Khamis, 11 Ogos 2016

TURUN KE JALAN RAYA






ANAK MUDA

KE JALAN RAYA




Pemuda DAP pula sokong himpunan #TangkapMO1

Pemuda DAP (DAPSY) pula tampil ke depan menyokong tuntutan Gabungan #TangkapMO1 dan menyeru masyarakat umum khususnya anak muda untuk turun dalam perhimpunan awam yang akan diadakan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka dan juga himpunan bertempat di Johor Bahru pada 13 Ogos 2016.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat dan Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan, Leong Yu Sheng, kedua-duanya berkata, Anak muda wajib menampil ke barisan hadapan sekali dan turun melawan rejim pemerintahan yang rasuah dan menelan wang rakyat tanpa mengendahkan hidup mati rakyat jelata. 

Gabungan #TangkapMO1 adalah usaha sekumpulan mahasiswa/wi yang bertujuan untuk mendesak penangkapan individu MO1.

Gabungan tersebut turut menuntut untuk membebaskan semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada cengkaman rejim pemerintahan Umno dan BN.

"Seperti mana yang diungkap oleh Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah, “bangkit kita teguh, diam kita roboh”.

"Tanah air kita tidak pernah terlepas daripada skandal rasuah besar-besaran sejak pemerintahan UMNO BN.

"Mendiamkan diri dalam situasi kezaliman hanya akan mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan rakyat akan ditindas," kata mereka berdua dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, katanya, DAPSY akan menggerakkan jentera yang sedia ada dan menyokong penuh usaha #TangkapMO1 dan sekali lagi menyeru anak muda bangkit melawan kezaliman rejim #NajibMO1.


SEBELUM

PILIHANRAYA

KITA SEMUA

TURUN KE

JALAN RAYA


--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pung nok turung...

JOM!!!! kita pi tangkap AMO1!!!

Tanpa Nama berkata...

yea yea pas poin jain sekali..jgn lupa placard rm90juta.jgn hina presiden hadi dgn kasut..muka hadi tak sama dgn kasut.hadi adalah lain dari yg lain..minta media2 international join sekali.kali ni pasti reporter wall street jornal akan pakai baju kuning..anwar dok rilek dlm penjara.tak kena tembak dgn canister, tak kena asap, tak kena macam2. anwar wajib dilindungi dibalik jerisi besi. selesai rakyat menang nanti, keluarla anwar dan jadi perdana menteri.isham rais kata dlm politik tiada musuh yg kekal.