INI LAPORAN
DARI UTUSAN
LAPORAN
MEDIA MUSUH
BILA MUSUH MENYERNAG
BUKAN SATU YANG
TIDAK BAIK
ITU TANDA BAIK
ERTINY APA YANG KITA'
LAKUKAN SEDANG
MENGANCAM MUSUH
JIKA MUSUH TIDAK MENYERANG
ERTINAY KITA DALAM BAHAYA
SAMA ADA APA YANG KITA BUAT
SALAH TAK EFEKTIF
ATAU KITA TELAH MENJADI
PENASEHAT MUSUH
Ramai tidak setuju Dr. M ketuai pembangkang
KUALA LUMPUR 26 Julai - Majoriti peserta yang hadir dalam Forum ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’ anjuran Kelab Bangsar Utama di sini malam tadi melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan tindakan Pakatan Harapan yang diketuai DAP melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pakatan tersebut.
Empat panel jemputan iaitu aktivis pembangkang, Hishamudin Md. Rais; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Dr. Michael Jayakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Haris Ibrahim daripada Asal Bukan UMNO (ABU) dilihat gagal menjawab soalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan.
Seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan telah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum mempersoalkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak, namun mendapat jawapan sinis daripada Hishamuddin.
“Siapa Perdana Menteri itu tidak penting kerana soalan itu soalan bangang, beli lembu pun belum tetapi dah sibuk nak letak lembu di mana,” jawab Hishamudin.
Seorang lagi peserta yang memperkenalkan diri sebagai Haris mendakwa, dia merupakan pengikut tegar zaman reformasi dahulu dan lantang melabelkan kesemua pemimpin pembangkang hari ini sebagai badut kerana tidak belajar daripada kesilapan lalu.
“Kami dah letih nak mendengar badut-badut semua ini menyampaikan ceramah politik. Dahulu kutuk dan hasut kami mengenai Mahathir, kata dia bapa segala kejahatan, tetapi hari ini gembira menjalin kerjasama dengan Maha Firaun itu?
“Dulu kutuk Mahathir, sekarang bekerjasama dengan Mahathir kutuk Najib. Esok lusa turun bekerjasama pula dengan Najib? Tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu!” katanya sebelum meninggalkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tempat forum itu berlangsung setengah jam sebelum program itu berakhir pukul 11 malam.
Sementara itu, Michael Jeyakumar yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput cuba memberi penjelasan kepada peserta iaitu pembangkang memerlukan Dr. Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu di kawasan kampung kerana majoriti mereka masih percaya terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Kita nak masukkan Dr. Mahathir sebab sebelum ini kita gagal mengurangkan kekhuatiran orang Melayu yang kebanyakannya bimbang jika pembangkang menang, segala subsidi yang diterima akan ditarik balik,” katanya.
Mohamad pula mengakui meskipun Dr. Mahathir menjadi pengerusi dalam pembangkang, barisan kepemimpinan tertinggi lain berperanan seperti diktator terhadapnya.
“Soal diktator atau kuku besi, kami telah mengadakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi berkali-kali, banyak cadangan beliau ditolak oleh kami. Orang muda perlu berfikir luar daripada kotak sebab yang ditimpa masalah hingga masuk ke penjara, didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) gara-gara Dr. Mahathir sebelum ini ialah kami, tetapi kami telah pun memaafkannya,” katanya.
Isnin lalu, Otai Reformis 1998 secara konsensus menolak kehadiran Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan dan berhasrat memboikot kempen parti yang disertai oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, penolakan itu dibuat kerana merasakan bekas Perdana Menteri itu bukan calon yang layak untuk dijadikan sebagai pemimpin contoh kepada pakatan tersebut.
JIKA MUSUH
MEMUJI KAMU
ERTINYA KAMU
BERSAMA
MUSUH ATAU
JADI
PENASEHAT
MUSUH
KHALAS!
------------------
9 ulasan:
aku percaya pada tuhan,Tuhan Allah jalannya lurus,maha tahu keagunganya kun fa ya kun karna seluruh semester dibawah rahmatnya.Dr mahadir Muhammad dulunya digelar penista a Gama sikapnya maha firaun tengkahnya licik sebab berkuasa ketika itu umno dibawah telunjuknya dan pengampu pengampu yes bos.anuar ibraham ketika itu don't do bos because bla bla bla!? dan Satu rancangan terancang Oleh barisan nasional menjatuhkan Dsai bermula dari Satu cumplot ke Satu compirasi menjatuhkan kradibiliti beliau... tapi itu dahulu.Ada diantara kalian bermunajad berdoa tuhan tolonglah anuar difitnah Oleh penguasa diatas jenayah yang tidak dilakukan.dan tuhan telah memberi pertolongan dan jalannya dgn caranya.Gabungan dap keadilan dan pas telah menekan dr mahadir dan sekutunya diwaktu berkuasa Satu ketika dahulu.. Umno lumpuh didalam Lumpur.. maka lahirlah Islam had ari Islam ciptaan kapitalis melayu Abdullah ahmad Badawi kalifahnya.?umno keburungan buntu dgn ideology yg gagal mengangkat bangsa melayu ditindas bangsa sendiri.Dan diatas recana najib mengalas tugas sebagai prime Minister diatas alasan bla bla ble..idolanya mahadir anak bapak dan caranyapun anak bapak.. mahadir seolah dibayangkan begitulah sikapnya di zaman masyurnya..dgan takdir ianya berlaku kehendak pencipta itu mahu kelangsungan begitulah... kesedaran itu datang dan pergi diatas kehendaknya...Allah huakbar... kini mahadir dgn nama yang Indah anugerah ayahnya diberi kekuatan umur menemplak apa yang mungkar dlm pentadbiran grobolan dan budaya corupsi yg membarah pak pak lebai yang menentang yang mungkar dahulu tup tup ketutab menyebelahi pemungkar.. subahanallah... jika Dr mahathir muhamad diberikan hidayah dipenghujung usia.. maka rahmat tuhan itukan bersama...dan aku sebagai makluk terpaksa akur.. moga yang benar akan bertanjak yang batil akan terjebak.... ini bukan kerna mahadhir atau anuar Ibrahim... tapi pejuangan ini karna negara masa depan negara dana negara maruah negara Dana negara harta negara simpan pinjam sewa pajak gadai negara for the next generation apa yg tinggal?wawasan?itu cuma alasan yg rhetoric.. penipu untuk membentuk kuasa dan kuasa.... maka dgan itu sebarang kerjasama dgn mahadhir adalah Satu yg realized.. aku x pernah berkira siapa yang mahu jadi prime Minister... dan jika ada mestilah lebih balik dari hari ini Ugama itu Satu kemestian berprisip jati diri itu ke Utamaan.. megerti kalian!!! better u all megerti
gua sokong 100% bro tt..ramai ngaku pengundi pakatan.sapa pun bole ngaku..even babi pun bole ngaku pernah terbang..teknik yg sama dilakukan..siapa Pm?nape tiada org tanya kat umno who the next PM?jgn lupa, lepas ini isu bahasa melayu..walhal presint putarjaya belum ditukarkan lagi..pasni Pm wajib melayu, pasni PM mesti islam, bersunnat dan lebih afdal kalo bole jadi imam..lu dihentam..lu tahan..ini bermakna lu betul..point sekarang adalah jatuhkan najib isteri rosmah..point itu juga digunakan amerika laknatullah regim change..kalo dah letih dgr badut2 isham rais ckp berdekah2, pasal apa nak sibuk siapa PM?pasni minta peletih2 itu spy pastikan sapa calon mufti, sapa calon pegawai jais, sapa calon jasa, sapa calon tpm..supaya kita bole check dulu calon2 sblm menerimanya sbagaimana kita nak membeli barang2 di lazada, apadah, jalan dah.kalo bole sapa jadi agong pasni pun kena tau dulu calon2nya spy terjaga keislamangan dan bukan raja botol besar.madey dikaitkan dgn double barrel defisit tp najib bukan setakat double, malah lebih parah dari barrel2 yg ada..bersatu menjatuhkan najib lebih penting dari kecoh nak letak lembu dimana, samada dikondo singapore atau di port dickson..
agak2nya siapa yg menjadi pilihan kabul si pengundi pakatan itu utk jadi perdana menteri? mari kita buat undian, poll..siapakah yg wajib menjadi calon perdana menteri sekiranya pakatan menang..aduhai..menang dulu baru la cite bro..istilah bangang dan lembu itu hanya semiotik je..lu kata pernah dihasut isham rais..takkan lu tak faham2 ilmu semiotik dan bahasa basi isham rais..ini sama macam isham rais kata hadi itu sotong..bukan la maknanya hadi itu sekor sotong, atau lembut macam sotong..kalo dah bangang, jangan baca tukar tiub..lu tak faham apa itu semiotik baik jgn baca..nnt lu sesat jalan.jgn kata lu, mufti, ulama2 pun bole jadi sesat kalo baca tukar tiub..nampak sangat bukan dihasut oleh isham..thumb up for isham rais..err..mr najib apa kabo? doj ada call tak??
TT, kuliah politik kau belum tuntas. masih ramai yg tak faham matlamat utama berperang dlm politk.
kau masih gagal menghasut puak2 bebal hahaha.
agak2 sapa calon perdana menteri geng2 otai refomasi ni? anwar ke??bagitaulah sapa yg wajib jadi calon perdana menteri kalo pakatan menang nanti..boikot la program madey..boikot la program parti bersatu..geng2 otai ni mesti ada program2 yg lebih hebat dari madey..pastinya program2 itu juga adalah utk menjatuhkan najib anak razak..geng2 otai bole cite panjang lebar pasal surat2 dan laporan2 rasmi mengenai 1mdb..bole buat lebih hebat dari madey yg dah tua nak mampus tu..walaupun tujuannya sama utk menjatuhkan najib anak razak..anwar pun dah kata tak semestinya jadi perdana menteri..so siapa calon2 perdana menteri otai2 sekalian..otai tak semestinya betul..tak semetinya duduk dlm parti itu semuanya betul..bukan semua rakyat yg bukan partian macam isham rais itu tak betul..isham itu ngi, bukan ngo..gua tak perlu join parti politik utk faham politik..
alo brader2 sakalian..point kita adalah untuk menjatuhkan najib dan suaminya rosmah dari jawatan perdana menteri..yg bertanya tu adalah orang2 melayu..nape bukan melayu, bukan islam tak tanya siapa calon perdana menteri pakatan harapan? jawapannya mudah, sb mereka cina, sb mereka hindu maka apa guna bertanya kalo memang takkan jadi calon perdana menteri pun..ini rasis..kata islam itu adil..adil tang mana kalo india , cina tak bole jadi perdana menteri?jgn ingat semua islam itu adil, jgn ingat semua kafir itu tak adil..apa guna kalo najib pemimpin islam,penasihat islam haji hadi tapi rembat duit rakyat melalui 1mdb ? apa guna pakai jubah kalo di german tengok porno? apa guna jd anak saka, anak waris nik aziz kalo anak itu juga menyembah penguasa rakus..apa guna jabatan agama, kalo kebencian dilaungkan dicorong2 masjid, surau dan mimbar2 jumaat??apapun jawapan calon perdana menteri pakatan, pastinya tetap akan ditolak dilagukan lagi dan lagi demi melupakan 1mdb, melupakan rakyat akan hal sebenar ekonomi malaysia ibarat telur dihujung tanduk mak badak..
sabo semua...kita menang dulu pilihanraya kemudian kita buat undi lagi untuk tentukan siapa wajib wajib jadi perdana menteri.dgr cite selangor kalah rayuan dgn SPR? betul ke?.kali ini jangan kita pilih calon2 dari geng2 white form atau pink form anwar ibrahim..susah2 sgt kita up isham rais jadi perdana menteri..andai isham rais jd perdana menteri maka slogan nya mesti "dilarang melarang"..pastu susah la nak jual agama..susah la nak jadi bodoh..maka kurang la pahala menghafaz al quran hadis..silap2 malaysia jadi baitul hikmah kedua setelah batu bersurat terengganu..err di terengganu juga 1mdb dicipta melalui TIA..tia ni bukan tiaN chua parlimen batu..dari terengganu juga la doktor zakar naik mula bertapak..
bro isham..gua ada soklan..kalo najib ditangkap oleh doj, agak2 siapa calon perdana menteri dari umno?zahidi menteri komidi ke, isham lidah kontot ke..atau rosmah akan jd the real first lady as pm in malaysia history..huhu...agak2 apa jawapan menteri2 kabinet umno? siapakah yg akan jadi perdana menteri sekiranya najib didakwa amerika doj??bukan apa, cuma nak pasang lukah, kot2 mengena kat jerat yg dedaknya masyuk lagi mashul...gua hari2 dengar najib dan rosmah membadutkan diri dgn isu 1mdb, isu gst yg dikatakan harga akan turun, isu harga kereta, isu buah anggur yg banyak keluaran dari universiti2..lu org cermah politik je yg macam badut, tp menteri najib bukan setakat badutkan gua, dia siap sapu duit kocek gua lagi..sial punya badut najib...tu belum kalo zahidi hamidi buat standing komedi lagi..langsung tak masuk akal..
ATAU KITA TELAH MENJADI
PENASEHAT MUSUH
Aduhhhh...pedas menghiris...ohhhh tuan haji...eh tuan dokter...sakitnya tu di sini...bukan situ tuan dokter... siniii...bukannnn...situ hati...bukan bukan bukan... situ jantung...sini...sini...haaa...ye siniii...lobang hidong...suuuusah saya nak bernapas tuan dokter!
Catat Ulasan