KALAU GUA JADI NAJIB
Tulisan ini gua tujukan kepada kawan-kawan gua yang baru hendak memahami politik Malaysia. Tulisan ini juga gua tujukan sebagai alat pencerahan kepada anak-anak muda mahasiswa yang mahu menangkap Malaysian Official 1.
Paling penting tulisan ini gua tujukan kepada para YB - yang jantan dan yang betina - dari Pakatan Harapan. Juga untuk sesiapa saja yang sedang mengumpul duit untuk dijadikan modal bertanding dalam PRU14. Dalam istilah politik anak muda mereka
yang bermimpi dan berniat nak jadi YB ini dikenali sebagai YB Wanabee.
Kepada YB Wanabee ini gua harap mereka akan membaca tulisan ini berkali-kali. Ini penting sebelum mereka jual tanah atau pecah tabung buluh. Bertanding dalam pilihanraya ini bukan murah. Nak jadi YB ini bukan pekara enteng.
Kepada mereka semua anggaplah tulisan gua ini sebagai amal jariah. Gua lakukan dengan ikhlas tanpa meminta dedak dan sekam.
Ramai yang berkata bahawa politik ini adalah seni kemungkinan. Dalam politik semua mungkin berlaku. Tapi gua tak seratus peratus bersetuju dengan pandangan ini. Untuk gua politik di Malaysia pada ketika ini ialah politik menyelamatkan Najib.
Semua yang berlaku di Malaysia pada ketika ini bertujuan untuk menyelamatkan Najib. Malah ketika menyambut kemenangan pilihanraya kecil di Sungai Besar - Ku Nan telah melondehkan seluar.
Ramai tidak sedar babak londeh ini pun adalah sebahagian dari taktik strateji untuk menyelamatkan Najib. Bila seluar Ku Nan terlondeh orang ramai ketawa terbahak-bahak apabila ternampak Budak Kecik milik Ku Nan hingga terlupa tentang Najib yang sedang dikepong.
Dikepong bukan bermakna Najib dan Rosmah sudah jual rumah dan pindah ke Kepong untuk lebih rapat dengan pengundi China. Mustahil ini akan berlaku.
Najib sedang dikepong bermakna Najib sedang dikelilingi. Ini bermakna Najib seorang diri dalam bulatan dan ramai orang disekeliling bulatan melaung-laung dan menjerit-jerit. Orang ramai ini makin lama makin rapat datang untuk mencekik Najib. Orang ramai tidak berkeupayaan untuk mencekik Rosmah kerana Rosmah tidak ada leher.Khalas.
Jangan silap faham. Najib belum kena cekik lagi. Ini metapora. Ini contoh untuk pembaca memahami apa yang gua gambarkan dengan ayat: Najib sedang dikepong.
Siapa orang orang yang hendak mencekik Najib? Siapakah yang sedang mengepong Najib?
Gua tidak tahu sama ada Zahid Hamidi dan Hisham Hussein hendak cekik Najib atau tidak. Yang ini belum bagitu jelas.
Apa yang jelas ialah ada satu kumpulan bernama Gerakan Tigma. Gerakan Tigma - 3M dan 1A - dikepali oleh ialah Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Adfal. Gua rasa hal ini satu dunia sudah tahu.
Gerakan Tigma ini adalah musuh tradisional Najib. Kumpulan ini semakin berkembang dibawah pimpinan Yang Amat Mulia Tun Mahathir. Tujuan Gerakan Tigma ini cukup jelas. Mereka mahu Najib berundur sebelum PRU14.
Ini kerana dari bacaan mereka jika Najib memimpin PRU14 maka United Malays National Organisatioan kan lingkup. Pada bacaan Mahathir parti Ketuanan Melayu ini telah hilang punca. Ianya bukan lagi parti untuk Melayu tetapi parti untuk Najib dan Rosmah.
Dari luar negara pula Najib menghadapi dua media antarabangsa yang tak henti-henti menibai Najib. Serangan media luar ini sedang memaksa Najib menelan air ketum siang dan malam.
Media luar negara ini bukan kecik anak. Ini media bertaraf dunia. Media ini melalui laporan berita boleh menaikkan dan menjatuhkan Presiden di Amerika atau mana mana Presiden atau Perdana Menteri dalam dunia ini. Ini bukan Baca Ria atau Sinar atau Utusan.
Akhbar yang menyerang Najib ini bernama The Wall Street Journal (WSJ) yang berpengkalan di New York. Akhbar WSJ semenjak 3 tahun tanpa rehat terus menerus mengeluarkan tulisan yang membocorkan semua rahsia gelap Najib. Akhbar ini secara teperinci telah membocorkan tipu helah Najib merembat duit 1MDB.
Pembocoran demi pembocoran rahsia Najib ini ini telah menakutkan Ku Nan. Lalu Mat Londeh ini menuduh bahawa WSJ ini diupah oleh Mahathir Muhamad.
Selain dari WSJ ada satu portal berita bernama Sarawak Report (SR) yang berpengkalan di London. Ini juga satu media yang hebat. Portal SR terus menerus mendapat maklumat saheh tentang kerja dalaman pentadbiran Najib. SR melaporkan bahawa Najib akan ditangkap kerana kes rasuah. SR melaporkan Kevin disimin kerana mendiang ini tahu tentang kertas tuduhan terhadap Najib. SR tahu number akoun Najib di AMBank. Pelik tetapi benar - semua ini dilapor oleh Sarawak Report.
Portal internet ini terbukti hebat sahinggakan Raja Petra - Raja Putar Alam - terpaksa menulis minta maaf kepada SR kerana satu laporan berita Raja Putar yang terbukti palsu.
Jeng jeng jeng - pada 20 Julai yang lalu muncul satu lagi pasokan yang amat kuat menibai Najib. Kumpulan ini dikepalai oleh Peguam Negara Amerika yang bekerja sama dengan pasukan Federal Bureau of Investigation (FBI). Puan Loretta Lynch - Peguam Negara sedang menyiasat kes Najib/1MDB dengan bantuan Encik Andrew Maccabe Timbalan Pengarah FBI.
Puan Loretta dan Encik Andrew ini adalah pasukan yang maha hebat dari Amerika. Kalau pasukan ini ke Olympic Rio pasti mereka akan mengondol berbelas-belas pingat emas.
Justeru mustahil Najib tidak gentar. Mustahil Rosmah tidak sedar. Mustahil kaum keluarga Najib tidak tahu. Mustahil ahli United Malays National Organisation tidak terdengar berita ini.
Pekak sepekak badak pun pasti ada tercium berita berbilion-bilion duit 1MDB masuk ke akaun pribadi Najib.
Sebanyak mana pun dedak ditabur mustahil berita Puan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika tidak sampai ke telinga itik oppsss..maaf .. ke telinga pemimpin Majlis Tertinggi Parti Ketuanan Melayu. Orang Belgium kata: impossib. Mustahil tidak terdengar.
Yang gua nyatakan disini hanya tiga kumpulan induk yang secara berterusan sedang menyerang Najib bertalu-talu. Semua mahu Najib berundur. Semua mahu Najib didakwa.
Ini belum lagi termasuk ratusan NGO yang juga sedang menyebarkan maklumat untuk menyingkirkan Najib. Contoh terbaik ialah Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Ini satu kumpulan bekas ahli parti Bani Ketuanan Melayu yang telah murtad. Ahli-ahli GKCM kini mula menyerang Najib imam besar parti lama mereka.
Gerak kerja GKCM ini disambut oleh Kumpulan Tangkap MO1 terdiri dari pelajar dan anak muda, Kelab Tak Sokong Najib, Gerakan Anti Rambut Rosmah, Peminat Karton Zunar, JAMS - Jaringan Anak Muda Sarawak dan beratus lagi kumpulan dan sosok individu yang mahu Najib dan Rosmah masuk penjara.
Apa yang gua tulis ini bukan adaian. Ini memang sentimen diseluruh Malaysia. Hari ini ke mana sahaja gua pergi orang akan bertanya - bila Najib nak ditangkap?
Juteru apa yang wajib Najib lakukan? Kalau lu Najib apa yang akan lu lakukan? Lu jangan ingat Najib bodoh. Lu jangan ingat Najib bebal politik. Lu jangan ingat Najib tak melawan.
Kalau gua Najib apa yang akan gua lakukan akan memeranjatkan para pembaca.
Pertama: Gua akan tabur dedak. Ini cara tradisional dari zaman kerajaan Melayu Melaka lagi. Kaki bodek istana akan diberi Persalinan. Sosok yang berani melawan atau memperlekeh Sultan Melaka akan diberi gelaran Datuk. Mereka akan senyap dengan pangkat dan gelaran. Mereka akan diberi peluang untuk cium tangan Sultan. Silap-silap hari bulan ketika masuk ke Istana ternampak Inang dan Sida. Kalau bintang menyerlah mungkin dapat gundek dan dapat berbinikan Inang Istana.
Hari ini semua yang sedang dilakukan oleh Najib tidak jauh bezanya dari taktik strateji Kesultanan Melayu Melaka. Kaki bodek naik pangkat. Kaki bodek dapat gelaran Datuk dan Datuk Seri. Yang cuba melawan dinaikkan pangkat jadi Menteri. Yang cuba-cuba buat bising dijanji dapat kerusi YB. Kaki ampoo dapat projek. Kaki bodek Najib dapat cium tanga Najib. Kaki jilat yang afdal dan terpilih khas akan dapat cium tangan Rosmah. Dapat bau bincat pun okay.
Pembaca akan bertanya -mana inang dan gundek istana untuk dinikahi? Sabar dulu biar gua terangkan. Inang dan gundek Istana zaman ini ialah pengacara Tv, Radio, pelakon Tv, pelakon drama swasta - semua ini adalah akan jadi para gundek moden. Lu ada faham apa gua tulis?
Kedua: Gua tahu Najib tahu jika Menteri atau pemimpin United Malays National Organisation bersuara mempertahankan Najib tidak ada sesiapa percaya. Tidak ada siapa ambil pot.
Media Prima hanya indah khabar dari rupa. Akhbar Utusan milik United Malays National Organisation kini telah jatuh muflis. Bukan sahaja tidak ada pembaca malah gaji para pekerja juga ada yang masih belum tuntas.
Kalau gua Najib dalam keadaan terkepong. Dalam keadaan cemas - gua wajib menyelamatkan diri. Najib diserang oleh media. Najib diserang oleh NGO. Maka kalau gua Najib gua juga akan gunakan media dan Ngo untuk menyerang kembali.
Gua akan munculkan banyak portal yang menyamar sebagai portal anti-kerajaan pada awalnya kemudian perlahan-lahan muncul untuk mempertahan Najib.
Kerana gua diserang dari luar maka gua akan hantar macai ke Australia, ke United Kingdom atau ke Amerika. Di negara ini gua akan tabur dedak kepada penulis blog kokak untuk menaikan nama Najib. Untuk menyerang Mahathir. Dan untuk menyerang Puan Loretta Lynch.
Bukan susah untuk mengupah saekor lawyer buruk di Australia untuk bersuara mempertikaikan kerja Perguam Negara Amerika. Tidak ada sesiapa di Malaysia tahu bahawa Peguam ini sebenarnya tidak pernah ada pelanggan. Peguam ini hidup dengan duit ‘dole’ - duit bantuan penganggur.
Ketiga: Senjata gua ketiga aini adalah senjata bergenre nuklear. Gua akan ledakan bila tiba masa dan ketika. Semua musuh Najib akan menggelupur. Kalau gua Najib gua wajib menang besar dalam PRU14. PRU yang akan datang ini adalah senjata nuklear Najib. Hendak tahu cara Najib menang besar dalam PRU14 tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-------------
6 ulasan:
assalam TT...bileh TT ulas pasal duit SOCSO yang kena rembat dgn 1MDB dan saman PAS kpd SR..trimas TT...arios
Senjata mak badak la yg paling best, kentut saja, sumer selesai.
Apapun gua respek perangai rakyat Melayu, asal pemimpin atau org agama, makan pil taik derang la ibadah terbaik melayu sbg bukti masuk syurga tuhan kelak.
TT lupe... Senjata sulit najib yg paling ampuh... Parti PAS... Nampak macam musuh tapi itu lah yg paling mujarab utk sejukkan hati bani melayu kah kah kah
Kalau gua jadi najib...gua akan diam sebilion bahasa hingga keadaan sunyi sepi...kerana....kerana ..kesunyian itu..terlalu indah untuk dilepaskan....kakakakakak...mcm lagu salem plak......
Yang penting REBAH
Kalau tak REBAH
Tak ada CUTI UMUM
Rakyat nak jimat duit minyak toll
CUTI UMUM bawak anak makan besar kat padang bola FREE
Bila nak REBAH PERMANENT
Itu paling penting
HIDUP REBAH !!!!!!!!!!!
Inner circle kata, Hisham bang, timbalannya nanti budak Rombau si Keri..skrg Hisham sembrong dah mulo berbunyik..kataya bulan November, tapi yg paling best..khabarnya, Azmin Selangor akan di ajak masuk tean Hisham juga Nasarudin ..itu yg inner circle cakap lah
Catat Ulasan