Isnin, 25 April 2016

BERITA BAIK UNTUK NEGARA






BERITA BAIK

WAJIB SOKONG

LAGI CEPAT

LAGI CUN



Orang bukan Islam akan terima kerjasama UMNO-PAS - Mahmood Zuhdi

KUALA LUMPUR: Penggabungan dua parti utama negara, UMNO dan PAS sekiranya berlaku, akan diterima dengan baik bukan sahaja oleh golongan bukan Islam di negara ini tetapi juga oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Profesor Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tuan Haji Mahmood Zuhdi Abdul Majid, dalam temuramahnya bersama Mingguan Malaysia.


Jelas Tuan Haji Mahmood, orang bukan Islam tidak akan membantah kerjasama itu selagi periuk nasi mereka tidak diganggu dan mereka boleh meneruskan aktiviti perniagaan.

"Orang bukan Islam di Malaysia ini sangat cerdik, mereka akan menerima.

"Kalau terjadi gabungan UMNO-PAS, parti komponen BN seperti MCA dan MIC pun tidak akan membantah.

"Mereka akan menerima sebab periuk nasi mereka itu tidak akan diganggu, sebab mereka akan terus boleh berniaga," kata Mahmood Zuhdi.

Kata Tuan Haji Mahmood Zuhdi, ada pihak tidak senang dengan cadangan kerjasama UMNO-PAS, kerana bimbang ia membuka jalan kepada Melayu yang lebih dominan.

Sedangkan hakikatnya jelas beliau, orang Melayu hanya boleh dominan dalam politik dan dominasi itu pula tidak memberi keuntungan dalam ekonomi.

Justeru, beliau berpandangan orang Melayu memerlukan kestabilan politik menerusi penggabungan dua parti ini.

"Kestabilan politik Melayu diperlukan untuk mencari masa bagi memberikan peluang kepada orang Melayu supaya keadaan sosio-ekonomi lebih seimbang.



KAH KAH KAH

woit

pakat sokong

pakat bantu

jangan tak jadi

jangan kluk klok

jangan ding dong

jangan flip flop

jangan NATO

jadikan jadi

kah kah kah

lagi cepat jadi

lagi cun negara


KUN PA YA KUN


------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit pada Profesor Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tuan Haji Mahmood Zuhdi Abdul Majid: apa hukumnya orang makan dedak?

Tanpa Nama berkata...

Tanya laa bagi tepat dan sahih....APAKAH HUKUM DARI SISI HATURAN AGAMA ISLAM.... BAGI MEREKA YG MENERIMA DUIT DR SUMBER BUKAN HAK NYA....RASUAH. DIA DAPAT RASUAH DARI HASIL KERJA YG TK BAIK...