Jumaat, 6 Mei 2016

MACAM MACAM TEORI






HELI oo HELI

macam macam didengar
tentang helikopter ilang
macam macam teori
ada pulak kata sandiwara
untuk alih pandangan
ada kata ini wayang
kenapa semua ini berlaku?

semua ini berlaku
apabila maklumat kerajaan
tidak lagi dipercayai
semua berlaku apabila
apa sahaja  kenyataan 
dari menteri akan
dianggap satu konspirasi

ini tanda rakyat
ini tanda orang ramai
telah hilang keyakinan
terhadap pemerentah

justeru:
kemalangan tidak dilihat
sebagai kemalangan
ditokok tambah 
dicampur aji no moto

kedaaan sademikin 
bertambah buruk
dengan wujudnya internet
kini sembang bodoh
kini teori bodoh
bukan didengari oleh
dua tiga orang
kini semuanya merebak
satu dunia terdengar

dengan wujudnya internet
sesiapa saja boleh melapor
boleh menjadi wartawan

NOTA:
pekara ini telah
ditulis oleh 
hishamuddin rais
dalam buku ini

Helikopter hilang: Tumpuan ke Sri Aman, Simunjan

Polis minta orang ramai tak percaya khabar angin kononnya ada pesawat udara buat pendaratan kecemasan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Muhammad Sabtu Osman berkata pelbagai agensi akan bekerjasama dalam gerakan itu, termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA), tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Beliau juga meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang kononnya mendakwa ada pesawat udara membuat pendaratan kecemasan di beberapa lokasi.
"DCA sahkan tidak mengesan sebarag helikopter membuat pendaratan di Sarawak," katanya.


-----------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis Sarawak pun nak jadi wartawan juga. Janji lapor!!!

Tanpa Nama berkata...

Berita SEDIH lah.....

Masok KUBOR BUKAN SENANG okay.....

Boleh dalam duit INSURANS banyak ke

Nak pakai BILYON BILYON tutup LOBANG TAIK kan.....

MAT BAHALOL BUKAN BODOH

Budak dalam GUA ingat bijak macam Kancil

OH MY LOL , kata TRUMP kalau dia baca berita Mat Dah Bahalol

Tanpa Nama berkata...

Heli tengah menyorok.nanti masa undi keluarlah die bawak kotak-kotak berisi undi hantu-hantu dan jin-jin disebarkan ke merata tempat.nak menang sangat la katekan.

Tanpa Nama berkata...

Ada konco-konco tengah merekrut hantu-hantu dan jin di dalam hutan supaya mengundi untuk parti dacing senget.apa susah kasi dedak saje.tak perlu buat majlis korban itu ini.tak perlu majlis menaik menurun berasap kemenyan.nanti da setel undi tu akan dicampakkan ke mana-mana kawasan berisiko tinggi.kemudian akan terjadi drama kegelapan mengejut.tanpa disedari undi hantu dan jin ini akan jadi penyelamat keadaan

Tanpa Nama berkata...

mana sidang media..mana dca, mana polis..mana team sar..mana kawasan carian..carian guna apa?guna jin ke guna drone atau guna2..pakatan harapan, tolong jaga2, mungkin2 keadaan kecoh tetiba peti2 hantu sudah masuk..yg mati tetap mati. yg undi wajib menghumban najib rosmah..roh2 kudus monsopiad dimohon menghalau hantu2 guru ji rosmah balik ke india..takkan sarawak tak sedar lagi..atau kalo bole piliharaya dihapuskan..