Khamis, 13 Oktober 2016

SURAH SONGSANG








SURAH 

SONGSANG

kita mula mendengar
banyak sosok nak jadi yb
nak bertanding sana sini
nak kerusi itu
nak kerusi ini
nak satu lawan satu

maka gua sampaikan
surah songsang ini 
gua lafazkan surah songsang
bukan untuk potong stim

gua lafazkan untuk membawa kembali
para aktivis para pemimpin
para simpatisan pakatan harapan
ke alam sebenar

gua nak selamatkan mereka
agar jangan terus berkhayal
jangan terus berangan angan
jangan terus bermimpi
jangan terus berilusi
yang mereka anak menang di PRU14

hujah gua cukup senang
lesen cetak KDN 
untuk akhbar SUARA KEADILAN
sampai hari ini tidak diluluskan

lalu persoalan timbul
apakah mungkin najib akan
memberikan bank negara
akan memberikan khazanah negara
akan memberikan petronas
untuk dikendalikan oleh pakatan harapan

jawabnya pastilah mustahil

kalau lesen akhbar pun tak lepas
mustahil PRU14 akan lepas



-------------------

5 ulasan:

Usop ali berkata...

Kah kah kah jangan bermimpi macam lebai bro....Ada kebenaran tu...fikir fikirkan.....jangan marah...

Tanpa Nama berkata...

Mcm lobai curi balak berangan masuk syurga. Kalo dia yakin boleh masuk syurga, x mungkin duit balak dia akan rembat. X mungkin juga rembat 90 juta.

Tanpa Nama berkata...

masih ada lagi bakal2 yb yg mimpi berahi disiang hari..apa yg susah sgt nak faham atau buat2 tak faham..atau cuma nak menangkan diri sendiri sb gaji yb besar..bole pakai keta banyak..bole makan free..bole beri amaran 7hari 14 hari 21 hari, pastu abuk pun tarak..terima la hakikat pas itu umno dan umno itu pas...khallas..redha je..terus lawan..takkan menang walau 1 lawan 1..minta bro tt, sekolahkan anwar..

Tanpa Nama berkata...

Mmg Najib tak akan serah bulat2. Tp klu rakyat ada kesedaran kita boleh terajang(undi) dia keluar

Unknown berkata...

Bab surah menyurah ni Hadi pandai,sekali dia baca...macam gosok lampu Aladin! Tak caya? pergi ceramah PAS...tengok sendiri.