Sabtu, 5 Mac 2016

SELAMATKAN MALAYSIA







BERSAMA

BERSATU

SELAMATKAN

MALAYSIA


Agenda selamatkan negara lebih penting, kata bekas tahanan ISA 

Aktivis Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu lantang menentang pentadbiran  Mahathir Mohamad sehingga ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 tidak kisah mengetepikan perbezaan pandangan untuk bersama-sama menandatangani deklarasi dilancarkan bekas perdana menteri itu demi menyelamatkan Malaysia.
Hishamuddin berkata, tidak dinafikan sememangnya terdapat perbezaan jalur politik dan fahaman dalam gerakan dilancar Mahathir, namun agenda lebih besar menyingkirkan Najib lebih penting.
"Ya betul, memang ada pelbagai jalur politik dan fahaman.
"Tapi semua disatukan dalam agenda besar iaitu selamatkan Malaysia.
"Negara ini perlu diselamatkan daripada kepimpinan Najib," katanya semasa ditemui selepas pelancaran Deklarasi Rakyat Dr Mahathir di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Hishamuddin yang terkenal dengan kelantangan menentang Mahathir semasa era reformasi 1998 selepas pemecatan Anwar Ibrahim dan giat berkempen menentang kezaliman bekas pemimpin yang banyak memenjarakan aktivis dan ahli politik pembangkang.
Hishamuddin menegaskan, penyingkiran Najib satu daripada agenda dalam deklarasi hari ini tetapi mereka juga mendesak supaya perubahan struktur sistem negara dilakukan dengan segera.
"Kita fikir bukan sahaja Najib diganti tapi juga perubahan struktur dan sistem juga perlu dibuat, seperti yang dikatakan tadi kita juga meminta pilihan raya yang adil dan bersih dan beberapa perkara lain," katanya.
Mahathir hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Deklarasi Rakyat bagi mendapatkan sokongan untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.
Beberapa pemimpin utama pembangkang dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang juga hadir bagi menyatakan sokongan bersama dengan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu. – 4 Mac, 2016.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=Oob%2BSM9D21yun%2B4nf8c9snTXlGfBJD9TVQe0kIIhqOlxBAq4HOyShuBiiKhtdOZuehqM%2BwgRrLBq%2FAcpgx%2F8nrSk7XPgEGqI1sLiVx30RF7y3Kgi%2Bi%2BwI4BX19NxazC%2FsCDgLPaUSV9uDkA2&b=5#sthash.ytZihg78.dpuf

MENGGALANG
SATU BARISAN BERSATU
YANG MAHA LUAS


Teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib


https://www.malaysiakini.com/news/332737

--------------

4 ulasan:

Nazrio berkata...

Sejak TT duduK beLakang Tun...
Tak berani Lagi weiiiy .!
nak bagi komen...

panglimo potaseh berkata...

Wah tt gwa tenggok lu duduk belakang Madey seghonok somacam jo .. sesikit topok tangan, apo bodek ko. Tapi gwa nenggok lu berkemaluan untuk salam dengan Si Kuti tu .. malu dong ahh la tuu. Oghang tuo mamak kuti ni porlu dikipeh macam bakar satay .. baru lah sodap satay tu.

Apopon perjuangan kali ni semacam kito meneroko padang perang yang asing .. nak kata mimpi tak mimpi yang pasti kain kito dah basah dek konceng .. kain ni porlu ditukar yang baru.

Musoh gah berlindung di balik kubu lamo yang dah nak ghahai. Kali ini laskar kito dikepalai oleh gringo tuo yang sarat dongan doso lamo pado kito .. tapi kito tak akan buleh kodopan jiko kito asyik ngiro doso lamo jo. Ayok bersatulah semua sitizen untuk menyelamatkan tanah air kita ini, supaya airnya tak lagi terpancut pada lobang yang bertahi.

Johan berkata...

masih relevankah kata-kata, "jika jumpa ular, ketuk pala madey dulu". kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Nak harap Melayu

Boleh pakai ke ?????

Lahanat tu semua Melayu kan


Mat Kampau semua pun Melayu kan

Khalas !!!!!!!!!!

KING UNTA cakap Khalas !!!!!

Geng BAHALOL makin besar sekarang

Bodoh betul