Selasa, 22 November 2016

APA KAMU DAPAT BERSIH5




BERSIH5

DAPAT

TIMBULKAN

KEBENCIAN

PADA UNITED

MALAYS 

NATIONAL

ORGANISATION


'Berhimpun semalam dapat apa? Kosong'

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, himpunan Bersih 5 semalam hanyalah sebuah 'pesta' untuk berseronok-seronok.

Ujarnya, ini kerana himpunan semalam tidak mencapai apa-apa kebaikan untuk rakyat, selain hanya untuk mencapai matlamat politik golongan tertentu.

"Himpunan hanya untuk jatuhkan kerajaan, undur orang tertentu, jadi apa yang anda capai? Kosong


KAMU DAPAT

APA?
KOMENTAR

ketika khairy jamaluddin
baru belajar melancap
hishamuddin rais telah
turun ke jalan raya

ketika khairy jamaluddin
baru nak belajar meraba burit
hishamuddin rais telah
turun ke jalan raya

ketika khairy jamaluddin
nak mengurat minah tembam
anak dolah badawi 
hishamuddin rais
telah lama turun ke jalan raya

ketika khairy jamaluddin
duduk ditingkat empat
hishamuddin telah berjaya
menjatuhkan mahathir
melalui jalan raya

ketika khairy jamaluddin
jadi menantu dolah badawi
politik jalan raya dah jadi budaya

kalau hishamuddin rais
tak turun ke jalan raya
mahathir muhamad masih berkuasa
dolah badawi kena sakit jiwa
khairy jamaluddin akan kecewa
memelok anak badak ke2

walau pun meminati maya karin
yang slim cun bergaya
apakan daya bini gemok
hotok tembam muka bulat
nasib baik ada reformasi jalan raya
dapat khairy jamaluddin tidoor di putrajaya

ketika khairy jamaluddin bertanding
HINDRAF  telah turun ke jalan raya 
BERSIH1 telah turun jalan raya 
rakyat telah dihasut
melalui jalan raya
hasilnya  lima buah negeri PRU12
jadi milik kita

jangan lupa ketika BERSIH2 dan BERSIH3
khairy jamaluddin cuba bawa bangla
turun ke jalan raya - kah kah kah

ketika BERSIH5
hishamuddin rais dalam penjara
tapi mahathir muhamad
telah turun ke jalan raya
ini satu kejayaan yang tak terhingga

jangan lupa pada pak harto
diturunkan dengan jalan raya
jangan lupa marcos
diturunkan dengan jalan raya
jangan lupa mubarak mesir
diturunkan dengan jalan raya

sebelum ke pilihan raya
kita turun ke jalan raya


NOTA dari arkib
soalan yang tanya
oleh khairy jamaluddin
itu telah pernah ditanya
dari zaman reformasi

hishamuddin rais
telah menjawabnya 
dalam tulisan yang
disiar dalam malaysiakini
pada 17 SEPTEMBER 2004

sila baca kembali apa
yang telah ditulis 

oleh hishamuddin rais


NARATIF REFORMASI

Anwar dapat bebas
Wan Azizah dapat suami
Nurul Izzah dapat ayah
Dolah jadi menteri
Kamu dapat apa?

(Potongan ayat-ayat kontot yang terputus-putus yang cuba dinobatkan sebagai sebuah sajak yang telah dibacakan di rumah Pena pada malam kedua sesudah Anwar dibebaskan)

Alangkah indahnya jika hikayat Seribu Satu Malam itu benar. Dan saya diberi peluang untuk meminta sesuatu dari jin penjaga Lampu Aladdin. Saya akan melutut menangis merayu meminta agar dicerahkan kembali fikrah bangsa Malaysia yang selama dua dekad ini telah menjadi begitu gelita.

Otak gelita yang semakin berjelaga ini telah tidak lagi berupaya untuk melihat sesuatu yang halimunan, sesuatu yang tidak dapat dipegang, sesuatu yang tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.

Fikrah yang telah dibonsaikan oleh hegemoni daulah telah gagal membaca naratif Gerakan Reformasi. Tidak berupaya membaca/memahami naratif ini samalah seperti seorang pengantin yang gagal untuk memahami erti suci perkahwinaan selain dari mendapat kebenaran untuk membuka coli si isteri atau menanggalkan seluar sampak si suami tanpa gangguan Jawi atau Jais.

Saya tidak akan bersilat lidah untuk menerima ayat - apa kamu dapat dari Reformasi - jika ayat-ayat ini didendangkan oleh anggota FRU atau polis cawangan khas. Kerana inilah bentuk-bentuk ayat yang dimasukkan ke dalam cuping semasa saya menjalani soal siasat ISA. Mengeluarkan ayat-ayat kontot tanpa difikirkan maknanya dengan mendalam adalah 'tanda perniagaan' bagi pihak yang diupah untuk mempertahankan sebuah regim yang nazak.

Tetapi jikalau ayat-ayat berbentuk ini dihamburkan oleh para seniman, penyair, pejuang bahasa, nasionalis Melayu atau pemikir bangsa, maka saya akan menjadi gundah gulana. Saya bukan berhiba hati berhadapan dengan si penyair atau si nasionalis bahasa ini. Saya merasa gundah bila berhadapan dengan bangsa yang dijadikan khalayak pendengar ayat-ayat kontot ini.

Kejujuran

Betapa sedihnya buat satu bangsa jika para sasterawannya, para pemikirnya, para senimannya dan para inteligensianya tidak dapat lagi mengeram dan menelurkan fikrah-fikrah yang mengampuhkan kebenaran dan jejujuran. Betapa moyoknya bangsa ini jika para pemikirnya hanya berupaya menerbitkan majalah yang dipanggil Pemikir tanpa isi fikrah didalamnya.

Bayangkan para seniman bangsa ini tidak berupaya lagi menggarap kerja-kerja seni selain dari seni-seni genre bodek dan ampu. Bayangkan betapa banalnya kerja-kerja seni yang tidak menolakbuka ruang baru untuk memeranjatkan bangsanya dari terus berkhayalan tentang rekod ketupat terbesar di dunia. Bagitu merosot sekali budaya bangsa ini jika para inteligensianya hanya pandai mengukur nilai dengan tukaran mata wang. Tetapi inilah hakikat bangsa kita - yang telah tergelincir jauh dalam penobatan nilai kebenaran dan kejujuran.


Saya mengakui secara saheh dan terbuka disini bahawa kami - para reformis yang telah turun ke jalan raya - memang tidak mendapat apa-apa dan tidak akan mendapat apa-apa pun dimasa hadapan. Apa-apa yang saya maksudkan di sini ialah apa-apa yang boleh dipegang, dijual, disimpan, dimasukkan ke dalam bank atau apa-apa yang boleh dijadikan modal untuk memperkaya diri.

Para reformis tidak pernah memikirkan untuk mendapat itu atau mendapatkan ini. Dari pengalaman saya bercampur gaul dengan ribuan yang turun ke jalanraya, ribuan yang datang mendengar ceramah dan puluhan yang masih diadili oleh mahkamah - mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa.

Apa yang dianugerahkan oleh Gerakan Reformasi kepada para reformis ialah naratif untuk menjadi manusia jujur yang berani berkata benar. Inilah hadiah yang agung dari Gerakan Reformasi. Untuk saya berani berkata benar adalah nilai utama yang memisahkan antara susuk manusia atau susuk amoeba. Manusia bukan organisma ringkas seperti amoeba atau hydra. Manusia diwujudkan dengan nilai-nilai dan ciri-ciri kemanusiaan.

Berani berkata benar adalah meta naratif perjalanan tamadun manusia. Baca dan rujuklah al-Quran, Injil, Taurat, Bhagavad Gita, I-Ching - semua kitab-kitab suci ini membawa naratif berani berkata benar. Carilah kitab-kitab kuno atau dengarilah ceritera-ceritera rakyat dari semua benua - pasti akan ditemui naratif kejujuran dan keberanaian insan. Keberanian berkata benar ialah meta naratif yang melahirkan kejujuran, ketelusan dan keadilan.

Menilai kebenaran

Untuk mereka yang masih di tahap ameoba atau hydra, saya ingin memperingatkan bahawa di dalam hidup ini tidak semua perkara dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Tidak semuanya dapat ditimbangtara untuk dijadikan 'pink form'. Gerakan Reformasi tidak mungkin dapat dinilai dengan keluasan tanah atau number akaun bank di Zurich. Kejujuran dan kebenaran memang tidak akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Berani berkata benar untuk menumpaskan kezaliman dan menegakkan keadilan ini bukan satu nilai kebendaan. Berkata benar dengan jujur tidak boleh dilelong dan tidak mungkin akan ditemui di gedung Giant atau di kedai-kedai Bundle. Keberanian berkata benar adalah nilai asas pengerak tamadun manusia. Nilai ini adalah asas penggerak dialiteka manusia - dialektika antara salah dan benar. Dialektika inilah yang menolak manusia itu untuk dijelmakan kemanusiaanya.

Gerakan Reformasi bukan hanya mencabar kemanusiaan para reformis tetapi ianya juga telah menghadiahkan satu cabaran kepada keseluruhan kemanusiaan bangsa Malaysia. Untuk pertama kalinya, seperti datuk dan ayah ibu kita di zaman Jepun dan British - warga Malaysia telah dihadapkan dengan pilihan. Memilih yang salah atau memilih yang benar. Bersama yang adil atau bersama yang zalim. Mengangkat senjata melawan Jepun dan British atau menjadi ameoba.

Memang betul setiap detik dalam hidup ini kita dipaksa untuk membuat pilihan. Tetapi pilihan yang kita lakukan saban hari itu adalah pilihan idividu. Individu diberi kebebasan untuk membuat pilihan - sama ada merayakan atau membanalkan kehidupan. Tetapi Gerakan Reformasi telah menghadiahkan kepada kita satu pilihan kolektif yang dapat menjalurkan arus tuju tamadun bangsa. Hanya para ameoba sahaja yang gagal untuk menilai ini sebagai satu yang agung.

Bayangkan bagaimana seluruh erti wujudiah kita sebagai manusia tercabar apabila kita berhadapan dengan pilihan salah dan benar. Bayangkan bagaimana otak kita bercongak berhitung bertimbang berkira untuk memilih salah dan benar. Bayangkan bagaimana para reformis berani tegak berdiri untuk berkata benar.

Hampir satu juta rakyat Amerika telah turun ke jalan raya di kota New York di akhir bulan Ogos dahulu untuk mengatakan kebenaran bahawa senjata pemusnah manusia tidak wujud di Iraq. Dua tahun dahulu hampir empat juta manusia dari pelbagai kota di dunia ini telah turun ke jalan raya untuk menyatakan kebenaran bahawa menyerang Iraq adalah satu perbuatan yang salah.

Para seniman

Mereka yang telah turun ke jalan raya itu tidak juga akan mendapat apa-apa. Tidak ada kontrak atau pink formyang akan menunggu mereka di New York. Apa yang mereka temui adalah diri mereka sendiri. Apa yang mereka capai ialah kejayaan bangun dan berkata benar. Jika ini bukan bukan satu yang agung maka saya akan melucutkan jawatan saya dari menjadi seorang manusia.

Jika jin alfrit penjaga lampu Aladdin itu wujud, saya juga ingin bertanya kepadanya tentang mengapa ramai inteligensia Melayu hanya berupaya melihat sesuatu jika benda ini dapat mereka pegang. Kenapa mereka hanya dapat menilai sesuatu jika benda itu boleh dibeli dari gedung Tesco. Kenapa dan mengapa mereka bagitu susah sekali untuk memilih yang benar dari yang salah.

Soalan cepu emas saya kepada jin alfrit ini memang telah lama berligar dalam kepala saya. Saya cuba mencari-cari jawapan. Saya selalu merenung dan cuba membayangkan apakah yang terlintas di kepala para seniman, para penulis, para nasionalis bahasa, para penyaer dan sasterawan Melayu semasa gelombang reformasi mula mengombak di seluruh negara enam tahun dahulu. Apakah mereka menutup mata dan telinga.

Lalu saya tergambarkan insan seniman seperti Susan Sarandon, Michael Moore, Tim Burton, Bruce Springsteen, Martin Sheen, Jessica Lange, Matt Damon, George Clooney, Julie Christie, Emma Thompson, Juliet Stevenson, Danny Clover, Sean Penn - semuanya turun ke jalan raya untuk berkata benar.

Mereka ini adalah senimanyang cun, bergetah, jambu dan berbakat. Atau saya tersalah anggap. Kerana mengikut istilah Utusan Malaysia , mereka yang turun ke jalan raya ini adalah 'pihak-pihak tertentu' yang suka membuat huru-hara. Mungkin juga Utusan Malaysia berkata benar kerana sehingga hari ini tidak seorang pun dari seniman ini yang dapat berlakon di slot Cerekarama TV3 .

Saya juga akan bersimpati jika para seniman dan pekerja seni kita sedang mengharap kerja seni yang besar-besar. Pastilah mereka kesesakan masa untuk turun ke Jalan Tengku Abdul Rahman semasa gelombang reformasi mengombak. Tetapi dari apa yang saya perhatikan, hingga ke hari ini tidak juga muncul-muncul genre 'war and peace' dari penggarap seni kita ini. Certot (cerita kontot) yang saya baca di ahkbar-akhbar mingguan setiap Ahad masih lagi kontot dan bertambah kontot pula isinya.

Pusat serenti

Bagaimana agaknya dan apa pula yang wujud di dalam kepala penulis dan sasterawan seperti Arundhati Roy, Salman Rushdie, Gunter Grass, Tariq Ali - yang bukan sahaja menggarap kerja-kerja seni tetapi turut sama ke jalanraya untuk berkata benar. Pada hemat saya mereka ini bukanlah insan yang dianggap soleh dalam kamus agama Islam, tetapi apa yang menjadikan mereka berani berkata benar. Atau saya sahaja yang menganggap kerja seni garapan mereka ini bernilai walhal tidak ada pun buku mereka yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya bersedia memahami jika para inteligensia kita, para seniman kita, para penyair kita dan para penulis kita terdiri daripada kumpulan pemadat yang bermastautin di pusat serenti. Jika ini terjadi, pastilah mereka sedang berdengung khayal dan tidak ada kudrat untuk berjalan jauh. Saya wajib akur dan menerima ini sebagai hakikat. Tetapi dari pengetahuan dan pengalaman saya jika kita sedang berdengung, kita tidak akan menjadi takut.

Soalannya kenapa mereka takut untuk berkata benar. Kenapa mereka tidak dapat memahami naratif reformasi. Jika mereka takut, apa pula yang menakutkan mereka? Mahathir Mohamad aka Mahafiraun telah mengakui bahawa dia telah dijatuhkan walapun dilapik oleh Utusan Malaysiadengan perkataan 'bersara'. Apa pula jenis polong yang telah mengecutkan daya fikrah inteligensia kita?

Atau sebenarnya para seniman, penyair, sasterawan dan pekerja seni kita ini takut kerana ada kemungkinan certot dan sajak mereka tidak akan disiarkan di Mingguan Malaysia . Atau mungkin kerana mereka takut garapan seni mereka tidak akan diberi penilian oleh slot Cerekarama di TV3. Atau mungkin juga mereka tidak akan lagi menerima jemputan untuk menjadi 'Penyanyi Rock Dataran Merdeka'. Atau mereka tidak akan diiktiraf sebagai pemikir oleh Pemikir.

Jika inilah jawapannya maka saya akan ke Basrah untuk mencari jin alfrit penjaga lampu Aladdin itu. Jika saya bertemu dengan jin alfrit ini, saya tidak akan lagi mengajukan soalan cepu emas saya itu. Saya akan meminta jin alfrit ini memasukkan kesemua mereka ke dalam botol dan dicampakkan ke Kutub Selatan.


Mudah-mudahan botol ini akan ditemui oleh Mahathir Mohamad yang sedang berehat di sana. Diharapkan mereka akan berjaya untuk mendirikan Darul al-Bodek di sana. Di sini saya tidak akan lagi ditanya oleh mereka 'kamu dapat apa? (TT)




------------

7 ulasan:

UNCLE RAMLI berkata...

Khairi mungkin tak terduga atau tak terfikir yang jika akhirnya gerakan Bersih dapat menumbangkan rejim bobrok yang sekian lama 6 dekad telah membantutkan masa depan demokrasi Malaya/Malaysia, tidak mustahil yg Bersih baik Pengerusinya, atau timnya akan dihargai badan Hadiah Nobel. Malaysia pada kulitnya nampak berjaya namun pada hakikatnya dipasung dengan pelbagai akta yang menekan, menzalimi dan menindas sebarang aktiviti untuk rakyatna merasa merdeka atau bebas khususnya dari segi politik.
Jadi ' Apa Kamu dapat Bersih ', ya.... membebaskan negara drp bobrok2 yang menindas rakyat Malaysia kini.

panglimo potaseh berkata...

KJ .. den tahu, bilo montuo kau jadi PM, kau dapek momacam .. melahap projek dongan boralasan nak tolong melayu, sambil tu olok-olok memukoi bontot cina. Pompuan tak ndak den corito .. aku tahu Maya Karin penanda aras selera kau .. tapi Maya Karin lobih minat kontol German drp mamak Rombau.

Sekarang kau tanyo pulak, kalau kito ikut Bersih 5 kito dapek apo?. Kok borgarit sikit nak memacam, cilakolah jadi montori.

Kau sendiri dah jawab kito dapek apo. Kito tak harap untuk melahap projek atau menjilat Maya Karin. Boto tu kau kato, kito soronok bordemo, apo tak eeay dapek tengok amoi pakai seluar katok, minaci hitam mengancam, nona melayu diputihkan dongan Q-Putih .. mulut borsorak, kontol menogak. Aku syok tengok Izzah, makin cun .. marina tak datang .. teresa Kok ado dan dah makin paham gelagat orang melayu. Tulah dio borsih proses evolusi masarakat akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sakit kepala nak layan budak tuh

Siapa lah dia tanpa MENTUA dia

Jangan jangan bukak bengkel repair motor kat rembau saja

Sekarang ada juta juta boleh lah aksyen

Dunia ini bulat lah , tengok berapa lama boleh KENTUT

Pasti TER DUDUK TER BERAK jugak nanti

Rakyat tuh Keramat , tanpa Rakyat budak bahalol tak dapat cari makan lah

Kepala Otak

Paling tidak hormat lah Rakyat

Tanpa Nama berkata...

...ulasan yg kemas dan padat..!!

Batu tepi jalan berkata...

Bro TT ...khairy jamaludin lahir tahun 1976 bermakna sebelum mak dan bapak khairy jamaludin berancok utk mendapatkan dia lu dah pun turun ke jalanraya. Tahun waktu demonstarasi baling tu silap² mak bapak dia baru nak kawen dan masih beromen ringan² di hutan tugu negara kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

"ketika khairy jamaluddin
baru belajar melancap
hishamuddin rais telah
turun ke jalan raya"

paling win sekali.

Tanpa Nama berkata...

Kalu wa mahkluk bernama KJ ni mmg wa dh bedal pain killer 100 biji bila baca ni..senak pundi kencing woooo..bebal pnya khairi jamaludin!!