Khamis, 29 Disember 2016

HANG INGAT SENANG






APA?

LU INGAT

SENANG NAK

DAPAT

BIDADARI DAN

BIDAJANTAN

3,714 jadi mangsa penipuan umrah

Libatkan kerugian RM30.8 juta


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sejak 2012 hingga Oktober tahun ini, seramai 3,714 penduduk Islam negara ini terpaksa berputih mata apabila hasrat mereka mengerjakan umrah tertangguh akibat menjadi mangsa penipuan pakej umrah.
Sumber Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar) berkata, jumlah kerugian yang dihadapi oleh kesemua mangsa selama empat tahun kebelakangan ini seperti yang dilaporkan kepada pihak polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dianggarkan mencecah RM30.8 juta.
Katanya, warga Kuala Lumpur dilaporkan paling banyak menjadi mangsa penipuan tersebut dengan jumlah kerugian mencecah RM4 juta.
“Mangsa hanya sedar ditipu apabila terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan jumlah kerugian yang dicatatkan ini berdasarkan mereka yang membuat laporan. Namun, mungkin ada lagi menjadi mangsa tetapi tidak laporkan hal ini.
“Ada antara mereka membayar wang untuk menunaikan umrah kepada orang perseorangan yang menawarkan pakej umurah dan juga menggunakan perkhidmatan daripada syarikat tidak berlesen,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Sehubungan itu, sumber berkenaan memberitahu, harga lantai bagi pakej standard ekonomi umrah selama 12 hari 10 malam tidak boleh kurang daripada RM4,900 sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Kawal Selia Umrah.
“Pengguna perlu menjadikan jumlah RM4,900 ini sebagai penanda aras sebelum mengambil mana-mana pakej umrah daripada ejen perseorangan atau syarikat.
“Pakej yang ditawarkan di bawah harga tersebut boleh dianggap sebagai satu cubaan penipuan,” jelasnya.
Mengulas mengenai isu penajaan umrah pula, sumber tersebut memberitahu, mana-mana syarikat berlesen tidak dibenarkan mengiklankan sebarang iklan umrah pada harga di bawah RM4,900.
“Mana-mana syarikat yang mengatakan mereka ada tajaan perlu membuktikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum iklan tersebut disiarkan,” jelasnya.
Tambah beliau, masyarakat perlu menyemak dahulu status syarikat pengendali umrah melalui laman web i-umrah jawhar atau www.jawhar.gov.my/umrah sebelum pembayaran pakej umrah dibuat agar tidak menjadi mangsa penipuan.
“Umrah merupakan satu ibadah, namun aspek muamalat juga penting untuk diketahui. Fahami konsep muamalat sebelum terjerat menjadi mangsa,” jelasnya

JUAL AGAMA

ADALAH

SALAH SATU

PERNIAGAGAN

TERTUA SELAIN

DARI JUAL DUA

PEHA AYAM

SIAM 


-----------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berita atas tu berita baik utk tabung haji. Biar senua takut utk pergi haji umrah dgn pakej agensi swasta. Itu berita untuk tahan bubu, bila semua ikan masuk bubu, kaya laa tabung haji.

Tanpa Nama berkata...

Melayu kan BODOH

Melayu MESTI KENCING Melayu tuh baru boleh kaya

Tak BILYON BILYON , juta juta pun jadi lah

Bahalol

Tapi apa nak buat

ALAMAK pun KENCING pakai KARUNG

SERBAN dah tak main dah....