JENG JENG
JENG JENG
CERITA TAMBAH
SERAM TAMBAH
GELAP
SOALAN SOALAN
KOMENTAR
korea utara disekat
dari berniaga oleh pbb
tapi dari laporan
berita BERNAMA hari ini
jelas malaysia ada buat
perniagaan dengan
korea utara
apakah ini niaga gelap?
dari laporan berita
ada lebih 1000 orang
warga korea utara
di malaysia sekarang ini
di korea utara tak ada
pelaburan masuk melabur
tapi korea utara
perlu dolar dinar
justeru malaysia dijadikan
sarang dan tempat
molek untuk korea utara
mencari duit luar
lalu persoalan timbul
kalau malaysia ini
tempat cari duit
kenapa bodoh sangat
presiden KIM JONG-UN
buat kerja jahat
bunuh abang sendiri
dalam malaysia
negara tempat cari makan
kenapa terberak
di meja makan?
lalu timbul soalan?
apakah ada unsur lain
yang mahu malukan malaysia?
yang mahu sabotaj perniagaan
korea utara?
soalan soalan soalan
apa peranan KCIA?
ini agen korea selatan
apakah ada sabotaj
dalaman pada kim jung-un
Mustapha akui terlibat dengan syarikat Korea Utara
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Veteran Umno, Tuan Haji Mustapha Ya'akub hari ini mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan 'Syarikat Glocom', sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.
Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini, beliau berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai 'Madam Ryang' dan 'Madam Pyon' bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.
Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.
"Saya tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Hubungan kami adalah atas perniagaan semata-mata. Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara... menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia," katanya.
Mustapha berkata beliau bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.
Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.
"Bagaimanapun setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kami putuskan untuk menutup syarikat IGS.
"Selepas itu, saya dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu kami tutup syarikat tersebut," katanya.
Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.
Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.
Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.
Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tuan Haji Khalid Abu Bakar turut mengesahkannya.
Bagaimanapun Khalid berkata polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.
Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT. –Bernama
National Intelligence Service (South Korea) - Wikipedia
https://en.wikipedia.org/wiki/National_Intelligence_Service_(South_Korea)
The National Intelligence Service (NIS) (대한민국국가정보원, 국정원) is the chief intelligence agency of South Korea. The agency was officially established in 1961 as the Korean Central Intelligence Agency(KCIA) (중앙정보부), during the rule ...
-------------------
3 ulasan:
Kah kah kah...Baik punya cilok, saya tahu tu badak tapi tak tahu pulak mana satu mak badak, mana satu rosmah
Wah....
Ada 1000 KULOP TETEL di malaysia
Boleh buat SUP SOTO bagus tuh
Bebudak KULOP boleh bukak GERAI KULOP nanti
hehehehe..acu cek tul tul..mungkin JHO LOW yg mati tu....kakakakakakakakakaka
Catat Ulasan