APA NAK
BUAT
Jangan cemar Pulau Perhentian dengan pesta maksiat – MAIDAM
Shaikh Harun menegaskan, sesiapa pun yang mahu menganjurkan pesta 'Full Moon Beach Party' di Pulau Perhentian Kecil, mereka perlu menghormati budaya dan agama penduduk tempatan
KUALA TERENGGANU: “Jangan cemarkan keindahan Pulau Perhentian dengan pesta maksiat,” demikian amaran Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Terengganu, walau apa jua alasan, kerana ia akan memberi impak negatif dalam pelbagai aspek.
“Sesiapa pun yang mahu menganjurkan pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian Kecil, mereka perlu menghormati budaya dan agama penduduk tempatan.
“Sepertimana kita hormat agama dan budaya mereka, begitu juga mereka perlu hormat kepada kita, walaupun mereka datang ke sini untuk tujuan melancong,” katanya mengulas penyebaran pesta itu yang dikatakan bakal berlangsung pada 19 dan 20 April ini.
ALAAAMAK
potong stim
kantoi mantoi
kah kah kah
FULUS POWER
-------------
2 ulasan:
pau pau pau mesti cukup semua kenyang
baru semua okay
kasi pau pau pau lagi lor
MAT KAMPAU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pulau Perhentiang tak boleh buak maksiak, haram .. nak buak maksiak yang baik nya mu gi Jermang, contohilah perbuatang ustak Tontowi.
Catat Ulasan