Selasa, 23 Mei 2017

KUASA DUIT







KUASA DUIT

KUASA PITIS

KUASA $$$$$

NAK CAKAP 

APA LAGI




Walau dibantah, projek kondo Masjid Telipot diteruskan

Walaupun dibantah, kerajaan negeri Kelantan tetap meluluskan projek pembinaan kondo di sebelah Masjid Telipot yang dengan sendirinya mengambil hak untuk membesarkan masjid itu.

Banner pecah tanah kondo masjid Telipot yang dilancarkan semalam.

Banner pecah tanah kondo masjid Telipot yang dilancarkan semalam.

Tanah milik kerajaan yang menjadi tapak Tadika Tengku Anis sebelum ini akan didirikan kondo 'D'Perdana Telipot' dan dilancarkan majlis pecah tanahnya semalam, 17 Mei.

Projek ini mendapat bantahan dari kariah masjid ini kerana mereka mahu ia dijadikan kawasan pembesaran masjid mereka.

Banner majlis pecah tanah itu dinaikkan dengan gambar menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dinaikkan bersama dengan pemilik projek ini.

Projek ini dikatakan hasil kerjasama pemaju Jalur Saujana, PKINK dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Projek ini mendapat bantahan berbagai-agai pihak namun ia tidak diendahkan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Kelantan.

DUIT ADALAH

KUASA YANG

TAKDA AGAMA

ATAU BANGSA

MASJID KE

KUBUR KE

SEMUA SEBAT



---------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara bina rumah rakyat dgn besarkan masjid...mana lebih maslahat weh. Lu pikir la sdiri.
Dua2 pun melahat.

Tanpa Nama berkata...

Ada MASYOOOOOKKKKKKKKKK

SEDEKAH di utama kan.....

Tanpa Nama berkata...

Alaaa apa susssah?? Buat je kondo tu 50 tingkat, aras 1-10 harga menengah rendah, untuk bebudak poly dan kolej yang baru kerja bergaji 1,000-1,500. Aras 11-40 jual harga menengah ke menengah tinggi, untuk yang bergaji 2,000-5,000. Aras 41-50 jual harga tinggi dan mewah, untuk bergaji lebih 5,000. DAN...buat 2 aras terbawah...SEBAGAI SAMBUNGAN MASJID SEDIA ADA, dengan laluan terhad maka dari masjid tak boleh naik unit kondo tanpa kad penghuni. Tambahan lagi, boleh juga atas masjid tu letak 1-2 aras komersial iaitu kedai dan pejabat. Jangan hadkan kreativiti pada kebiasaan je. Parking untuk masjid buat bertingkat dalam lot tanah masjid sedia ada supaya lebih dari cukup maka takde la kereta orang melayu block laluan bila raya dan jumaat. Barulah masjid melayu up taraf! Bidadari pun dapat, fulus pun dapat!

Tanpa Nama berkata...

Pas nak sepelamin dgn umno, perangai pun mestilah sama dgn pasangannya