Selasa, 18 April 2017

TASEK CHINI YANG INDAH




Wartakan Tasik Chini Sebagai Taman Negara untuk Selamatkan Tasik Naga
 
Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tuan Haji  Wan Junaidi ke Tasik Chini semalam sempat memberikan satu fakta yang tepat, iaitu masalah Tasik Chini masih kritikal biarpun telah dibangkit sejak lebih 10 tahun lepas.

Dengan menyifatkan pencemaran Tasik Chini adalah berpunca daripada limpahan air Sungai Pahang, Wan Junaidi tidak memberikan gambaran sebenar dan penuh, malahan cuba mengelirukan orang awam. Sebelum ini, air Sungai Pahang melimpah masuk ke Tasik Chini beberapa kali setahun sebelum pembinaan empangan dan tiada sebarang pencemaran berlaku. Adakah pencemaran sekarang berpunca daripada empangan tersebut yang menyekat keluar masuk air Tasik Chini?

Di simpang itu, Laporan UKM sejak tahun 2004 telah membuktikan bahawa pembalakan, perlombongan haram dan perladangan akan menjejaskan mutu Tasik Chini.[1] Pakar-pakar lain seperti Prof. Maketab Mohamed juga mengesahkan perkara ini. Mengapa tiada penguatkuasaan? Mengapa aktiviti-aktiviti tersebut tidak dibendung? Mengapa tiada seorangpun yang diambil tindakan sehingga hari ini?

Pemusnahan alam Tasik Chini turut mengganggu kehidupan Orang Asli setempat. Air Tasik Chini yang dulu menjadi sumber air mereka masih tidak boleh digunakan sebagai air minuman. Di samping kekurangan sumber hasil ikan yang diakibatkan oleh pencemaran Tasik Chini, pembalakan dan pelombongan secara besar-besaran di kawasan berhampiran telah menceroboh tanah adat orang asli. Orang Asli telah kehilangan tempat mengutip hasil perhutanan dan tempat menjalani pemburuan. Keadaan ini turut mengganggu kehidupan, budaya dan tradisi Warga Jakun yang amat bergantung kepada sumber hutan.

Wan Junaidi juga tidak memaklumkan bahawa kemerosotan mutu alam sekitar turut mengakibatkan kepupusan flora dan fauna di Tasik Chini. Tasik Chini terkenal dengan pelbagai spesies ikan dan burung di mana 30 spesies ikan, 98 spesies burung, 22 spesies mamalia, 3 spesies amphibia dan 12 jenis reptilia yang dulu dapat ditemui di Tasik Chini ini sukar ditemui akibat daripada pencemaran di Tasik Chini. Daripada haiwan berkenaan, 6 jenis burung, 2 jenis mamalia dan tiga jenis reptilia merupakan haiwan jenis pupus yang sukar ditemui.[2]

Selagi pendekatan holistik tidak digunapakai, selagi semua pihak yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Tanah dan Galian, Akademik, NGO-NGO dan masyarakat setempat tidak dilibatkan dalam proses pemuliharaan, masalah Tasik Chini tidak akan selesai.

Satu-satu cara untuk menginstitusikan mekanisme bersepadu adalah dengan mewujudkan satu badan kekal yang ditugaskan khas untuk menyelaraskan tugas-tugas pemeliharaan, pemuliharaan, pelancongan dan penguatkuasaan Tasik Chini. Saya mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Tasik Chini yang diketuai Wan Junaidi supaya mewartakan Tasik Chini sebagai Taman Negara/Taman Negeri serta mewujudkan Perbadanan Tasik Chini untuk memastikan kelestarian tasik naga Pahang tersebut.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan 
Angkatan Muda KEADILAN






-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

darul makmor wal rasuah negeriku...

Tanpa Nama berkata...

wa MAO tanya.....WAJIB JAWAB!

1. Siapa yang KURNIA kawasan hutan untuk tujuan pembalakan? (halal dan HARAM)

2. Siapa yang KURNIA kawasan hutan untuk tujuan perlombongan? (halal dan HARAM)

3.Siapa yang KURNIA kawasan hutan untuk tujuan perladangan? (halal dan HARAM)

3.Siapa yang pura2 tolong rakyat, setiap kali banjir kilat berlaku? Kenapa banjir kilat berlaku (zaman) sekarang, tapi tak pernah banjir kilat sepuloh (dua puloh/ tiga puluh) tahun dahulu! WAJIB JAWAP!!!!!!!!! MAO JAWAPAN!!!!!



MAO seribu daya, tak MAO seribu helah!

panglimo potaseh berkata...

Sebenarnye Tasik Chini ni dah tak de apa nak di critakan .. kok ado yg miang nak corito hanya sekadar tugas nye carik makan. Tasik Chini ni di kepungi oleh Felda Chini yg luasnye cecah ribu-ribu ekar.

Di tasik tu, sawit di tanam hingga kebibirnye .. tak de zon penampan yang jelas .. apa lagi zon tadahan untuk ekologi air. Lobang pantat pon ada zon penampan dan zon tadahan nye.

Itu lah dia contoh pembangunan negeri Pahang. Tengok lah apa jadi ngan Tasik Boksit. Contohi la cara pemikiran Chedet Si Bangka tu rancang pembangunan. Tgk je KLCC siap dgn zon rekreasi yg sgt cantik dan luas.

Kalau Tasik Chini utk selesai isu alam sekitar nye .. perlu dihangkut Propesar UKM dan bertahun buat kajian .. bertahun dapat elaun kaw-kaw punye .. akhirnya sawit tetap terpacak dibibir tasik tu .. kangkong betul?