HUJAN TURUN
tetiba jam 4 petang
saperti yang telah dijanjikan
hujan turun dengan lebatnya
cuaca redup menjadi basah
lalu aku teringat
pada pasar ramadan
lalu aku teringat
pada tuan empunya warung
kueh gulai sayur sambal
yang menunggu untuk dijual
ah.. rugilah mereka petang ini
ketika aku nyaman rehat
mereka memikirkan
untung dan rugi
jualan menunggu pelanggan
pelanggan enggan datang
basah yang membasahkan
jujurlah aku katan
aku yang puasa mahu
kuala lumpur redup dan damai
jika basah sampai
basah disambut ah lan wa sah lan
tuan warung berdoa terus
hari terik yang panas
panas yang membakar
agar cincau dan soya terjual laris
agar berpusu pusu pelanggan datang
gulai ikan sambal sotong
itik salai ayam percik
bertukar tanggan
ahh...
inilah kehidupan
c'est la vie
------------
2 ulasan:
Alhamdulilah
Syukur ke hadrat ALLAH swt
Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.
manusia hanya mengharap harap tatapi Allah jua yang menentukan
jangan sombong tumpang masih ada nyawa
ingat tu sauadar saudara ku
kalau hidup sekadar makan babi dihutan jugak makan
Catat Ulasan