NAJIB DAN
SENJATANYA
Biar gua royak terang-terang disini - Najib sedang dikepong. Musuh Najib berada di luar negara, dalam negara dan dalam parti sendiri. Kes 1MDB yang menjerut leher Najib tidak akan luntur malah makin membara. Akhbar The Wall Street Journal tidak akan berhenti menyerang Najib sahingga Najib hilang kuasa. Portal internet Sarawak Report dari London akan terus membocorkan maklumat rahsia Najib.
Gua cukup yakin kuasa imperial Amerika mahu Najib diganti. Melalui Deparmenmt of Justice ( DOJ) dan sidang akhbar Peguam Negara Puan Loretta Lynch pada 21 Julai lalu jelas menunjukkan bahawa hari hari akhir Najib makin dekat. Kuasa imperial Amerika mahu Najib berundur. Babak ini gua amat jelas.
Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz - Gerakan Tigma - terus membakar bontot Najib. Ini semua orang tahu. Dalam parti United Malays National Organisation ramai ahli biasa telah mula murtad kerana rimas melihat rambut Rosmah.
Para NGO terus menyusun untuk memastikan Najib terus diasak. Pelajar , mahasiswa dan anak muda sedang berkempen ke seluruh negara untuk memastikan Najib ditangkap dan didakwa. Gua difahamkan Bersih akan melancarkan BERSIH5 tidak lama lagi. Amin.
Maka - kalau lu Najib apa lu akan buat? Kalau lu Najib gua ingat lu akan minum air ketum. Kalau lu ada modal lu akan ambil pil Prozac. Kalau lu Najib gua jamin lu akan sesak nafas. Kalau lu Najib lu mungkin cabut lari ke Kazakhtan. Silap silap lu akan minum cuka getah.
Tapi Najib bukan lu. Gua juga bukan macam lu. Kalau gua Najib gua akan kalahkan semua musuh gua. Ini bukan kerja senang tapi tidak juga susah. Ingat tak apa Najib kata - ‘cash is king ‘ - kalau lu tak faham lu memang bebal. Maka Najib akan susun baik-baik. Najib buat rancangan molek-molek. Ini rancangan pasti tak ada siapa dapat kalahkan. Ini dipanggil Ops Dedak.
Kalau gua Najib gua akan baca tulisan ini lima ratus kali. Kemudian gua ikut semua yang ditulis disini. Najib yakin Najib akan selamat.
Gua ingin beri tahu pada pembaca - jangan lalai - jangan alpa. Lihat dan baca betul-betul semua berita. Ingat apa gua cakap - ada berita dibelakang berita. Berapa kali gua perlu cakap semua berita ada sejarah dan latar.
Kepada para pembaca apakah tuan-tuan tidak sedar bahawa Najib kebelakangn ini banyak menggunakan perkataan Arab. Bukan hanya bismilllah tapi perkataan macam istoqomah yang gua sendiri tak tahu apa ertinya. Mak Cik Felda lagi tak tahu maknanya. Najib semakin selalu berserban , berjubah dan berYa Na Na. Apa makna ini? Apakah ada udang disebalik serban?
Mesti lu akan tanya gua - adakah ini ‘signal’ Najib akan meninggalkan United Malays National Organisation dan masuk Parti Islam SeMalaysia? Sabar dulu biar gua beri pencerahan.
Lu jangan silap faham. Istogomah dan Ya Na Na serban dan jubah ini bertujuan untuk mencandat Hadi. Macam mencandat sotong. Mencandat Hadi bukan susah sangat tetapi wajib mengikut bulan dan hari yang betul. Dengan cara, tertib dan aturan yang tepat. Wajib berjubah dan berserban ini adat mencandat Hadi.
Biar gua beri tahu disini.Hukum Hudud yang akan masuk Parlimen bulan Oktober ini nanti adalah umpan sotong. Ini umpan kepada ahli Pas. Kalau tak ada ‘umpan ‘ hukum hudud agak susah Hadi hendak BerYa Na Na dengan Najib. Hukum hudud ini dijadikan Nina Bobo kepada ahli Pas biasa yang gua jamin tak dapat dedak. Lebai Ketayeh dan Mek Bedoh Hulu Berang akan gumbira bila mendengar Hudud dah jadi hukum negara.
Ada faham? Lu tanya tentang Sarawak Report? Laporan Sarawak Report tentang 90 juta ringgit itu adalah alat pelincir untuk mencandat Hadi. Kalau lu pergi mencandat sotong di Kuala Terangganu lu wajib sewa perahu. Jadi duit 90 juta ringgit alat pelincir. Macam kita sewa perahu di Seberang Takir.
Tentang Parti Pas akan saman Sarawak Report? Mustahil ini akan berlaku. Ini sama saje macam cerita dongeng Hari Selasa - Najib nak saman The Wall Street Journal. Ancaman saman ini nak tunjuk gempaq pada ahli-ahli biasa yang tak dapat dedak. Ini macam gertak-gertak Baju Merah. Tapi jangan risau akhirnya tak ada apa-apa. Lu tak caya lu tunggu. Hadi kata dalam satu bulan dia akan saman Sarawak Report di London.
Dalam masa 10 hari cukup satu bulan. Sama-sama kita lihat. Ada saman atau hanya cakap kosong. Lebai Ketayeh dan Mek Bedoh Ulu Berang bukan tahu pun siapa dan apa dia Sarawak Report. Gua berani bertaruh - semua jadi habuk.
Jangan silap faham Hukum Hudud itu memang umpan tapi ada lagi umpan yang lebih besar. Lebih besar dari besar. Ini jenis umpan yang gua dan lu tak tahu.
Lu tahu siapa Harun Din? Lu ingat dia Tok Bomoh. Lu jangan buat silap. Harun Din ini kontrektor Bumiputera. Bukan dari kelas F. Projek Tuan Haji Mursidul Am Parti Pas bukan di Hulu Nerang tapi di Bangsar. Lu ingat bisnes Harun Din ini kecik anak. Lu ingat Harun Din jual urat kayu? Lu jangan buat silap. Bila ada bisness besar Najib boleh bantu. Lu ada faham? Ini umpan ‘amat godang’ bak kata orang Pilah
Ops Dedak sedang kautim. Hudud kautim. Dedak sudah masuk. Projek Bangsar sudah dapat. Lu ingat apa rancangan seterusnya?
Lu jangan silap faham - semua yang dilakukan oleh Najib bukan untuk serban atau jubah. Bukan untuk akidah. Jauh sekali untuk negara agama dan bangsa. Najib buat semua ini untuk selamatkan diri. Nak selamatkan diri dari masuk penjara. Lu tak caya?
Kalau Najib bukan Perdana Menteri (PM) gua yakin Rosmah akan ceraikan dia. Kalau Najib bukan PM Najib akan jadi macam Presiden Manuel Noreiga dari Panama. Pada thun 1989 soldadu Amerika datang menangkap Presiden Noriega kerana terlibat dalam kes mendobi duit. Sampai sekarang Noriega sedang berehat di Amerika.
Lu jangan lupa cakap Loretta Lynch. Lu jangan lupa anak buah Andrew McCabe sedang merayau-rayau mencari anak Najib dan Rosmah. Anak Najib dan Rosmah macam Noriega mendobi duit di Amerika. Bezanya Noreiga dapat duit dari jual dadah. Manakala Anak Najib dan Rosmah dapat duit dari mencuri duit 1MDB.
Gua amat yakin pada ketika ini Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang sibuk makan dedak… oppss.. maaf sedang sibuk mengatur rancangan untuk memastikan Najib dan United Malays National Organisation akan terus menang dalam PRU14.
Lu ada baca beratus ribu nama pengundi bertukar tempat. Bertukar bukan dari Lembah Pantai ke Seputeh. Ini dari Kampong Kerinchi ke Changlon Kedah. Dari Bayan Baru Penang ke Kuala Nerang. Ini projek besar. Ini cabang Ops Dedak. Operasi ini disusun untuk memastikan Najib tidak masuk penjara. Untuk memastikan Najib tidak ditangkap oleh FBI.
Gua harap semua yang mimpi-mimpi akan menang dalam PRU14 akan buka mata. Akan buka telinga. Gua harap Mamat dan Minah yang angan-angan nak jadi YB akan sedar bahawa Ops Dedak sedang berjalan dengan teratur. Sekali lagi gua ingatkan - cash is king.
Akhirnya Najib akan bubar Parlimen. PRU14 akan diumum. Sabar dulu gua nak royak. PRU14 akan diumum apabila semua sotong telah dicandat. Projek Bangsar, projek Din Ayam, projek Cinta Kelantan, Projek Sup Tangan semua telah tersusun.
Gua rasa sekarang pun Pakatan Harapan bersama parti Bersatu Mahathir Muhamad telah sedia untuk melawan Najib. Gua nak beri ingatan pada Mahathir, Wan Azizah dan Mat Sabu. Gua nak beri mereka tahu bahawa bahawa Najib ada bom nukelar.
Gua royak disini - Najib ada dua butir bom nuklear. Tapi bukan tersimpan dalam sanggul Rosmah. Dua butir bom nuklear untuk memusnahkan semua musuh. Satu diberi nama Haji Hadi dan satu lagi diberi nama Haji Harun Din. Najib juga memiliki beberapa peluru berpandu yang bernama Haji Takiyuddin, Nik Abodoh, Ton Ton Wee dan Nik Amar. Peluru berpandu ini dipandu oleh Najib. Diletupkan disana sini untuk melahirkan suasana huru hara.
Bila keadaan huru hara timbul Tuan Haji Hadi akan meledak dengan kenyatan bahawa : Parti Pas akan bertanding disemua kawasan kerana Allah dan Islam. Parti Pas akan memasang 222 calon Parlimen tidak kira di Bukit Bintang mau pun di Kepong. Demi Allah dan Islam Haji Hadi redha hilang duit pertaruhan.
Gua amat yakin ledakan nuklear Haji Hadi ini akan menjadikan Pakatan Harapan kelam kabut dan kacau bilau. Pertarungan 3 penjuru akan memastikan Najib menang besar. Gua garenti Najib akan menang besar dalam PRU14.
Menang besar adalah sasaran akhir Ops Dedak. Bila Najib menang besar dalam PRU14 maka Najib akan berkata kepada Loretta Lynch : Amerika boleh FU. Najib akan berhadapan dengan Mahathir tapi apa yang Najib cakap pada Mahathir gua tak berani tulis disini. Gua rasa malu.
Sabar dulu gua nak royak. Gua nak beri ingatan pada semua bakal YB. Lu tak boleh menang. Lu akan ditipu macam PRU13. Lu jangan terperanjat bila gua cakap Najib masih ada satu lagi senjata. Kali ini senjata bioloji. Lu jangan silap faham. Ini bukan ledakan kuman atau virus dari Najib. Bukan.
Bioloji ini ialah umur. Najib masih muda berbanding dengan Mahathir. Dari segi bioloji Najib akan menang. Tapi bagaimana dengan Bersih5? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------
3 ulasan:
Kalau depa tipu kita pun tipu..Kita lwn tipu depa..hack server spr ..Jpn ..Kita lwn tipu depa..
kih kih kih...
dulu "Mahafiraun"...
sekarang "lowbhang heydhong moo thathap manjadey phoojaann hatey koo"...
kih kih kih...
thumb up bro..ini terbaik..duit 90juta adalah duit dedak..harun din adalah ulama mursyid yg suruh robohkan flat2 melayu islam..semoga rakan2 yg mengerjakan umrah dan haji terus mendoakan agar haji harun din dan haji hadi dibinasakan dgn seteruk2nya..gua tak makan dedak, gua tak pakai jubah, gua tak zakat dipusat zakat, gua sudah keluarkan duit tabung azeeez,gua percaya mufti dan agamawan itu bukan wakil nabi atau wakil tuhan, gua tak percaya universiti mekah dan madinah itu mengajarkan hadis2 penting kerana universiti mekah madinah itu diasas dan didanai sultan saudi yg terang2 membunuh rakyat yemen, gua tak percaya ulama al azhar sb prof tertinggi al azhar terkait penipuan wang-sila baca suara orang buangan..gua tak percaya ulama paki sb paki adalah asal india dan islam paki membunuh dlm senyap..dua bom nuklear najib tersimpan di tetek big mama, bom ini lebih besar dari telur najib...dua bom ini diperlukan utk menyusukan bayi hadi dan bayi harun din..so, hadi dan harun ada ibu sesusu..pakatan harapan, tak perlulah nak main politik istana atau politik pujuk memujuk..itu semua mimpi berahi dipadang pasir..dari mimpi berahi dipadang pasir, lebih baik jd mufti yg entot atas unta..atau sebenarnya buat2 tak faham sb nak bagi jalan kpd pas..
Catat Ulasan