KAUM KAPITALIS
MARAH NAJIB
KOMENTAR
majalah economist
mewakili kaum pemodal dunia
majalah ini terus menyerang najib
ini bermakna kaum pemodal dunia
telah jelak dan muak dengan najib
muak dan jelak kerana
najib menggangu perjalanan
jual beli dan system bank global
ini maknanya hari hari akhir
untuk najib akan sampai
bila pemodal dunia jelak
maka kita tahu apa yang akan jadi
kaum pemodal global ini
menyusun dan mengatu bidak catur
untuk memastikan
kepentingan mereka
kepentingan perniagaan mereka
keuntungan mereka tidak terjelas
Siasatan ke atas 1MDB dalam takut, dakwa Economist
Kes siasatan ke atas 1MDB bakal menjadi ujian penting berhubung cara dunia berdepan dengan gejala rasuah rentas sempadan, kata The Economist.
Majalah antarabangsa berkenaan mengimbas semula skandal yang melanda firma pelaburan milik negara itu dan kaitannya dengan Najib.
"Dengan rasuah dan gerakan taktikal di pesisir luar berada di agenda tinggi selepas pembocoran kertas Panama, penyiasat mempunyai insentif tambahan untuk menggali dengan lebih mendalam,” katanya.
The Economist mendakwa siasatan dalaman Malaysia seolah-olah bersifat takut ataupun tersentap, justeru membiarkan negara-negara lain menjalankannya.
"Tahun lalu Peguam Negara digantikan - kononnya atas alasan kesihatan, walaupun dokumen yang bocor memberi bayangan bahawa beliau bersedia mengenakan tuduhan jenayah terhadap Najib.
"Pengganti beliau menolak cadangan bank pusat supaya 1MDB menghadapi tuduhan.
"Laporan Parlimen ke atas firma itu mengenal-pati berlakunya penyelewengan tetapi tidak mendakwa adanya penipuan secara terang-terangan," katanya.
Dokumen yang didakwa oleh The Economist mengenai kemungkinan tindakan undang-undang diambil ke atas perdana menteri, adalah draf yang dikatakan kertas pertuduhan yang diterbitkan di laman web pemberi maklumat, Sarawak Report.
Laporan majalah kewangan mingguan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas pengawal selia kewangan Switzerland (Finma) memberi amaran bahawa negara itu berdepan peningkatan risiko pengubahan wang haram, memetik contoh seperti 1MDB.
"Kita tahu bahawa dana yang dicurigai itu juga melalui bank-bank yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia Barat. Urusniaga juga diproses melalui banyak pusat kewangan antarabangsa yang lain.
"Ini menjadikan siasatan merentasi sempadan semakin kompleks kerana melibatkan pendakwa raya dan pihak berkuasa seliaan daripada empat benua.
"Jadi kes-kes seperti ini merosakkan reputasi pusat kewangan Switzerland.
"Jika sistem perbankan Swiss disalahgunakan untuk pengubahan wang haram secara besar-besaran, maka ini menjejaskan reputasinya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Finma, Mark Branson.
Switzerland percaya bahawa sekurang-kurangnya AS$4 bilion daripada dana 1MDB telah disalahgunakan tetapi Economist berkata penyiasat kini percaya ia boleh menjadi sebanyak AS$6 bilion.
Ia berkata bahawa penyiasat Switzerland pada 12 April lalu berkata mereka sedang meluaskan siasatan ke atas dua bekas pegawai kerajaan dari Emiriah Arab Bersatu yang dipercayai adalah pegawai utama dalam International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS yang kedua-duanya mempunyai urusan dengan 1MDB.
KAH KAH KAH
woit
manyak susah
manyak kacau
manyak jahat
manyak tipu
manyak kuntau
manyak muntau
kah kah kah
MAHAREMBAT
-----------------
3 ulasan:
ekonomi sudah teruk
business nak bungkus
rakyay tak ada duit
jual business pun tak ada nak beli
pekerja tak dapat gaji
rakyat tak ada duit
jual nasi lemak boleh hidup tapi tak lama
tolong lah
LOL tak boleh jadi ORANG kan
rakyat MELAYU BODOH ke ????
towkay Cina India pun cabut tutup kedai
rakyat tak ada duit
kad kredit tak tahan lama
MELAYU PAPA lama sudah
tolong lah jadi ORANG
Salam MR TAnPA NAMA...
Boleh aku nak tahu ko ni ber asal Dr mane?
Yg pasti nama ko ni copy paste Dr komik pedang setiawan....
kesian TT dah hampir 10 tahun tt sebut hari-hari akhir seekor najib dah dekat...tapi tak jugok kunjung tiba....angau lah tt...
Catat Ulasan