Jumaat, 13 Mei 2016

ZUNAR MALUKAN NAJIB



MALUKAN

NEGARA?

KOMENTAR
mustahil negara malu
negara bukan manusia
negara tak ada perasaan
yang dimalukan najib
bukan negara
najib sengaja dimalukan
kepada  diseluruh dunia
biar ramai yang tahu
negara tak ada apa apa

NOTA:
zunar seniman hebat
bertaraf dunia

Tindakan kartunis zunar kritik PM malukan negara


KUALA LUMPUR - Tindakan kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar yang mengkritik Najib melalui karyanya pada satu pameran di Geneva, Switzerland disifatkan sebagai menghina pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia  Salleh Said Keruak berkata selain memalukan negara, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur gabungan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

"Saya kesal dengan perbuatannya. Kalau ada pun perbezaan pendapat dan sebagainya, uruslah dalam Malaysia.

"Tidak salah jika kita berbeza pendapat, bahkan tidak salah juga jika tak setuju dengan pandangan kerajaan tapi kenapa perlu libatkan negara lain," katanya kepada pemberita selepas sesi meja bulat dan dialog kementerian berkenaan di sini hari ini.

Zunar mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila menghina Perdana Menteri melalui karyanya.

Salleh berkata Malaysia adalah negara demokrasi yang tidak menyekat mana-mana pihak untuk memberikan pendapat namun perlulah secara berhemah.

Selain memberi gambaran negatif tentang masyarakat Malaysia kepada negara luar, tindakan seumpama itu juga dilihat mensabotaj ekonomi negara yang secara tidak langsung membantutkan keyakinan pelabur ke Malaysia. - Bernama

MALUKAN 

NEGARA

POOOORAH



-----------

3 ulasan:

Saiful berkata...

Hg pa yg malukan kami..blah la oi

Tanpa Nama berkata...

ENGEH PHOR DHING GHEH ??????

ZUNAR ini wira negara kan.....

Mana Pingat GAGAK Berani nya ????,

Tanpa Nama berkata...

ni monkey bangang..cerita 1mdb dibuat secara live di asutralia..jutaan rakyat australia termasuk warga malaysia yg berada di australia sume tgk kisah wartawan abc tu..pasai apa tak ckp austarlia memalukan negara sunnah alsunnah walrasuah..??nape tak saman austalia..pasal apa indon tak kena marah dgn keruak..pasal apa US wsj di saman kerana memalukan malaysia..utk sementara ni je la bangang je keruak tu, lepas najib rosmah digari nanti, maka putus la sume kebanganag...najib rosmah wajib bersedia , sesunguhnya ketika saat dibawa pergi nanti, bukan rakyat marhein je yg suka, menteri2nya pun bersukaria di parti2 rahsia..untuk sementara ni, berupa2 la mebangangkan diri demi beribu2 hektar tanah, perniagaan serta undang2 yg di buat di parlimen, agar sesudah berangkatnya najib rosmah, maka undang2 ciptaan penyamun akan menyelamatkan penyamun...