BILA MUSUH
MENYERANG
ITU TANDA
KITA BUAT
KERJA BETUL
KALAU MUSUH
TAK SERANG
ERTINYA KITA
SUDAH JADI
PENASEHAT
MUSUH
Tun M: 'Gelarlah saya apa pun'
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menganggap pelbagai gelaran buruk yang diberikan kepadanya tidak dapat menutup dakwaan kesalahan dilakukan Najib.
Mahathir berkata, sebaliknya tindakan itu menunjukkan kemampuan jurucakap kerajaan Najib amat terhad.
“Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang kerajaan dan salah guna kuasa, jawapan yang diperoleh daripada anggota Kabinet, kleptokratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya. Memanggil saya antik, boneka, gimik dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya.
“Tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, tidak dapat mempertikai dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang wang ini datang daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad), tidak dapat mengembalikan berbilion ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin Najib, serta mengadakan kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai kleptokrasi," katanya dalam tulisan di blognya, semalam.
Menurut Mahathir, beliau langsung tidak kisah dengan gelaran diberikan pemimpin yang mempertahankan Najib.
“Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab. Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh.
“Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan oleh lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa dilaporkan berkata, kehadiran Mahathir ke Parlimen, Selasa lalu tidak ubah seperti ‘membawa kereta antik ke pertandingan litar Formula 1'.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman menyifatkan tindakan pembangkang menjemput Mahathir ke Parlimen tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek pula mendakwa Mahathir kini sudah menjadi boneka kepada DAP.
DULU PANGGIL
MAHAZALIM
MAHAFIRAUN
SEKARANG
DIPANGGIL
MAHALAWAN
-----------------
1 ulasan:
TUN sudah pulang ke pangkal jalan
Maka sesuai lah TUN dengan pangkat TUN nya
Yang ALAMAK tuh merugi kan melayu melayu kampong saja
ALAMAK kaya satu dua , yang papa kedana miskin tuh juta juta
ALAMAK !!!!!!!!!!
Catat Ulasan