Isnin, 5 Jun 2017

LANUN BUGIS TERDESAK





PANDANGAN :
TERDESAK SANGATKAH NAJIB 
SEHINGGA MENGEMIS WALA’ DAN TAAT?
5 JUN 2017

1. Pada 3 Jun lalu, semasa dalam program berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada masyarakat Kampung Lamir Pekan Pahang, Najib menyampaikan ucapan dengan berpesan agar masyarakat hari ini mencontohi sikap Wala’ (patuh) dan taat generasi Islam terdahulu.

2. Najib menegaskan konsep Wala dan Taat ini menjadi kunci kejayaan umat Islam di zaman Rasulullah. Beliau juga memetik kisah perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan dimana dalam keadaan berpuasa dan di bawah terik panas matahari, umat Islam berjaya menewaskan tentera kafir Quraish biarpun jumlah tentera umat Islam jauh lebih kecil.

3. Maka Najib menyimpulkan kejayaan umat terdahulu itu adalah kerana semangat juang yang kental, jiwa yang bersih, bersatu padu, ikut arahan, serta Wala’ dan Taat kepada pemimpin.

4. Sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh mempertikai kisah sirah yang dipetik oleh Najib. Umat Islam terdahulu sememangnya gah dan hebat seperti yang dikisahkah dalam lipatan sejarah kerana adanya kepimpinan hebat seperti Nabi Muhammad dan Khalifah Ar - Rasyidin (4 Khalifah yang terawal). Sejarah Islam juga ada menceritakan sosok kepimpinan hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz dizaman pemerintahan 'Abasiah.

5. Persoalannya, apakah Najib teringin untuk ditaati seperti pemimpin Islam terdahulu? Apakah Najib juga teringin untuk mendapat Wala’ daripada rakyat Malaysia pada hari ini?.

6. Jika mahu ditaati, maka Najib mungkin lupa yang Nabi Muhammad pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan lapar bersama rakyatnya. Najib mungkin lupa yang Umar Abdul Aziz pernah memadam lampu pejabat apabila ingin berbual dengan anaknya hal ehwal keluarga kerana lampu pejabat itu ditanggung oleh wang Kerajaan, iaitu wang rakyat.

7. Pemimpin Islam terdahulu ini tidak menggunakan dana rakyat untuk melancong bermewah-mewah bersama keluarga. Apatah lagi mencuri wang rakyat dan dimasukkan ke akaun peribadi untuk kegunaan politik.

8. Kepada Najib, ukurlah baju di badan sendiri. Rakyat hari ini sudah celik. Kalaupun sudah terdesak, janganlah sewenang-wenangnya pijak agama untuk mengemis Wala' dan Taat daripada rakyat. Rakyat Malaysia sudah cukup bijak untuk membezakan antara kasih sayang kepada negara atau menjaga kepentingan politik UMNO. 
  
Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
Setiausaha Pengelola
Angkatan Muda Keadilan (AMK)





---------------

5 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

najib juga lupa..bahawa nabi takder bini pendek dan gemuk serta suka mengaum duit orang....hehehhehe

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah mak badak tu ikut sunnah mana ye

1msia berkata...

Ingat tak, waktu Skandal Kapal Selam yg mana Hakim Perancis sedang giat menyiasat - ni se ekor peguam Shafee di hantar ke Perancis, agak apa ke uruskan $$$ ye? Mungkin tawar kontrak beli lebih banyak lagi alat2 militari buatan Perancis supaya tutup siasatan. Baca terus....

http://proxyunblocker.org/unblock/sarawakreport.org/
Open liink, Scroll down & tap on "Unblock Access" green bar.

Tanpa Nama berkata...

Nabi takde bini kepalo dogol tk pakai tudung rambut agogo 69. Itu rambut ke wig? Minta mufti pahang darul casino sahkann. Sekali wat rambut rm1200. Pi kedah pon kena wat jamban khas rosmoh rega rm25,000. Sama dgn rega rumah kos rendah dulu sebelom Gst @ gasak sampai tonggeng. Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Dia ni agaknya ikut nasihat hj lebai misai kontot 20% jgn marah nanti kn jual tp dia dah jual harta rakyat psl kita marah katanya...