MINTA
BANTUAN
gwa TIDAK dibenarkan
berjalan ke luar negara
kerana ketika diluar negara
gwa selalu bercakap benar
cakap benar ini diertikan
memburukan kerajaan
amin
larangan ini tiggal
lagi dua tahun
maka gua sedang merancang untuk
menulis sebuah buku:
101 TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI
JIKA ANDA DILARANG MENINGGALKAN
MALAYSIA
buku ini ditujukan
untuk sosok-sosok
yang dilarang keluar negara
termasuk
puluh ribu anak muda
yang terhutang
dengan PPTN
justru gwa meminta
kawan kawan
gwa meminta pembaca
tukar tiub
memberi cadangan
mana tempat
yang wajib gwa lawati
gwa bercadang
untuk memulakan
perjalanan ini
dalam bulan depan
ketika ini gwa
sedang mengumpul
maklumat
gwa mahu merakamkan
apa sahaja tempat
tempat makan
tempat santai
tempat cari awek
tempat yam seng baik
tempat air ketum
tempat mat pet
wilayah merah
wilayah mak nyah
tempat bersejarah
tempat berhantu
dan dan dan..
sila bantu gwa
hantar maklumat
ke email :
tukartiub@gmail.com
terima kaseh
amin
DARI ARKIB 4-12-15
Hishamuddin Rais dilarang keluar negara
KUALA LUMPUR: Aktivis politik Hishamuddin Rais dihalang daripada keluar negara ketika mahu menaiki pesawat ke Korea Selatan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Menurut Hishamuddin, beliau ditahan di pintu imigresen sewaktu mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
"Saya mahu kerajaan menjelaskam sebab saya tidak dibenarkan ke luar negeri," katanya melalui satu kenyataan media.
Menurut Hishamuddin, beliau dijemput ke Korea Selatan melalui Forum Asia dari People Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) Korea.
Katanya, tujuan jemputan ini adalah untuk menjadi pemerhati kepada satu Perhimpunan Rakyat yang terdiri daripada pekerja buruh, NGO, pelajar, seniman dan para demokrat Korea Selatan.
---------------
2 ulasan:
Mula mula lawat Batu Caves lah...
Kalau juta orang tawaf terus tenang hati , cuba lah lawat Batu Caves dan tawaf tuh exercise saja
Sana ada banyak orang boleh jumpa bagi idea idea bernas macam mana nak hidup di bawah naungan kuasa dunia ke tiga....
Lepas tuh pergi Gua Tempurung kat Ipoh nun... tengok orang jalan ke hulu ke hilir bawak kepala tempurung kosong....
Kala dah tempurung kosong , Orang UTAN pun layak jadi ketua manusia
Boleh biat renungan juga... bukan senang nak jadi Orang UTAN di kalangan bahalol bahalol bilyon dan jutaan.
Mungkin lepas tuh boleh buka KURSUS ikat SERBAN bagi Orang UTAN.... NatGeo Channel akan datang sama CNN buat TT jadi Anthony BORDAIN AL JELEBU pulak.
Semua mungkin kalau masih ada nyawa lagi.
Kesian TT tak dapat keluar negara tapi Makhluk Asing begitu mudah masuk ke Malaysia.contoh salah sorang Dalang Pembunuh Jong Nam senang senang masuk Malaysia atas alasan bekerja dengan syarikat tempatan tapi tak pernah Masuk Bertugas dan tak diberikan Gaji.Apa Pihak Immegresen Malaysia buat.tu baru sorang yang beribu ribu masuk dengan alasan yang sama alahai Negara ku Malaysia jadi Hub Penjenayah Penyamun berlonggok.
Catat Ulasan