APAKAH KAU
MASIH TAK
PERCAYA APA
YANG AKU
TULIS?
El Nino: 15 loji rawatan air terjejas libat 28,200 akaun pengguna
Loji terbabit ialah di Pahang, Kedah, Johor, Perlis dan Sabah dan telah kurangkan pengeluaran air terawat
Pelepasan air ke sawah di Kerian ditangguh
Pelepasan air ke kawasan sawah padi di Selinsing serta Semanggol di daerah Kerian, dekat Taiping yang dijadualkan kelmarin terpaksa ditangguhkan, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak Datuk Abdul Razak Dahalan.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata pelepasan tidak dapat dibuat kelmarin kerana paras air di Empangan Tasik Bukit Merah terus menyusut iaitu kepada paras kira-kira 6.12 meter.
Katanya penjadualan semula pelepasan itu akan ditentukan selepas mesyuarat dengan Jabatan Pertanian dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dalam masa terdekat.
Media sebelum ini melaporkan, penanaman sawah padi melibatkan kawasan lebih 4,000 hektar sawah padi di kawasan Semanggol dan Selinsing tidak dapat dilakukan kerana bekalan air tidak dapat disalurkan ke kawasan sawah
BACA DISINI:
https://www.malaysiakini.com/columns/336699
https://www.malaysiakini.com/columns/337611
https://www.malaysiakini.com/columns/338522
-----------
3 ulasan:
Perbuatan mengutip sampah,asingkan dan kitar semula adalah haram hukumnya dalam iman kapitalis.kalau ramai yang kitar semula,pembukaan tanah untuk landfil,cukai bandaraya unntuk kutip sampah,kontrek2 buang sampah akan habis terbarai.pak syam pernahkah tinjau berapa lama lori compactor beratur hanya untuk timbang disanitary landfill?kalau bukan kerana minyak untuk buat plastik dulu mahal,mungkin hari bumi tidak dibenarkan siar ditelevision
mana gua bole percaya lu punya ckp..gua percaya munteri punya cakap..sume MB2 Pahang, Kedah, Johor, Perlis dan Sabah diam je..tak ckp apapun..mana munkin sungai2, air2 di negeri2 itu hilang atau kering kerana mufti2 dinegeri itu islam dan ahli umno ops silap..ahli sunnah wa jamaah..seperti pahang, bauksit dikatakan menjadikan tanah itu tidak sesuai utk pertani, maka dgn tangkas dan bingkas, MB pahang kata tanah tu bole buat tanah perindustrian..kalo sawah2 kering, air tanah..adalah baik kiranya sawah2 dibangunkan dgn bangunan2, rumah2 burung, buat masjid,buat surau..insyallah tuhan akan berkati dan menurunkan salji yg sepoi2 bahasa...
ya memang aku percaya.
tapi apa yang aku boleh buat ?
kalau boleh aku nak terajang najib&rosmah dulu
Catat Ulasan