Isnin, 26 September 2016

AL-FATIHAH







Wanita 10 anak gadai nyawa selamatkan kucing 


BACHOK: Seorang ibu 10 anak yang cuba menyelamatkan kucingnya, maut dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Telok, di sini, Sabtu malam

                        Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/semasa


BACHOK: Seorang ibu 10 anak yang cuba menyelamatkan kucingnya, maut dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Telok, di sini, Sabtu malam. 

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Nik Yam Nik Lah, 53, mengambil seekor anak kucing peliharaannya yang berada di tengah jalan. Lebih tragis, kemalangan ngeri itu turut disaksikan dua anak lelakinya yang berusia tujuh dan 12 tahun. 

Mangsa yang mempunyai 10 anak tercampak beberapa meter selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

Anak mangsa, Mohammad Danial Hakimi Abdullah, berkata sebelum kejadian, dia dan adiknya Rosmira melihat seekor daripada tiga anak kucing milik mereka berada di tengah jalan. 

Katanya, dia mahu mengambil anak kucing itu namun dihalang seorang penunggang motosikal dan berikutan itu dia meminta ibunya yang baharu selesai memasak untuk mengambil anak kucing itu.

"Ketika nak ambil anak kucing, sebuah kereta cuba memotong kenderaan di hadapan dan melanggar Umi (Che Yam) yang sedang pegang anak kucing itu. Umi kemudian melambung dan jatuh atas jalan. Anak kucing yang dipegang Umi juga turut mati dilanggar kereta itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Gali, Kandis di sini, hari ini.

Difahamkan, mereka bertiga tinggal di situ sejak dua bulan lalu dan menjalankan perniagaan kedai makan selepas Nik Yam tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya. 

"Biasanya jam 10 malam baru Umi memasak, tapi semalam (kelmarin) dia dah memasak gulai ayam awal jam 8 malam selain sempat beritahu dia penat dan nak berehat," katanya. 

Jiran arwah, Mek Hassan, 70, berkata arwah dan anak-anak memang gemarkan kucing dan baru saja memelihara tiga kucing yang diambil di Kedai Beris Kubur Besar dan dijaga dengan baik sejak mereka berpindah di rumah kedai di Kampung Telok itu. 

Katanya, ketika kejadian dia dan suami, Muhammad Awang Mat, 75, terdengar dentuman kuat sebelum anak mangsa memanggil mereka dan memberitahu ibu mereka dilanggar kereta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/196097



-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MASHA ALLAH

Ada 10 Anak Yatim dah.....

Kelantan mana ada dUit lagi nak jaga anak yatim ?????

Mangsa banjir pun tak mampu di bantu.....

KARUNG tak di bagi pada semua pun

MASHA ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Hero dunia..

Mati dlm keadaan mulia

Tanpa Nama berkata...

Inna lillahi-wainna ilaihi-roji'un. Al-fatihah bagi si ibu semoga ditempatkan dalam golongan makhluk yang mendapat kejayaan besar di alam seterusnya, amin.
Amat tragis bagi 2 anak kecil yang si ibu murni mereka rupanya berehat untuk selamanya :( dan amat menyayat dan menyentuh sanubari aku sebab baru je malam semalam sekor anak kucing yang agak comey warna putih comot merengek mengiau akibat kehilangan ibunya dan tak tau bagaimana si kecil comel boleh berada dalam kawasan pagar rumah aku, puas aku cuba memujuk menenang dan memanggilnya hampir tapi dia terlalu takut untuk prrcaya dengan manusia sebaliknya lari menyorok dalam longkang dan sebagainya, hingga akhirnya lebihkurang pukul 9 mlm dia yang berlindung di bawah bangku panjang di porch telah perlahan menghampiri bekas susu segar yang aku tinggalkan di hujung bangku dan sempat menjilat minum susu itu sedikit lalu aku pun masuk dalam rumah berpuashati dengan sedikit kemajuan itu walaupun aku masih risau si kecil tak masuk berehat dalam kotak yang aku letak bawah bangku sebagai perlindungan dari malam yang agak dingin berangin. Hari ini sejak awal pagi kelibat si kecil comel sudah tidak kelihatan lagi walaupun susu semalam telah licin, harap dia lah yang melicinkan dan harap si kecil comel bernasib lebih baik maka sudah bersatu gembira semula dengan ibunya