DEDAK NAJIB
UNTUK
TUAN HAJI
Perdana Menteri Perlu Jawab Dakwaan Sarawak Report
Pendedahan laman web Sarawak Report pada 31 Mei yang mendakwa wang berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Najib ke dalam akaun peribadi peguam UMNO Tuan Haji Shafee Abdullah amatlah berat dan menimbulkan pelbagai persoalan.
Namun saya kesal kerana sehingga ke hari ini Najib dan Tuan Haji Shafee masih belum menjawab dakwaan tersebut.
Setakat ini, rakyat Malaysia hanya mendengar alasan remeh yang diberi menteri Tuan Haji Nazri Aziz. Ini amat tidak memadai, kerana persoalan pokok tidak terjawab, iaitu mengapa dana dari SRC International ini berada di dalam akaun peribadi Najib dan mengapa RM 9.5 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Tuan Haji Shafee.
Tanpa jawapan jelas dan tepat dari Najib, dakwaan ini menimbulkan tandatanya apakah dana ini berkait kes Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim, dan apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes Fitnah 2 yang menerima wang dari Najib serupa yang diterima Shafee.
Pada masa yang sama, dakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada Najib telah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014).
Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Harapan akan membincangkan isu ini pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9hb Jun, termasuk langkah-langkah perundangan yang boleh diambil untuk memastikan kebenaran akan muncul juga akhirnya.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN
------------------
2 ulasan:
Soalan no 1 berapa harga lubang jubur syaiful, adakah lubang jubur syaiful dibayar dgn duit 1mdb
Bongkar! Bongkar! Bongkar!
Kau putar! Putar! Putar!
Bongkar! Bongkar! Bongkar!
Kami sedar! Sedar! Sedar!
Bongkar! Bongkar! Bongkar!
Jom hindar! Hindar! Hindar!
Bongkar! Bongkar! Bongkar!
Kita tukar! Tukar! Tukar!
Bongkar! Bongkar! Bongkar!
Kau keluar! Keluar! Keluar!
Catat Ulasan