Saya telah mendapat satu salinan surat dari Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015 yang disertakan bersama.
Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku. Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Rizuan Abdul Hamid di luar mahkamah.
Rizuan Abdul Hamid adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Najib. Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Awani http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-berani-mati-untuk-najib-ketua-umno-kepong-70947
MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB. Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik.
Saya telah membuat semakan awal dan berpendapat surat ini adalah benar dan tulen berdasarkan maklumat yang saya perolehi setakat ini.
Oleh yang demikian, saya mengingatkan Najib supaya berhenti campur tangan di dalam urusan mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam sama ada campur tangan itu secara langsung atau tidak langsung. Beliau juga perlulah mengeluarkan arahan kepada semua anggota Jemaah Menteri supaya tidak mengeluarkan surat-surat arahan seperti ini dan menghentikan segala campur tangan di dalam mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam.
Saya kesal kerana seolah-olah Perdana Menteri masih belum belajar dari skandal 1MDB yang telah menjejaskan nama baik dan kedudukan kewangan negara kerana suburnya budaya ahli politik campur tangan di dalam pengurusan syarikat atau badan berkepentingan awam.
Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu.
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
----------
7 ulasan:
Tongkat...PM...biar rakyat papa kedana....
Alahai En Rafizi woii,paling tidak..nanti ada pihak spin pasal kebocoran maklumat pulak. Siapa bocor rahsia kerajaan? Kih,kih,kih....
Bagai DRAMA DULU KALA pulak
antara HANG TUAH dan HANG TOLOL ter gila gila HANG KONTOL
tetiba satu empayar warisan KABOOOMMMM !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wujud lah MAT LOL THE SAPUMAN.....
drama Ketam Ketam Melayu lah apa lagi
Sampai bila mau jadi Tuhan? Semuanya dia nk sogok duit, nk kontrol tpi kau kena ingat Najib ko makhluk mcm aku & kita semua,: duit yg ade reti abs, diri tau sakit, kalo tk sakit pun tetap mati
"Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu.."
Berani mati, tapi takut bengkrap. Bengap betul orang ini.
Patut laa sampai sanggup mati pertahankan najib, telo dah kena genggam rupanya. Kah kah kah
Brader TT, berdasarkan surat yang dikemukakan brader Rafizi bolehkah kita membuat laporan polis atau/dan SPRM terhadap Najis Nazak? Walaupun kita tahu polis sekarang sudah dikategori spesis tidak bertelur dan SPRM spesis tidak bertulang belakang, laporan masih boleh dibuat bukan?
Catat Ulasan