WOW!
MASUK AKAL
EEE INI BUKAN
BOLEH
DIPERCAYAI
Pengusaha restoran nasi kandar nafi guna daging anjing
Presma akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang menyebarkan cerita itu
BUKIT MERTAJAM: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.
Timbalan Presiden Presma Khadhar Shah Abdul Razak berkata perkara itu menjadi viral di laman sosial terutama Facebook sejak semalam selepas seorang lelaki yang menggunakan nama ‘Udin Di Raja’ memuat naik berita serta gambar berhubung dakwaan itu.
“Sebenarnya berita dan gambar yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.
“Udin Di Raja telah menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan kambing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
JAI & EZI
TAK SELAMAT
BILA NAMPAK
EEEE
1 ulasan:
Pundek lah is ham (pandi)
Catat Ulasan