DARI SUNGAI BESAR
KE KUALA KANGSAR
Pada pagi Ahad 12 Jun 2016 yang baru lalu - Mahathir Muhamad telah membocorkan satu maklumat penting. Pembocorkan maklumat dilakukan secara terbuka dalam ucaptama pembukaan forum 1MDB di Kuala Kangsar.
Forum ini adalah sebahagian dari kempen pilihanraya kecil untuk menyokong Dr. Ahmad Tarmizi calon Parti Amanah.
Mahathir telah membocorkan maklumat secara terbuka dihadapan 300 orang hadirian dalam dewan sebuah restoran di Kuala Kangsar. Mahathir telah membocorkan maklumat bagaimana dia telah berjumpa dengan Haji Hadi. Ini berlaku sebelum bulan puasa. Dalam pertemuan ini Mahathir telah memberi pencerahan kepada Hadi tentang tentang segala jenayah dan salah laku Najib.
Mahathir telah menerangkan tentang kes pembunuhan Altantuya. Telah diterangkan kes tekanan Singapura keatas Najib dalam hal projek kereta api laju. Dijelaskan bagaimana Najib telah menjadi ‘lembik’ dan mengikut suruh arah Singapura tanpa memikirkan kedaulatan dan kemerdekan Malaysia.
Paling penting Mahathir telah memberi penjelasan yang tuntas tentang peranan Najib dalam kes rompakan duit 1MDB.
Keluar masuk duit 1MDB ini mungkin agak payah untuk Haji Hadi memahami kerana ilmu pengetahuan Hadi yang terhad dalam bidang ekonomi. Maka Mahathir sebagai guru telah menerangkan sajelas mungkin. Setuntas mungkin. Ini dilakukan agar Hadi akan membawa parti PAS bersama dalam satu saf rakyat Malaysia untuk menumbangkan Najib Rosmah.
Haji Hadi menolak cadangan Mahathir.
Penolakan ini kita dengari melalui kata-kata lek lok Hadi tentang parti Pas. Menurut Hadi parti ini bukan mahu kuasa. Hadi sendiri tidak berniat ke Putrajaya. Dia hanya mahu jadi penasehat. Malah Haji Hadi menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebagai Parti Islam - Pas hanya mahu keredaan Allah dan menegakkan Islam.
Tentang heboh-heboh ajenda Islam Pas inilah yang menjadi satu tanda tanya. Islam jenis Pas ini menjadikan rakyat Malaysia seram dan sekali gus menjadi lawak. Ajaran agama Islam menentang kezaliman. Islam menentang rasuah. Islam menuntut umatnya bangun berjuang menengak keadilan. Islam mengajukan kebajikan untuk umat manusia.
Satu dunia tahu Najib terlibat dalam banyak jenayah. Haji Hadi juga tahu kerana Mahathir telah memberi pencerahan. Mustahil Haji Hadi dan para pemimpin Pas tidak sedar pekara ini.
Kes ‘rompakan’ paling afdal ialah dimana Najib telah berjaya merembat 2.6 bilion ringgit duit 1MDB. Duit ini masuk ke akaun pribadinya. Satu kes yang juga afdal lagi soheh ialah bagaimana 42 juta ringgit duit SRC - anak syarikat 1MDB - masuk ke akaun Najib tidak lama sebelum Najib Rosmah membuat kenduri nikah anak mereka.
Islam melarang penganutnya berbohong. Islam juga melarang penganutnya menipu. Islam juga melarang umatnya jadi bodoh. Justeru muncul satu persoalan dari 30 juta rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia bertanya kepada Haji Hadi yang mengaku dirinya sebgai Tuan Guru: bagaimana otak Tuan Haji Hadi dapat putar memutar fakta hinggakan semua jenayah Najib ini tidak kelihatan?
Orang Melayu dan rakyat Malaysia menjadi hairan lagi pelik. Kenapa Haji Hadi tidak nampak semua jenayah ini. Ini pelik. Ini menjadikan Islam jenis Hadi ini amat amat pelik lagi memelikkan.
Saya membuka surah Haji Hadi ini kerana saya ingin menyambung kembali konsep pensejajaran semula yang telah saya ajukan minggu lepas.
Kelakuan Parti Pas terutama perangai Haji Hadi sesudah wafatnya Nik Aziz - mewajibkan kita semua yang cerah politik untuk mengambil dan membuat satu kesimpulan. Ini amat amat penting dalam usaha rakyat Malaysia untuk menendang Najib Rosmah dari terus berkuasa. Sekali gus menyelamatkan Malaysia dari terus dijarah oleh Najib Rosmah.
Justeru satu pensejajaran semula wajib dilakukan. Satu penyusunan semula politik tanah air wajib dilakukan.
Awal wahid sebelum pensejajaran ini dapat didirikan - satu kesimpulan yang tepat dan jitu wajib diambil terhadap Hadi.
Apakah fikrah Haji Hadi ini masih waras kerana kenyatan dan ucapan dari mulut Haji Hadi makin berkelintau. Apakah daya fikir Haji Hadi ini masih tersusun. Timbulnya soalan ini kerana putar belit politik yang dilakukan oleh Haji Hadi ini bukan saja melanggar ajaran agama anak semua bangsa malah kenyataan ini dilihat sebagai politik sasau.
Contoh terbaru ialah apabila mulut Hadi menetaskan kata kata: Kita tidak menentang Najib. Kita tidak mahu jatuhkan Najib. Sebaliknya kita menentang konsep pemerenthan yang dibawa oleh Najib.
Oooo la la. Kenyatan sademikian ini bukan sahaja tidak lojik malah dilihat soheh sebagai kenyatan sasau. Kita tidak perlu menjadi Socrates atau Stephen Hawkins untuk melihat kesasauan kenyatan ini. Malah jika kenyatan Hadi ini diajukan kepada Stephen Hawkians pasti dia juga akan pening kepala untuk memikirkan.
Dengan jelas Hadi berkata dia menentang konsep pemerenthan yang dibawa dan dikepalai oleh Najib. Kerajaan Malaysia sekarang bukan dipimpin oleh Samy Velo atau Lokman Adam.
Maka dengan fikrah lojik jika seseorang menentang konsep pemerentahan itu maka yang wajib dilawan dan ditentang ialah kepala yang membawa konsep itu. Dalam kes sini bukan Samy Velo dan bukan Lokman Adam. Yang memimpin Malaysia Najib.
Jadi, jika kita jatuhkan Najib maka kita berjaya memusnahkan konsep pemerentahan yang dibawa oleh Najib. Ini satu kesimpulan politik yang paling asas. Ini lojik politik paling asas.
Tetapi lojik Hadi berbelit-belit. Kerana itu kita mula mendengar suara Haji Desas bin Lebai Desus yang membuka surah tentang terputusnya beberapa jalur urat saraf Hadi. Ini berlaku ketika Hadi terjatuh akibat serangan jantung di Istambul.
Saya bukan pakar saraf. Tetapi dari pemerhatian , dari membaca kenyatan politik Hadi , dari menonton klip Hadi di Youtube dan dari melihat tindakan politik Hadi maka apa yang disurahkan oleh Haji Desas itu agak meyakinkan. Ada unsur-unsur putus saraf.
Malah jika kita ambil apa yang telah disuarakan oleh Haji Hadi dalam ceramah di Kampong Banggol Peradong Kuala Terangganu pada 7 April 1981 - maka kes Hadi putus uraf saraf ini masuk akal.
Terbukti Haji Hadi pada tahun 1981 memiliki fikrah cerah. Haji Hadi dengan jelas telah menetaskan apa yang kini dikenali sebagai Amanat Haji Hadi. Pemikiran Hadi dalam Amanat ini jelas membawa garis penentangan terhadap kemungkaran dan kebatilan yang diajukan oleh semua agama termasuk Islam.
Najib pada ketika ini sedang dilihat sebagai pemimpin yang sedang dikepong oleh jenayah-jenayah yang telah dilakukan. Najib kelihantan sasau dan telah hilang punca. Hasilnya makin jelas dilihat bagaimana Najib mengambil langkah politik bukan lagi untuk Malaysia tetapi untuk menyelamat diri.
Pentabiran Najib hari ini bukan lagi berpandukkan kebajikan rakyat. Najib hari ini mengambil langkah tindakan politik hanya bertujuan untuk menyelamatkan dirinya dari didakwa oleh mahkamah.
Malah semakin ramai ahli parti United Malays National Organisation telah hilang kepercayaan dengan Najib sebagai presiden parti mereka. Puluhan cawangan telah meluluskan resolusi menuntut Najib meletak jawatan sebagai presiden parti. Resolusi ini dilulus dalam mesyuarat agong parti yang baru selesai berjalan.
Ahli-ahli parti Ketuanan Melayu yang menentang Najib dalam parti telah menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Ini satu fenomena politik yang mewajibkan kita mewujudkan pensejajaran baru.
Sama saperti Najib - ada penentang yang amat jelas terhadap kepimpinan Hadi. Parti Amanah adalah manifestasi penentangan ahli-ahli Pas terhadap Hadi. Ahli-ahli Pas ini tidak dapat lagi menerima garis perjuangan yang diajukan oleh Hadi.
Hadi dan Najib kini berkubang dalam satu kancah. Justeru dua orang ini sedang bekerjasama untuk menyelamatkan diri masing-masing. Hadi memerlukan Najib untuk Hudud. Najib memerlukan Hadi agar dia dapat terus berkuasa.
Jika Najib tergelincir dari kuasa tim FBI akan masuk untuk menangkap bukan sahaja Najib malah ramai macai-macai Najib yang sekarang ini berjaya melarikan diri dari pendakwaan walau pun PDRM, SPRM dan bank Negara mencari mereka.
Dari latar ini mari kita tambah pula dengan babak dua pilihanraya kecil yang sedang berjalan. . Keputusan di Sungai Besar dan Kuala Kanghar akan menjadi bagitu penting. Pertempuran di dua wilayah ini adalah manifestasi pertempuran politiuk nasional dan juga pertempuran politik kepartian.
Apa yang akan berlaku di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar akan memberi jawapan kepada pensejajaran semula politik Malaysia.
Berkurang sahaja undi Pas maka ianya memberi erti bahawa Amanat Hadi Part Two telah ditolak rakyat. Menurun sahaja undi United Malays Natinal Organisation akan memperkuatkan lagi gerakan dalam parti untuk menjatuhkan Najib.
Jika Amanah mendapat undi lebih dari Pas maka PKR wajib mengambil keputusan muktamad untuk memutuskan hubungan dengan Pas.
Jika undi Pas jatuh merosot ini membuktikan secara jelas kepimpinan Hadi telah ditolak bukan sahaja oleh bukan Melayu malah orang Melayu juga telah bosan dengan Hadi. Selagi Hadi masih memimpin Pas dengan dasar politik putus urat saraf maka bekerjasama dengan Pas wajib dibaca sebagai politik sasau.
Pasti ramai akan tertanya-tanya - apa bentuk pensejajaran politik baru ini? Parti mana yang akan bersama dalam Pakatan Harapan?
Jawpannya cukup senang. Dalam pesejajaran politik baru ini agenda utama ialah untuk menyingkirkan Najib. Maka akan muncul persolan kedua, persoalan ketiga dan dan dan hingga ke seratus. Yang wajib dituntaskan ialah ajenda pertama. Yang lain mengikut kemudian.
Wajib disedari bahawa menyingkirkan Najib ini bukan bermakna merancang untuk ke Putrajaya atau menubuh kerajan baru , atau siapa menjadi calon PRU14, atau parti mana dapat kerusi apa? Menyingkir Najib bukan semua ini. Menyingkir Najib
ialah menamatkan Najib dan Rosmah dari memiliki kuasa. Khalas. Period. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-------------
2 ulasan:
Kita kata dan megah mengistiharkan kita Islam itu dan ini. Tapi kita merelakan rasuah, pencurian wang, pimpinan yang tidak boleh dipercayai, yang tidak mahu bertanggung jawab, berbohong, zalim menggunakan undang2 untuk pecat dan ugut rakyat.
Negara tidak hancur kalau tidak ikut cakap haji hadi dan pas. Mereka ini manusia biasa.
Negara kita makmur tapi kalau kita sendiri kufur yakni menolak dan membelakang prinsip bernegara secara Islamik, maka negara kita akan musnah dan hancur.
Lebih baik ada Islamic state of mind dan Islamic code of conduct.
Langkah sumbang hadi adalah kerana dendam kesumat pada DAP. Hadi tak pandai tarbiah dan berdakwah pada non muslim, bahasanya angkuh kesat dan kasar. Dia tak sabar nak laksanakan hudud. Dah bertahun bersama dap dalam pr tapi tak guna kesempatan itu utk buat penerangan tentang hudud. Ayat potong tangan tak banyakpun dlm al quran berbanding ayat suruh beri org makan dan ayat suruh buat kebajikan pada umat manusia. Selesaikan segala kebajikan pada umat manusia, kemudian baru fikirkan hukum suruhan Ilahi pada yg masih mencuri walaupun segala kemiskinan telah dibasmi.
Hadi gopoh dihujung usia utk laksanakan hudud yg mungkin dianggapnya sebagai tiket ke syurga.
Terdesak nak masuk syurga, dia sanggup bersekedudukan dgn pemimpin macam najib sebab nak capai cita cita mimpi bidadari bermata jeli.
...Semoga usia hadi tamat sebagai seorang islam.
Catat Ulasan