TIM FBI
SUDAH MARI
Penyiasat AS kini tumpu hartanah Riza RM138 juta di UK
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menumpukan kepada hartanah mewah yang dibeli oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz di tengah-tengah kota London yang berharga RM137.6 juta atau GBP23 juta, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).
Sebelum ini, WSJ turut melaporkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS sedang meneliti pembelian dua hartanah mewah oleh Riza yang sekurang-kurangnya bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles dan hubung kaitnya dengan dana 1MDB.
Hartanah London itu yang berupa kediaman empat tingkat dengan bata merah, juga dikhuatiri dibeli dengan pembiayaan menggunakan dana berpunca dari 1MDB, dakwa mereka yang biasa dengan siasatan itu kepada WSJ.
Hartanah yang berada dalam sebahagian kawasan yang dilindungi oleh pagar sekuriti itu terletak berdekatan dalam jarak pejalan kaki daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kawasan kejiranan Belgravia.
Ia dilaporkan berdaftar kepada Qentas Holdings Ltd, sebuah firma British Virgin Islands, namun Riza adalah penerima manfaat hartanah tersebut, lapor WSJ.
Hartanah di London, New York dan Beverly Hills itu dibeli dengan menggunakan dana Red Granite Capital - firma luar pesisir yang dimiliki oleh Riza, WSJ melaporkan.
BRO APA JADI
lu mana mahu lari
itu cina tembam
sudah lari
dia pulang negri cina
lu nak lari mana
jang oooi nak lari
ke mano jang oooi
FBI ada di klumpo
kah kah kah
PADAN MUKO
--------
4 ulasan:
Kenapa FBI pulun sgt nak cari 1mdb ni.. cuba tanya sapa2 yg tau..
Atau mungkin scandal 50 billion ni antara penyebab dollar merudum..boleh dikambinghitamkan..waallahuaklam..
Mmg tak habis -habis kedengkian musuh Islam dgn pemimpin Islam malasyia ni... semua ini fitnah, bapa tiri pejuang Islam mana boleh makan Wang haram....ishhh anwar punya crita ni
kah kah kah betul tu.....
Rugi sungguh umnQ taK bubuH
Tukang hasut ni daLam jiL...
Catat Ulasan