PERSOALAN NASIONAL
BABAK TIGA - ORANG LAIN
Minggu lalu saya telah menerangkan apa makna manifestasi. Saya ulangi sekali lagi - manifestasi adalah hasil atau akibat dari satu satu pekara. Ada pekara lain yang melahirkan akibat itu. Manifestasi bukan pemula bukan penyebab dan bukan punca. Tanah runtuh bukan ianya runtuh tanpa sebab. Tanah runtuh kerana pembalakan.
Pembalakan menjadi punca - menjadi penyebab.
Justeru tanah runtuh hanya manifestasi dari satu proses pembalakan yang telah berjalan lama.
Maka dalam persoalan nasional ini saya mahu mencari sebab. Saya mahu mencari punca. Saya mahu mencari penyebab. Ertinya - saya mahu mencari proses yang menyebabkan tanah runtuh. Tanpa menemui penyebab, tanpa mengetahu punca maka kita tidak dapat memahami, merungkai dan cuba menyelesaikan persolaan nasional ini.
Minggu lalu juga saya telah mengaju buka teori THE OTHER/ YANG LAIN. Teori ini amat amat penting dalam merungkai persoalan nasional. Ini kunci untuk kita memahami apa dia persoalan nasional dan kenapa kita dalam keadaan kita di hari ini.
Untuk sambungan - minggu ini saya paparkan kembali perengan akhir tulisan saya minggu lalu:
Untuk mencari jalan penyelesian kita wajib melihat kembali babak babak sejarah. Merungkai kembali bagaimana kita menjadi kita saperti hari ini. Bolehkah biduk lalu kiambang bertaut?
Apa dia babak babak sejarah yang wajib dirungkai? Siapa dalam biduk dan dari mana datangnya kiambang?
Negara yang kita panggil Malaysia ini adalah hasil dari sejarah pasca-kolonial. Pengalaman pasca -kolonial kita ini bukan terpencil. Kita tidak unik. Banyak negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin wujud hasil dari pencerobohan kolonial dari Eropah.
Setiap negara bekas tanah jajahan memiliki permasaalah sendiri. Tahik dan najis yang telah ditinggalkan oleh penjajah bersepah-sepah. Ada masalah yang kita - bekas tanah jajahan - sesama merasai. Dan ada masalah khusus yang hanya kita di Tanah Melayu sahaja mengalaminya. Ertinya ada masalah umum dan ada masalah khusus - ada generaliti dan ada partikulariti.
Dari segi sejarah Tanah Melayu, si pembawa masalah ini ialah Yang Lain. Dari segi teori dan fakta Yang Lain itu ialah orang luar yang masuk ke Tanah Melayu. Orang luar ini ialah penjajah dari Barat.
Ada satu pekara yang wajib saya jelaskan disini. Apabila saya meyebut Tanah Melayu dalam istilah saya termasuk Temasek dengan nama barunya Singapura. Singapura untuk saya adalah sebahagian dari Tanah Melayu.
Harus juga saya terangkan bahawa Bani Melayu ini bukan hanya di Tanah Melayu - ianya merangkumi Bumi Alam Melayu yang juga dipanggil Nusantara. Dalam konteks ilmu alam moden ianya mencakupi Indonesia, Patani, Brunai dan Pilipina. Ini adalah dunia alam Melayu.
Kiambang dunia Melayu ini mula retak dengan masuknya biduk - penjajah Barat - Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris. Maka dunia alam Melayu terpisah-pisah hingga ke hari ini.
Justeru THE OTHER/YANG LAIN yang pertama memasuki Tanah Melayu dan membuat kacau bilau ialah Portugis atau Benggali Puteh. Diikuti oleh Belanda. Tetapi dua kuasa kolonial Barat ini hanya berpusat di Melaka dan wilayah pesisiran dan perlabuhan. Portugis dan Belanda tidak masuk menerbus ke wilayah pendalaman. Menerjah masuk ke wilayah pendalaman ini bermula dengan kolonial Inggeris.
Wajib kita sedari bahawa - semua kuasa luar yang datang ke Tanah Melayu membawa niat dan cita-cita untuk menjarah, merampok dan mencuri harta kekayaan Tanah Melayu atas nama perniagaan.
Kemudaratan yang paling hakiki yang telah hinggap ke Tanah Melayu telah dibawa oleh Inggeris. Inggeria adalah Yang Lain - telah menjadi biduk yang memporak perandakan Tanah Melayu hingga ke hari ini.
Persoalan nasional Tanah Melayu yang saya timbulkan hari ini wujud disebabkan oleh kuasa kolonial Inggeris.
Bagaimana ini berlaku?
Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 adalah garis pemisah bumi alam Melayu. Bukit Seguntang Mahameru tempat kelahiran Wan Empok dan Wan Malini - tempat bermulanya konsep Melayu kini jatuh ke tangan Belanda. Selat Melaka terpecah dua.
Perjanjian Anglo-Thai Treaty 1909 - memisahkan empat wilayah Patani. Kerajaan Melayu Petani jatuh ke tangan Siam. Justeru hingga ke hari ini rakyat Petani sedang melancarkan Perang Pembebasan Patani.
Di Tanah Melayu kuasa kolonial Inggeris telah menjarah dan merampok harta kekayaan. Untuk menjalankan skim cepat kaya kuasa kolonial Inggeris memerlukan buruh. Maka Inggeris membawa masuk Bani China dan Bani India.
Melalui kuasa senjata gerombolan Yang Lain ini telah membawa masuk dua lagi gerombolan Yang Lain.
Kemasukan Bani China dan Bani India ini telah mengubah rupa bentuk Tanah Melayu. Maka dari detik kemasukkan Bini India dan bani China inilah bermulanya persoalan nasional yang tidak sudah sudah hinnga ke hari ini. Inilah punca yang melahirkan persoalan nasional. Kemasukan virus asing ke dalam tubuh badan polity Melayu telah membawa mudarat yang maha sangat.
Ketika Bani China dan Bani India dibawa masuk ke Tanah Melayu - fikrah dan intelektual Bani Melayu secara kelompok masih belum berkembang. Bani Melayu masih hidup aman damai dalam sistem feudal yang paling asas. Hidup kelompok bermasyarakat tanpa penggunan dinar dan rial adalah cara hidup Bani Melayu ketika itu.
Biar saya jelaskan lagi rasa dan suasana ketika Bani India dan Bani China dibawa masuk oleh Inggeris. Suasana atau ambiance politik ketika itu samalah saperti apa yang berlaku pada tahun 1962/1963/1964 di Sabah dan di Sarawak.
Ini ketika Cobbold Commission sedang menjalankan pungutan suara - untuk Sabah dan Sarawak bersama mendirikan Malaysia. Pada ketika itu anak jati Sabah dan Sarawak masih belum tinggi pembelajaran. Tidak ramai yang berpendidikan tinggi. Jika ada mereka hanyalah pekakas kolonial.
Justeru hari ini 2017 - kita lihat sentimen Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Bani Sarawak makin merebak. Semangat nasionalisma Borneo semakin membara. Ini kerana pada hari ini telah wujud para pemikir dan para intelektual anak jati Sabah dan Sarawak. Mereka melihat pada ketika ini mereka juga berhadapan juga dengan persoalan nasional hasil kewujudan Malaysia.
Sabah berhadapan dengan pendatang haram dari Pilipina. Ini contoh persoalan nasional Sabah yang sama sedang membarah saperti yang sedang kita hadapi di Tanah Melayu.
Untuk Sabah dan Sarawak trajedi mereka bermula pada tahun 1962. Banyangkan betapa gelapnya Bani Melayu di Tanah Melayu ketika Inggeris membawa masuk Bani China dan Bani India. Babak ini terjadi dalam kurun ke 19. Bani Melayu secara rambang tidak tahu apa-apa pada ketika itu.
Perjanjian Pangkor 1874 telah membolehkan Inggeris menjarah Tanah Melayu. Penjarahan ini dapat dijalankan melalui kekuatan senjata. Inggeris sesuka hati telah membawa masuk buruh dari India dan China.
Wajib kita sedari ketika Pejanjian Pangkor ditanda tangani belum ada pemikir Melayu, belum ada intelektual Melayu, belum wujud ulamak Melayu yang bangun dan menyatakan tentangan.
Apa yang saya rakamkan ini adalah fakta sejarah.
Untuk memahami semua ini maka saya munculkan satu metapora untuk perbandingan. Pada tahun 1970 Lim Goh Tong telah membuat tempat perjudian di Genting. Tanah kerajaan Pahang telah diberikan oleh PM Razak itu untuk sarang perjudian.
Apa yang ingin saya timbulkan ialah - apakah pada tahun 2017 ini Najib akan berani memberikan tanah untuk satu lagi perjudian Genting? Apakah Najib akan ditentang? Apakah Najib akan diberi laluan mudah saperti mudahnya Inggeris membawa masuk buruh dari China dan India.
Metapora ini bertujuan untuk saya menimbulkan persoalan bahawa ketika Bani Melayu bodoh tanpa ilmu pegetahuan ketika itulah kuasa kolonial Inggeris telah membawa masuk Bani India dan Bani China ke Tanah Melayu.
Saya timbulkan ini kerana apa yang berlaku sesudah kemasukan Bani China dan Bani India ke Tanah Melayu ialah mereka telah diberi hak kerakyataan.
Persoalan hak kerakyatan diagih kepada Yang Lain ini telah dipaksakan keatas Bani Melayu. Bani Melayu telah dipaksa menerima Bani China dan Bani India untuk menjadi warga negara Tanah Melayu.
Tentang hak kerakyatan ini biar saya bersurah untuk melihat bagaimana hak kerakyatan boleh didapati di UK atau di Amerika untuk kita jadikan perbandingan.
Dunia mengenali Albert Einstein seorang saintis yang maha hebat. Einstein dilahirkan di German pada tahun 1879. Ertinya dia warga negara German. Dia hanya menjadi warga Amerika pada tahun 1940. Sebelum diterima menjadi warga negara Amerika si Bijak ini juga wajib melalui proses mempelajari sejarah dan budaya Amerika. Wajib lulus pepereksaan. Wajib tahu Bahasa Inggeris. Semua ini wajib dilalui sebelum mendapat hak kerakyatan walau pun Einstein ini pemikir dunia terulung.
Apakah ini berlaku ketika Bani China dan Bani India menjadi rakyat Tanah Melayu sebelum Merdeka 1957?
Kalau kita ke Brunai kita akan bertemu dengan orang Melayu dari Malaysia atau orang China dari Sarawak yang telah berpuluh tahun tinggal di Brunai. Mustahil mereka akan mendapat status kerakyatan Berunai. Berunai adalah untuk Jati Berunai.
Jika kita ke Kuwait, Dubai atau Abu Dhabi - kita akan bertemu warga bukan Arab yang telah bertahun tahun duduk di wilayah ini. Tapi mustahil mereka akan diterima sebagai warga negara. Kuwait untuk Arab Kuwait.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah - ketika Bani Melayu tanpa pelajaran kuasa kolonial Inggeris telah memaksa Bani Melayu menerima Bani China dan Bani India sebagai warga negara Tanah Melayu.
Konsep Jus soli teah dipaksakan oleh Reid Commission keatas Bani melayu. Ini samalah saperti warga Sabah dan Sarawak telah dipaksa menerima Cobbold Commission. Pada hemat saya ini adalah satu kesilapan yang melahirkan trajedi yang menghempap Tanah Melayu hingga ke hari ini.
Apa seterusnya akan berlaku? Tunggu minggu hadapan. END
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
---------------
1 ulasan:
Haji tt .. dalam tulisan Lu diatas, Lu kata dulu melayu tanpa pelajaran, bodoh dan banggang .. maka senang-senang omputih bawa Ah Seng dan Batumalai masuk dan terus jadi warga Tanah Melayu .. dan kebanyakan mereka terus pelat dan palat. Sekarang pong ramai warga asing masuk di kasi milik harta lagi .. adakah melayu masih bodoh macam dulu lagi? .. lebih teruk lagi dah lah bodoh, telur pun tak dak?
Catat Ulasan