SIAPA MUSUH TRUMP
Minggu lalu saya memberi pencerahan kenapa Doland Trump Presiden AmerikA ke 45 terus diserang. Minggu ini saya akan cuba memberi pencerahan siapa yang menyerang Trump.
Melalui berita yang kita baca atau lihat dikaca TV - secara tidak sedar kita sedang menyaksikan bagaimana gerombolan musuh Trump ini sedang merancang dengan licik untuk memastikan Trump tergelincir dari Rumah Puteh.
Sebelum itu adalah baik kita semua mengingati kembali bahawa pada satu ketika dahulu Amerika adalah negara demokratik yang bebas merdeka. Sama saperti perjuangan di Tanah Melayu , Amerika Serikat juga lahir dari perjuangan angkat senjata melawan penjajah British pada tahun 1776.
Hari ini Amerika bukan lagi sebuah negara demokratik tetapi sebuah negara oligarki. Oligarki bermakna satu kumpulan kecil sedang menguasi semua lembaga daulah, menguasai punca ekonomi justeru menguasai kerajaan.
Telah lahir persekongkolan intim antara tentera, jentera daulah, pemilik bank dan pemilik kilang dengan ahli politik. Kuasa semakin terpusat dalam saku satu kumpulan kecil.Bagaimana ini berlaku?
Satelah perang dunia kedua tamat Amerika telah muncul sebagai satu-satunya kuasa dunia yang memiliki bom Atom. Amerika mengambil alih kuasa kolonial imperialis Great Britan. Salepas perang dunia kedua itu Amerika yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis terus berkembang pesat untuk menjadi negara imperialis.
Untuk modal terus berkembang maka wajib dicari tanah jajahan baru. Ini untuk mendapatkan bahan mentah dan pemasaran. Ini hukum ekonomi kapitalis. Hukum ini tidak akan berubah-ubah walau pun kepada penjajah Inggris, Sepanyol, Peranchis mau pun China Merah yang sedang bermula sekarang.
Ini bukan makna tidak ada pemimpin Amerika yang sedar bahawa garis politik demokrasi - dari rakyat utuk rakyat - kini telah tergelincir.
Pada Januari 1961 Presiden Dwight Eisenhower dalam ucapan selamat tinggalnya telah memberi amaran tentang bahaya menyusup masuk pengaruh komplek-industri-tentera ke dalam badan politik Amerika. Presiden dua penggal ini, yang juga General lima-bintang telah memberi ingatan bahaya gerombolan ini yang akan meroskan demokarasi.
Presiden Eisenhower telah berkata, “In the councils of government, we must guard against the acquisition of unwarranted influence, whether sought or unsought, by the military-industrial complex. The potential for the disastrous rise of misplaced power exists and will persist.’
Ketika Trump mengangkat sumpah amaran yang diberikan oleh Presiden Eisenhower telah berlaku. Komplek-industri-tentera kini telah menguasai badan politik Amerika. Kumpulan ini adalah salah satu dari kumpulan yang sedang menyerang Trump.
Secara terang-terang bekas Penolong Pengarah CIA ketika berkempen pada bulan Ogos tahun lalu telah dilaporkan oleh New York Times berkata’ Trump telah direkrut oleh Putin untuk menjadi ajen Russia..’
Amat jelas industri senjata ini sedang merasa tergugat kerana Trump tidak mahu meneruskan ‘ Perang Dingin’ dengan Russia. Sebagai seorang billionaire Trump mahu berniaga dengan Russia. Sikap Trump terhadap Russia inilah yang membawa pelbagai kumpulan untuk mendirikan Barisan Bersatu untuk menentang Trump. Kumpulan dan gerombolan ini merasa kepentingan ekonomi mereka sedang dihuru harakan oleh Trump.
Industri senjata sedang mempertahankan kepentingan kilang senjata yang membekalkan senjata kepada 800 pengkalan tentera yang berselirat diseluruh dunia.
Selain dari industri senjata siapa lagi yang menentang Trump? Siapakah oligarki ini?
Seteru utama Trump ialah Federal Reserve dan bank-bank mega di Amerika. Federal Reserve ini bukan sama saperti Banak Negara kita. Federal Reserve ini adalah bank swasta. Pemiliknya dirahsiakan. Bank inilah yang mencetak duit untuk dijual kepada kerajaan Amerika. Apabila kerajaan Amerika tidak ada duit maka Bank ini membenarkan kerajaan Amerika berhutang. Bank ini juga mengendalikan turun naik bunga untuk pijaman.
Selain dari Federal Reserve ada lagi bank saperti JP Morgan Chase & Company, Bank of America Corp, Citigroup Inc. dan dan dan. Bank-bank gergasai ini memiliki kepentingan untuk memastikan keuntungan sistem ekonomi kapitalis tidak tergugat.
Trump juga sedang diserang oleh kumpulan dan sosok-sosok neo-con atau kumpulan konservatif baru. Seorang dari pemikir gerombolan ini kita kenali sebagai Paul Wolfowitz. Gerombolan ini dari segi idealoji mahu Amerika terus menerus memerentah dunia ini. Hegemoni Amerika tidak boleh dicabar. Gerombolan ini mahu setiap Presiden Amerika menganggap Russia dan China sebagai musuh.
Trump juga sedang berhadapan dengan syarikat koperat gergasi. Syarikat-syarikat ini telah melabor memberi dana kepada Bush, Clinton, Obama dan Hillary untuk bertanding
.
Peranan badan koperat ini sama saperti peranan cukong MCA melabor untuk memastikan United Malays National Organisation disetiap pilihan raya akan menang. Kini peranan cukong MCA sedang diambil alih oleh syarikat gergasi dari China Merah.
Syarikat-syarikat koperat ini bersedia menutup kilang di Amerika dan membuka kilang mereka di India, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan China. Dinegara-negara ini dengan harga buruh yang lebih murah maka syarikat ini mendapat keuntungan berlipat ganda.
Kilang-kilang ini termasuk Mosanto dengan penjual baja dan benih yang kini sedang meracun rakyat satu dunia. Kilang pertanian gergasi ini sedang bertanggung jawab meroskkan hutan rimba, laut dan sungai dengan racun serangga dan baja kimia mereka.
Tuan-tuan pemilik syarikat bahan bakar petrolium tidak boleh dilupakan. Mereka amat amat berpengaruh dalam politik Amerika. Tuan empuanya syarikat cari gali yang mengali apa saja dalam bumi ini adalah sebahagian dari oligarki yang sedang menentang Presiden Trump.
Jangan dilupakan peranan kumpulan lobi Israel. Mereka ini juga amat-amat berpengaruh. Amerika kini telah membuka 3 pentas perang besar - Iraq, Afghanistan, dan Syria. Ini belum masuk kira perang di Libya dan Yaman. Semua ini adalah hasil dari perancangan licik kumpulan pelobi Israel. Kumpulan ini telah menjadi sebahagian dari kuasa dalam badan politik Amerika.
Jika diteliliti dari segi geopilitik - kesemua perang ini dilancarkan oleh Amerika dengan keselamatan Israel sebagai latar.
Syarikat koperat, tuan kilang dan sosok pemikir haluan kanan konservatif - semua mereka mendapat sokongan media untuk membatai Trump.
Saya wajib memberitahu sekali lagi bahawa media dalam dunia kita hari ini sedang dikawal oleh 6 buah - baca ENAM SYARIKAT MEDIA GLOBAL. Mereka ialah G&E, News Corp, Disney,Viacom, Time Warner dan CBS.
Semua berita dalam dunia kita hari ini diarah dan diuruskan oleh 6 syarikat media ini. Syarikat ini memiliki ratusan anak syarikat dan jutaan saham dalam akhbar-akhbar diserata pelusuk dunia.
Mereka membuat berita dan menyampaikan berita. Lengok berita yang mereka sampaikan mustahil bertentangan dengan kepentingan kaum pemodal di Amerika. Berita yang mereka jaja pasti tidak akan menyingkap peranan jahat oligarki Amerika.
Contoh terbaik: Kesampaian pendatang haram ke Eropah melalui Itali atau Greece tidak pernah dihuraikan sebabnya. Media arus perdana hari ini tidak memberi pencerahan bahawa orang pelarian ini lari dari perang. Perang ini berpunca dari bom Amerika yang disokong oleh sekutunya di Eropah.
Contoh terbaik: Media arus perdana tidak pernah menerangkan dengan tuntas bahawa Israel adalah negara pendatang saperti Singapura. Ianya diwujudkan untuk kepentingan kuasa Anglo-Amerika. Perang di Lebanon, di Jordan, di Iraq, di Libya dan di Syria berpunca dari Israel yang ingin mempertahankan diri.
Oligarki ini dibantu pula oleh deep state atau daulah terpendam. Siapa dan apa dia deep state atau daulah terpendam ini?
Daulah terpendam ini ialah aparacik rahsia yang diwujudkan atas nama menjaga keselamatan negara. Di Amerika ada nama-nama ajensi yang diketahui umum saparti CIA, FBI, NSA tetapi ada banyak lagi yang tidak sepopular CIA dan FBI.
Ajensi rahsia ini mengikut perlembagaan bertugas untuk menjaga keselamatan negara. Hari ini ajensi ini sedang menjadi benteng untuk mempertahankan oligarki.
Ini sama saperti yang sedang berlaku di Malaysia dimana SB, Polis, Badan Risik Tentera dan yang terbaru NSC - mengikut perlembagan bertugas untuk menjaga keselamtan rakyat dan negara. Tapi kini menjadi badan untuk menjaga keselamatan Najib Rosmah. Juga dilihat bagaimana lembaga daulah saperti Peguam Negara, Bank Negara, SPRM dan SPR - akhirnya menjadi pekakas daulah terpendam untuk mempertahan Najib Rosmah.
Perlu saya terangkan disini bahawa Trump ini bukan dari elit politik Amerika. Dia tidak pernah ada jawatan politik. Trump seorang ahli perniagaan. Justeru Trump ini tidak tahu ‘ script’ kaum kapitalis.
Ketika Trump bertanding dia tidak mendapat derma dana dari Tuan Empunya Kilang Senjata atau dari Mosanto atau dari Exxon. Trump menggunakan duitnya sendiri untuk bertanding. Justeru Trump bebas bersuara.
Bush, Bill Clinton atau Obama tahu bahawa dibelakang mereka adalah Tuan Empunya Kilang. Tuan empunya bank sentiasa memerhati maka ucapan mereka wajib berpada-pada. Malah semua Presiden Amerika ini sedar bahawa dibelakang mereka adalah kaum pemodal yang mukanya kita semua tidak nampak. Mereka inilah oligarki yang sabenarnya memiliki kuasa di Amerika- malah didunia.
Justeru kita lihat Mahathir, Anwar, Najib dan Zahid - semuanya pergi mengadap ke Rumah Puteh. Ini kerana mereka semua ini sedar kuasa sabenarnya adalah dibawah tangan para oligarki di Amerika.
Presiden Clinton, Bush atau Obama hanya menjadi wakil oligarki ini. Mereka dinobatkan oleh media dan tv yang juga dimiliki oleh para oligarki ini. Malah kita semua jangan lupa bagaimana Obama - Budak Itam - pembunuh drone - telah pernah menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan. Semua ini adalah kerja daulah daulah terpendam untuk menaikkan taraf Budak Itam dimuka dunia.
Serangan berterusan terhadap Trump. Anak muda Amerika bangun melawan. Kenapa gerakan wanita keluar berdemo? Apa akhir akan terjadi kepada Trump? Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
------------------------
2 ulasan:
sandiwara je bro...bush,clinton,obama dan trump sume sama je....trump akan meneruskan agenda zionis...mungkin lebih terok dari yg sebelumnye atau trump akan di singkirkan hidup atau mati
Hehe Sandiwara? perkataan "sandiwara" biasa terdengar dari mulut-mulut mat islam melayu yang Anti-Kafir,kalau tak PAS,mat UMNO,kalau bukan Mat UMNO ,mat-mat syok sendiri atas pagar sufi atau tabligh..Ibarat mat Islam berteori Ahmadinejad Ber"sandiwara" menentang Israel,kan?
Ramai yang aku jumpa Mat melayu yang berteori konon nya Trump bersandiwara ni jenis yang "Tidak kisah siapa memerintah,Janji Islam"..
Catat Ulasan