Selasa, 22 Mac 2016

CUACA MAKIN BERUBAH








BERJAGA JAGA

IKLIM MAKIN

BERUBAH



Panas melampau - sekolah di Kedah, Perlis tutup 2 hari


Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, 
Mahadzir Khalid.

Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau.
Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid.
Menulis di laman Facebook, katanya, keadaan cuaca panas itu berikutan fenomena El Nino.
Bagaimanapun, menurut Mahadzir, penutupan itu hanya membabitkan murid-murid sahaja.
Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan sebanyak 853 sekolah termasuk 621 sekolah rendah dan bakinya sekolah menengah serta 413,786 pelajar di Kedah dan Perlis terlibat dalam penutupan sekolah itu.
Mereka terdiri daripada 397,832 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta 15,954 murid prasekolah.

PANAS 

RUMAH KACA

YANG KITA RASA

ADALAH KERJA

KITA SENDIRI



-----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah saya,kerani cabuk bergaji 2000 sebulan dengan hutang courts mammot boleh membeli chainsaw dan menebang semua balak dihutan?
Adakah saya,yang bergaji 2000 ini boleh mengepam berjuta tan karbon dioksida sehari menggunakan ex5?
Adakah saya yang bergaji 2000 ini boleh membeli dinamit untuk mengebom gunung gunung diipoh?

panglimo potaseh berkata...

Kata Mat Kajicuaca panas ni berlarutan sampai Jun .. ngapa tak bagi coti sampai Jun.