KTN
KETUA
TWITTER
NEGARA
SENYAP SUNYI
APA PASAL
SAJE TANYA
PELIK YANG
MEMELIKKAN
Lebih ramai polis ditangkap, #GoPDRMGo tak kelihatan di Twitter
SATU daripada akaun Twitter pegawai kerajaan yang selama ini begitu aktif nampaknya senyap. Dengan hashtag kegemaran Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, #GoPDRMGo atau KBAB51 di Twitter, ia sunyi sejak 15 Mei, sehari sebelum operasi anti-rasuah besar-besaran yang setakat ini berjaya menangkap 12 orang, termasuk lapan pegawai polis.
Hanya beberapa hari sebelum itu, Khalid mengesahkan polis juga menahan 16 pegawai dan anggota polis di bawah undang-undang keselamatan kerana terlibat sindiket pengedaran dadah.
Tidak pernah anggota polis ditahan dalam bilangan seramai itu dan tidak pernah Khalid berdiam diri mengenai tangkapan besar-besaran pada platform kegemarannya untuk berkomunikasi dengan pengikutnya yang seramai 74,000.
Khalid memiliki akaun Twitter @ KBAB5 itu sejak Januari 2010, tiga tahun sebelum menjadi ketua polis negara yang digunakannya untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan juga kakitangannya sendiri.
Beliau kerap menggunakan Twitter untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tangkapan, mengancam tindakan, mengucapkan tahniah kepada pasukannya terhadap tangkapan dan serbuan mereka yang kemudian ditandatangani dengan hashtag kegemarannya #GoPDRMGo
Pada 15 Mei, beliau memulakan hari dengan tweet ucapan terima kasih kepada gurunya dan guru lain bersempena Hari Guru, kemudian mengenai suspek yang ditangkap daripada sindiket perjudian dan wanita yang disyaki terlibat dalam maksiat.
Tetapi kini ia hanya senyap sunyi.
Berbeza semasa saat Khalid menggunakan akaun Twitter beliau untuk memerintahkan pihak polis menangkap aktivis hak sivil dan lain-lain di atas kenyataan mereka di perkhidmatan mikroblog.
Beliau dikritik kerana berlembut dengan menteri kerajaan dan aktivis pro-kerajaan sementara pada masa sama bertindak keras dengan pihak pembangkang tetapi Khalid mempertahankan kerja kepolisan beliau di Twitter.
"Saya memantau hasutan talian kerana sebahagian besar ahli politik dan NGO yang tidak bertanggungjawab mempunyai pengikut yang ramai," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris pada Mac 2015.
"Saya hanya menyerap kritikan yang membantu saya atau pasukan menjadi lebih baik. Selebihnya saya abaikan. Saya akan terus melakukan kerja saya untuk mengekalkan undang-undang. Pengkritik boleh kata apa sahaja yang mereka mahu," katanya.
Selain mengesahkan tangkapan dan menjanjikan pasukan lebih bersih, Polis Diraja Malaysia dan para pegawai atasan tidak berkata banyak mengenai perkara memalukan pasukan itu.
Kira-kira 21 pegawai polis ditahan di bawah Akta 2012 kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah di bawah Ops Kabbadi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 12 orang, termasuk lapan pegawai dan anggota polis dari Melaka, merampas RM1.44 juta daripada suspek termasuk RM800,000 daripada seorang anggota berpangkat kopral.
Beberapa pegawai lain kini dipindahkan dari tiga daerah polis Melaka memandangkan Bukit Aman kini giat menyiasat mengenai skandal rasuah. – 24 Mei, 2017.
TALI MAKIN
DEKAT KE?
DULU BUKAN MAIN AKTIF
TANGKAP SANA
TANGKAP SINI
ARAH SANA
ARAH SINI
TETIBA SENYAP SEPI
APA SUDAH JADI
TOWKAY LENDIR
TOWKAY DADAH
TOWKAY JUDI
SUDAH MARAH KE?
KAN DUIT DAH MASUK
KAN SEMUA JANJI BERES
APA SUDAH JADI
ZUNAR BIKIN KACAU KE?
SAJE TANYA MANA TAHU
KALAU KALAU KALAU
KALAU KALAU APA?
------------------
8 ulasan:
Semua alasan diatas salah, sebab utama ialah...henpon rosak daa, nak beli baru takut dituduh guna duit tokey lendir kah kah kah
Ermmm.... mungkin kena kencing oleh siapa2 orang kot
Nk hasut sikit tu yang Inspektor Tembak Teman Wanita dia kat Sabah tak masuk Twit ke Tn Khalid.Yang 2 orang Peronda PAW Makhluk Asing tak twit ke Tn Khalid.BlowPDRMBlow###hehehe
KABBERUP!
cepat cepat 'LAH LEE'
siapa lambat
kena tangkap!
masuk penjara
makan 'pee sang' (bukan YEE SANG) percuma!
Orang KAYA apa nak kesah
Biasa lah
Nama pun Orang KAYA
biznez pistol dah TURUN,
banyak runsing!!!!!!!!!!!!!!!!
tak nak peduli dengan yang lain!!!!!!!!
#KBABI 5 ekor* tahniah kepada pegawai pegawai yg pecah lobang tak reti tutup line...kimak korang..babi....raya ni nak makan apa ..????sial..!!!!!.....Gopolomgo.....kakkakakakka
semua itu sandiwara..sudah pas-ti ada yang akan dikorbankan menjadi scapegoat sehingga habis licin scapegoatnya..barulah nanti ketua penyamun jatuh tersembam atas najis..
Catat Ulasan