasurat 9 dan 10 pada perenggan 19(x) memperincikan bagaimana AUD4.75 juta (bersamaan RM14 juta pada kadar tukaran semasa) telah dibayar oleh Wanissa Properties Pty Ltd kepada 3 syarikat iaitu Leuven Capital Sdn Bhd, Optimus Capital Group of Companies Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd; iaitu syarikat-syarikat yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan Ahmad Nazim Abdul Rahman (CEO Pelaburan MARA Berhad), Mazrul Haizad Marof (dinamakan sebagai kakitangan MARA) dan Izadden Daud (Pengarah Urusan MARA Inc dari tahun 2008 hingga 2010).

§     Mukasurat 10 pada perenggan 19(xi) memperincikan hubungan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat itu melalui satu email yang dihantar bertarikh 4 Julai 2013 mengandungi invois dari syarikat-syarikat tersebut.

CARA DANA DISALURKAN DARI MARA KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERKEPENTINGAN

§     Saya sertakan  salinan-salinan invois (yang turut difailkan di Mahkamah Australia) seperti berikut:


TARIKH
SYARIKAT/BUTIRAN INVOIS
JUMLAH INVOIS
24 Julai 2013
“Letter of Indemnity” dari Mazrul Haizad Marof bagi pihak Leuven Capital, Optimus Capital dan TRR Heritage berkenaan tanggungan cukai kepada pihak berkuasa Australia


AUD3,350,000
17 Januari 2013
TRR Heritage: Khidmat rundingan (TRR/2013-003)
AUD700,000
17 Januari 2013
TRR Heritage: Yuran professional (TRR/2013-003)
AUD1,090,500
26 April 2013
FRP Prestige: Yuran professional (001042013)
AUD1,210,000
5 Februari 2013
TRR Heritage: Komisyen (dudley-feb-01)
AUD725,000
26 April 2013
Leuven Capital: Komisyen penjualan Dudley (001042013)
AUD1,350,000
31 Mac 2013
Leuven Capital: Yuran rundingan dan nasihat – Dudley (001032013)
AUD2,000,000
5 Februari 2013
Optimus Capital: Yuran promosi/iklan (dudley-feb-01)
AUD675,000

§     Walaupun pelbagai invois yang berlainan dikeluarkan dan bertindih, semakan dengan pihak berkuasa percukaian Australia (seperti yang ditunjukkan di dalam dokumen mahkamah) menunjukkan bahawa jumlah akhir yang dibayar kepada syarikat-syarikat adalah AUD4.75 juta (iaitu jumlah komisyen yang disebut di dalam “Statement of Claim”) seperti berikut:

1.    Leuven Capital – AUD3,350,000 seperti surat bertarikh 24 Julai 2013
2.    Optimus Capital Group – AUD675,000 invois bertarikh 5 Februari 2013
3.    TRR Heritage – AUD725,000 invois bertarikh 17 Januari 2013

§     Maka, jumlah yang MARA “terlebih bayar” sebanyak AUD4.75 juta itu kemudiannya dibayar kepada syarikat-syarikat yang berkait/dikuasai oleh seorang individu bernama Mazrul Haizad Marof.

HUBUNGKAIT DENGAN EXCO PEMUDA UMNO

§     Mazrul Haizad Marof adalah abang ipar kepada Dazma Daud, iaitu EXCO Pemuda Umno di bawah YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno.

§     Dazma Daud juga pernah terlibat dengan syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam dokumen mahkamah ini iaitu Optimus Capital dan Leuven.

§     Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai seorang pegawai tinggi MARA bukan sahaja dinamakan di dalam dokumen mahkamah bertanggungjawab menghantar invois-invois ini, beliau juga pernah terlibat di dalam satu syarikat lagi yang berkait dengan urusniaga pembelian Dudley House oleh MARA.

Dokumen-dokumen ini adalah satu maklumat umum yang boleh diperolehi dengan mudah dari mahkamah Australia, seperti mana diperolehi oleh MARA. Bukti keterlibatan individu-individu terbabit juga adalah sangat jelas dan sepatutnya tindakan telah diambil oleh Tuan Haji Annuar Musa sejak dari tahun lepas.

Dalam kemelut masalah kewangan MARA sehingga menyebabkan ramai lagi pelajar Melayu/Bumiputra menghadapi kesempitan, jumlah RM14 juta ini sepatutnya dituntut dengan segera dari individu-individu terbabit. 

RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


-----------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT apa dah jadi ni? asal sume senyap bila pak arab bgtau yg duit tu bukan derma tapi pelaburan...kenapa tiada siasatan yang di jalankan???? masih lagi ada menteri bodoh back up cita pasal derma! derma! derma! apa pekak buta tuli ke menteri2 kat malaysia ni...lepas satu2 isu tak selesai.bahlol btol ��

Tanpa Nama berkata...

Melayu anbil tuk jadi jutawan

Biar lah

Tak ke mana bagai kuah tumpah ke nasi

Biar lah Melayu jadi kaya kaya

Tanya Anak Musa pun buat apa

Tabung PPRT pon magik kan

Biasa lah Abang

panglimo potaseh berkata...

Pegawai yang mentedarah duit Amanah Rakyat tu dah tak boleh diambil tindakan dah .. sebab dia ikut tata cara suci badan sebijik seperti di gariskan oleh ularmak. Buat dosa kemudian tobat. Caranya dengan mintak ampon nanggis-nanggis, pi buat umrah tiga-empat kali macam Kak Jat, dahi dijelagakan macam dahi Azeez, bawa kitab kulu-kilir macam Rapidah, lepas tu ilang macam Ajak Baginda. Nak suruh sumpah di masjid pon tak de hal .. kah kah kah itulah orang melayu, mintak musang jaga ayam .. mintak bangla jaga ekonomi.

Nazrio berkata...

Rafizi ni x boLeh percaya...
Sebab dia pun suku sakat
Yang mengeLing~paria_kan
AhLi poLitiK umnQ

Tanpa Nama berkata...

Panglima.. jgn lupa pelan2 start buat la blog sendiri. Linkkan dgn TukarTiub.. baru meriah blog pakatan..

Hang punye komen.. mmg best..

Rajin2kan diri bersurah menghasut dan beri pencerahan.. jgn berhenti menghasut ya..

Tanpa Nama berkata...

rafizi ni kencing la..mana mungkin sume nama melayu..mesti ada nama cina dap..tak mungkin negara alussunnah wal jemaah yg dipersatuankan oleh ust zamihan ni mengamalkan cerita2 buruk mcm ni..