Ahad, 31 Julai 2016

SULTAN TURKI YANG BARU







GUA NAK 

CAKAP APA

KAH KAH KAH


Erdogan bukan pemimpin contoh, sarjana beritahu Islamis di Malaysia

 | July 31, 2016
Nader berpendapat, rasuah akan berlaku jika sesebuah parti politik atau pemimpin memerintah terlalu lama.
KUALA LUMPUR: Pemimpin pergerakan Islam tidak seharusnya menjadikan Turki sebagai negara contoh kerana presidennya, Recep Tayyip Erdogan mengeksploitasi Islam serta rakyat hanya untuk mengekalkan kuasanya.
Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Denver, Dr Nader Hashemi berkata, tindakan Erdogan sebenarnya sedang membawa negara itu ke arah kehancuran.
“Ia ekoran Erdogan berterusan mengembangkan kuasa autoritariannya, menghalang parti-parti pembangkang berkembang supaya kerjaya politiknya kekal,” katanya pada majlis pelancaran buku bertajuk “Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi Untuk Masyarakat Muslim” di Hotel Concorde, semalam.
Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Denver, Dr Nader Hashemi berkata, tindakan Erdogan sebenarnya sedang membawa negara itu ke arah kehancuran.
“Ia ekoran Erdogan berterusan mengembangkan kuasa autoritariannya, menghalang parti-parti pembangkang berkembang supaya kerjaya politiknya kekal,” katanya pada majlis pelancaran buku bertajuk “Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi Untuk Masyarakat Muslim” di Hotel Concorde, semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemimpin Islam supaya tidak mencontohi Erdogan.
“Itulah pengajaran yang kita boleh pelajari apabila pemimpin mempunyai kuasa dan mengeksploitasi Islam, semangat nasionalisme dan emosi rakyat untuk terus berkuasa,” katanya.
Pada masa sama, Nader melihat beberapa persamaan antara parti pemerintah di Malaysia dan Erdogan, antaranya ialah memerintah terlalu lama.
“Malaysia mempunyai sebuah parti politik berkuasa dan kerap memenangi pilihan raya. Pembangkang juga tidak boleh mencabar kepimpinan sedia ada.
“Berdasarkan sejarah politik, akan berlaku rasuah jika memerintah terlalu lama,” katanya.
Erdogan adalah presiden pertama yang dipilih rakyat pada Ogos 2014, selepas menjadi perdana menteri Turki selama 11 tahun sejak 2003. Beliau juga adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
Sejak cubaan rampasan kuasa gagal pada 15 Julai lalu, Erdogan mengarahkan 24 stesen televisyen dan radio ditutup, selain menahan pengamal media, termasuk wartawan akhbar Zaman.
Sebanyak 15 universiti dan 35 pusat perubatan serta 1,229 badan-badan amal turut ditutup, manakala individu yang didakwa tidak setia kepada pemerintahan Erdogan dan dituduh menyokong rancangan penggulingannya juga dipecat.
Media Turki melaporan seramai 15,300 guru dipecat dan kira-kira 1,577 dekan diminta meletak jawatan, selain 8,777 petugas Kementerian Dalam Negeri dan 1,500 pegawai di Kementerian Kewangan juga diberhentikan.

BILA GUA

YANG CAKAP 

LU TUDUH 

GUA SHIAH

MUSTAHIL GUA

TAK BANGGA

SHIAH ERTINYA

BERJUANG

MELAWAN

BUKAN SUNAH

WAL RASUAH




----------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lu shiah ke bro... keh3.. dia org ikut perangai amerika kot, suka label2... nak suruh totop molot..

Saiful berkata...

Biaq. ..p la..dia jga rakyat dia elok...medical free...sekolah...tolong plestine..tak dak toll..ekonomi tentera kuat..masijid pun dah boleh azan....ada baik la jugak...hg dok msia ...pi jln sekali sekala.. rakyat dia tak marah pun.hg dok menyebok...ni la org politik pandai...dia dok tgh dunia..dua2 nak jaga...Europe Asia..hg dok jaga anjing sj..mana tau susahnya...apa raa..kalu tak baguih .coup tu dah jadi..

Tanpa Nama berkata...

Lahanat DENGKI memang ada mana mana

Sendiri BAHALOL nak ORANG LAIN SAMA BAHALOL jugak

IDEOLOGI MELAYU SAMPAI GLOBAL DAH

HIDUP KETAM !!!!!!!!!!!!!!

Bodoh betul.....

Tanpa Nama berkata...

Nader Hashemi is Director of the Center for Middle East Studies and Associate Professor of MiddleEast and Islamic Politics at the University of Denver's Josef Korbel Schoolof International Studies.

Born: 1922, Najafabad, Iran

Nader ni syiah la. Mana ada syiah yg nak puji ahlussunnah, vice versa
Erdogan bukan mcm Najib. Give him the benefit of the doubt.

Nazrio berkata...

TT ni penghasutan tiada kaitan mana2 agama mana2 Mazhab ...toLong bagi kerjasama, dia pun nak syurga macam Lobay Lobay

Saiful berkata...

Tu dok 3 juta refugee depa dok tolong.. Ingat senang..kena la ransom EU..kalu tidak open the gate to EU..kena pandai la..EU market besaq..tu ygvde po a minta visa free travel kat rakyat dia.. agak mai yg nampak kaya hg dok kata mcm2.. Hg geng petai mana tau..

Unknown berkata...

Atok Isham... Amankah Mesir lepas Morsi digulingkan? Bwahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Soal sunnah ke syiah itu adalah persoalan BODOH. Apa jadinya kalau sunnah kata syiah sesat masuk neraka; syiah kata sunnah sesat masuk neraka? Hasilnya semua umat Islam masuk neraka. Kalau semua masuk neraka baik kejar duniawi hahaha. Semenjak ustaz ustazah kita menjadi semakin Arab, semakin menjadi jadi polarisasi agama di negara ini. Semakin ramai orang yang mengaku Islam menjadi elstrimis agama. Membezakan sesama Islam menurut aliran fahaman itu adalah contoh ekstrimisme agama. Bila kita melabelkan mereka sebagai pro ISIS terus mereka melatah mengatakan ISIS itu sesat. Tetapi pejuang ISIS yakin perjuangan mereka betul, yang melabelkan mereka sesat itulah tang sebenarnya sesat. Jadi siapa yang sesat? Kedua dua berhukum berlandaskan nas2 serta dalil2. Begitu juga nampaknya disini, apabila saudara TT memberi komentar terus dilabel syiah. Kalau benar2 berilmu, bantah melalui hujah bukannya melabel. Islam apakah yang orang2 ini amalkan? Ataupun mungkin tok guru yang mengajar berserta mereka yang belajar itu pada zahirnya bebal dah jahil terhadap apa yang ditaktifkan sebagai "ilmu". Melabel dalam sesuatu debat atau pertelingkahan seumpama komuniti monyet yang hanya tahu menjerit apabila dua klan bertembung. Komuniti manusia yang berakal dan tahu menggunakan akal akan mendengar atau membaca apa yang hendak disampaikan, berhujah berdasarkan fakta sebagai cara membantah pendapat yang disampaikan. Juga, kebanyakan yang melabel saudara TT sebagai syiah atau sesat; soalan saya mudah: Sudahkah anda semua melihat senarai ahli syurga? Atau sudah keluarkah keputusan siapa masuk syurga atau neraka? Kerana saya yakin anda semua mengaku pendukung Islam tetapi kalau anda hanya menjawab "insya Allah" aku akan masuk syurga, ertinya anda belum pasti lagi masuk syurga. Oleh kerana anda sendiri tidak dapat menjamin diri anda ada tempat di syurga, siapa anda untuk mendakwa TT dan orang lain tidak sebulu dengan anda sesat dan masuk neraka?

Tanpa Nama berkata...

syiah itu melawan, melawan penguasa2 ISLAM yang membunuh keturunan nabi.macam ne ada org yg kata bersusur galur nabi tp tidak melawan bila keluarga dibunuh.macam mane ada org mengaku umat muhammad sedangkan cucu muhammad sendiri kena bunuh dengan islam.kanfius kanfius.yg maha benar lagi maha betul lagi maha suci itu cuma la al saud and family je..oh ya..mesir tak aman selepas morsi digulingkan. morsi digulingkan selepas morsi mendoakan kehancuran israel, kemudian israel membocorkan hal rahsia perjanjian perdagang mesir israel di koran terkemuka israel dan diterbitkan dinew york time juga.el sisi kepala tentera didanai oleh kaum2 kaya dari negara minyak arab saudi.baca juga tulisan bro tt mengenai siapa tentera2 mesir ni.mereka adalah tokey2 kaya yg mempunyai bisnes dlm negeri mesir..dan tokey2 ini juga adalah kawan2 mubarak..tak caya tak pe..sila cari sendiri.kalo malas, tunggu dan cari artikel tukar tiub..kalo tak faham gak, jampikan laptop dan empuk atas kepala..moga2 ilmu dlm laptop mencurah masuk kepala..sediakan penapis agar segala aksi2 porno german al tontonwi tidak masuk sekali..kalo termasuk pun apa salahnya..rejeki jek...